Friday, December 3, 2010

Pemuda: Pemangkin Sejarah Emas Islam



Ketika saya membaca buku Ahmadinejad (Singa Baru Dunia Islam), saya kagum dengan mahasiswa-mahsiswa yang memperjuangkan hak-hak pelajar dan berpolitik. Ini termasuklah Ahmadinejad itu sendiri yang menyokong perjuangan Imam Khomeini dalam membebaskan pemerintahan sekularisme di Iran bawah pimpinan Syah Pahlevi.
Setelah itu,terngiang-ngiang di fikiran saya tentang ucapan Ustaz Nizam,

“Pemuda itu sendiri memainkan peranan penting dalam membangunkan agama.Cuba kamu lihat,apabila Nabi bersabda,mafhumnya,Konstantinapol itu akan dibuka oleh sebaik-baik askar dan sebaik-baik pemimpin.Akhirnya,setelah hampir 800 tahun mencuba,seorang pemuda bernama Mehmed Fatih berjaya menawan Kota Konstantinapol”

Saya cuba meyakinkan lagi fakta kehebatan zaman Muda ini dengan melihat kepada sirah Hijrah Nabi Muhammad s.a.w.Saidina Ali merupakan kanak-kanak atau boleh dikatakan pemuda yang sangat berani kerana menggantikan tempat tidur Rasulullah sebelum berhijrah.Dan dia juga pernah menjadi salah seorang panglima tentera Islam yang telah banyak mengetuai peperangan sehinggakan dia mampu untuk mengalahkan Panglima Tentera musuh yang lebih berpengalaman daripadanya dengan izin Allah s.b.t.

Dalam sebuah hadis,mafhumnya,

“Aku adalah gedung ilmu dan Ali itu adalah pintunya.Siapa yang inginkan ilmu maka masuklah dari pintu itu”

Menunjukkan Ali seorang yang sangat berilmu dan kuat pada zaman mudanya.

Jika anda bertanya kepada saya.Mengapa fakta sejarah yang saya selalu ungkapkan?
Kerana sejarah itu akan terus berulang dan berulang.Meski ramai orang berkata,berhentilah menoleh ke belakang dan teruslah mengejar impian di hadapan.Tetapi bagi saya,memandanglah ke belakang supaya menjadi semangat untuk maju kehadapan itu lebih relevan.

Mengapa?

Kerana Allah telah mewahyukan di dalam Al-Quran,kisah-kisah tentang umat terdahulu yang Dia binasakan kerana kezaliman mereka.

Adakah kita tidak menyedari?

Atau

Kita sebenarnya lupa dan sudah lama tidak menyentuh kitab suci itu?

Atau

Kalam Suci itu masih berhabuk di atas almari?



Sejarah akan terus berulang..dan anda dan saya..kita generasi muda...kita syabab pemacu dan
pembela agama...

2 comments:

Related Posts with Thumbnails

Popular Posts