Entah mengapa.Walaupun dah banyak kali cakap pasal melihat dan memandang ni tapi masih lagi rasanya perlu diulang tulis.Tak pe la.Benda baikkan? Moga mendapat manfaat Insyaallah.^^
Di dalam Al-Quran, perkataan melihat digunakan dalam perkataan yang berbagai seperti "basoro"(melihat dengan hati dan iman),"nazoro"(melihat dengan ilmu dan akal),"ra a"(melihat dengan mata) dan sesiapa yang melihat dengan pandangan nafsu dia dipanggil buta meskipun dia celik.
Saya kongsikan satu cerita,
Ada seorang pelajar yang menuntut di luar negara yang setibanya dia di rumah,dia melihat satu bungkusan yang diposkan dari Malaysia.
Lalu, dibukanya bungkusan itu dan terlihat di dalamnya sebekas kuih bahulu.
Kalau dilihat dengan mata kasar, apa yang dilihat oleh pelajar itu? Mestilah kuih bahulu bukan?
Kalau dia melihat dengan ilmu dan akal, dia akan menilai tekstur,warna dan kelembutan kuih bahulu berpandukan ilmu membuat kuih yang pelajar itu ada.
Tiba-tiba datang seorang sahabat pelajar yang terus amik kuih bahulu tadi lalu dimakannya.Dah telan dan habis dikunyah,baru dia bertanya,"ni kuih siapa?" Maka, orang ini dikategorikan orang yang melihat dengan nafsu.
Dan situasi yang terakhir,ialah apabila pelajar tadi melihat kuih bahulu sambil menitis air matanya kerana mngingatkan si ibu yang membuat kuih bahulu di kampung halaman.Pelajar ini melihat kuih bahulu dengan pandangan hati dan iman.
Jadi,satu benda iaitu kuih bahulu,tetapi masing-masing masing mendapat habuan yang berbeza berdasarkan bagaimana cara mereka memandang sesuatu.
Bak kata satu pepatah Inggeris, "What u see is what u will get"
Ibrahnya di sini, ingin saya kongsikan bagaimana banyak berlaku masalah dalam kehidupan seharian kita kerana salahnya cara kita memandang sesuatu.
Guru marah tak siapkan kerja sekolah.Kalau pelajar melihatnya dengan nafsu, dia akan berkata, "siaplah cikgu balik nanti". Kalau guru yang sama dilihat oleh pelajar yang menggunakan hati dan iman, dia akan berkata dalam hatinya, "cikgu ni marah sebab dia sangat sayang padaku".
Hebat bukan? Inilah yang saya ingin kongsikan sebagai mengubah sikap manusia INSIDE OUT.
Sedangkan memaksa pelajar berubah dengan rotan dan denda, itu digelar perubahan yang OUTSIDE IN.
Perubahan mana yang terbaik? Bukan saya yang menentukannya.Tetapi anda yang sedang membaca.
Jadi kepada semua di luar sana.Tak kiralah anda seorang pengawas,guru,wakil pelajar mahupun seorang daie yang inginkan perubahan dilakukan pada diri sendiri dan orang lain,maka UBAHLAH CARA MELIHAT itu dahulu.
Sekian^^
No comments:
Post a Comment