Saturday, December 5, 2009

Divine Speech by Nouman Ali Khan

Bismillahirrahmanirrahim.Alhamdulillah,segala puji bagi Allah,tuhan sekalian alam,selawat dan salam atas junjungan besar nabi Muhammad s.a.w,ahli keluarga baginda, sahabat seperjuangan, para tabiin dan orang2 soleh..semoga Allah memberkati setiap nafas kita di muka bumi yg fanak ini..
Alhamdulillah,bersyukur ke hadrat ilahi kerana memberikan kesempatan kepada ana utk terus berkongsi ilmu dengan para pembaca blog,tidak kira usia dan latar belakang.Moga hasil tulisan ana ini dapat memberikan manfaat buat kita semua..
Ana ada tertarik dengan satu video yang ditayangkan di Surau Assaad,surau di KYUEM,
khutbah yang disampaikan oleh seorang pendakwwah di Eropah.Kata2nya penuh hikmah dan kebijaksanaan membuatkan ramai yg terpukau dgn ucapannnya,dgn kata lain kerana ilmunya.
Nama pendakwah itu ialah Nouman Ali Khan

ini adalah antara hasil yg ana dgr dan ana ingin kongsikan dari video yg ana download dari www.halaltube.com..tajuknya divine speech

Dalam sesebuah ucapan, ada tiga perkara yang perlu dititikberatkan supaya ucapan itu dianggap berjaya; the speaker,the speech and how he or she deliver the speech..

first is the speaker.Sebelum ana mula bercakap atau menulis blog ini,dengan berpandukan gambar yg ana letak di profile,mesti sudah ada satu prejudgement atau anggaran tentang apa yg bakal ana smpaikan dan apa isinya..Kita manusia akan mudah memberikan satu prasangka terhadap seseorang sebelum kita menilainya melalui riak wajahnya atau gerak tubuhnya.
Ana berikan contoh, ana mempunyai sebuah syarikat makanan halal di Malaysia,sedang bercakap dengan seorang rakan kerja.Tiba2 datang seorang kanak2 memberikan pandangan tentang ekonomi dan perniagaan.Ana mungkin kurang yakin dengan idea dan pandangan dari kanak2 itu kerana dia seorang kanak2 tetapi jika rakan sekerja ana yg memberikan pandangan,ana akan lebih percaya,sebab dia adalah org yg lebih berpengalaman dan kerana dia lebih dewasa.Kita lihat, disini,kita akan mudah percaya dan terkesan dgn siapa yg memberi ucapan kepada kita.
katakanlah,khutbah jumaat..imam yang bertugas hari tu,pakai seluar jean dan t shirt serta memakai topi..ada seorang lelaki yang dtg lambat untuk solat jumaat,dia tak dapat masuk ke masjid lalu duduk di luar.Khutbah berjalan dan ucapan imam (yang berseluar jean dan t-shirt) sungguh bertenaga dan ucapannnya penuh ilmu dan hikmah.Orang di luar yang tidak dapat melihat imam yang memberi khutbah kagum dan tertanya2 siapakah si imam, di mana dia belajar dan pelbagai lagi..Tapi bagi mereka yg duduk depan imam,melihat kpd pakaian imam,akan memberikan satu ekspresi atau prasangka bahawa imam ini org yg tidak warak dan tidak boleh dipercayai oleh sbb pakaiannya imam itu sahaja! Inilah realitinya..
Kembali kepada tajuk utama,jika ucapan dan kata2 datang dari seorang manusia,dia berkata "jangan dekati zina!" dan Allah sendiri yang berkata, "jangan dekati zina!".Yang mana satu anda akan lebih memberi tumpuan,manusia itu ke atau AllAH ? Semestinya amaran dari Allah itu lebih digeruni dan kita ambil peduli..sebab apa? sebab ucapan itu dari Allah..Jelas terang dan nyata..dari Tuhan yang paling berkuasa di seluruh alam..Orang Islam apabila dgr ayat yang kluar dari mulut nabi,yakni ayat yang turun dari Allah,mereka akan dgr dan teliti.Tetapi orang bukan Islam dan mereka yang benci Islam,apabila dgr ucapan muhammad,mereka akan tutup telinga..sebab apa?
Sebab Nabi Muhammad bukanlah seorang artis,bukan selebrity,bukan orang kaya tetapi dia hanya anak yatim.Sebab orang musyrikin tak boleh terima ucapan Muhammad s.a.w salah satunya adalah kerana dia bukan manusia yg terkenal tetapi hanya seorang anak yatim yang tidak berharta..

Secondly,the Speech..
Saidina Ali selalu katakan dan kongsi kepada umat Islam "don't judge the speaker,but judge the speech!" Kita sepatutnya nilai apa yang disampaikan sebelum menilai siapa yang menyampaikan..
Allah berfirman dalam surah Al-hajj -to be continue..




Related Posts with Thumbnails

Popular Posts