Saturday, May 12, 2012

Sebuah Kisah Susah

Hidup ini sentiasa mencari dua.

Senang.
dan
Tenang.

Manusia sentiasa mencari senang. Kalau boleh silibus sekolah tadika itulah yang ingin dipelajari sepanjang hidup. 1+1=2. Petik jari boleh buat. Itulah hakikat. Kita hanya melihat faedah hidup senang. Untuk sebuah kehidupan, buat apa perlu bersusah susah? Semua mahu jadi bos. Duit banyak, dikelilingi kemewahan, masa yang lapang. Atau kata lain, menjadi watak hero dalam drama Korea. Kemudian, hidup hanya tertumpu mencari pasangan. Melayan perasaan dari hari demi hari. Senang kan jadi mereka?

Tekan butang pause sekejap. Tet!

Facepalm muka anda. Tarik nafas. Dan ucapkan astaghfirullah.

Sila gosok mata anda dan lihatlah sekiling. Lihatlah realiti. Cukuplah berfantasi.

Hakikat senang, manusia selalu lupa. Jarang ada orang memanfaatkan kesenangan dirinya. Atau kata lain, kelapangan masa hidupnya. Apa kebiasaan kita di masa lapang?  Paling koman layan lagu kat youtube. Canggih sikit layan drama atau anime online. Kalau masa banyak sangat, kalau tak Medal of Honour atau main The Sims. Ke saya silap?

Oooppss.

Manfaat la tu kan. Ada yang lebih bermanfaat ke dari tu? Puas hati? Letih bermain?
Nafsu. Puas tu sekejap je. *penulis turut mengkritik diri sendiri.

Lepas tu bosan. Okeh la. Dah bosan main game. Jom studi.

Pagi itu anda bangkit dari tidur anda. Anda tidak lagi mencari FACEBOOK. Tetapi bersusah susah mengambil wuduk dan mencapai Quran. Memaksa diri untuk berzikir dari menyanyi. Anda sedar anda banyak dosa. Lalu terus beristighfar. Anda pelik dengan diri anda. Tapi anda paksa diri untuk sebuah kesusahan itu.

Ketika orang lain senang duduk menonton tv di rumah. Menunggu untuk habis waktu solat baru terkejar mengambil wuduk dan solat. Anda bersusah susah mengambil wuduk sebelum masuknya azan. Solat sunat dua rakaat. Berlari mengejar iqamah si Bilal yang bertugas dan mengangkat takbir bersama imam di surau. SUSAH. Tapi kata anda, tak penah ada orang komplen pun susah untuk datang surau. Kalau ada kata begitu, hakikatnya mereka nak kata, "Susahnya nak lari dari lalainya tengok tv. Susahnya nak berhenti main game. Susahnya nak melawan NAFSU senang."

Eh. NAFSU tu teman dia selalu SENANG rupanya. *Terperasan jap.

Orang SUSAH tak pernah fikir pasal nafsu. Kerana mereka terlalu sibuk fikir menjaga IMAN. Dan menjaga iman tidak SENANG.

Okeh cop. Dah pening la main Senang Susah ni.

Boleh tak jangan kacau aku. Aku nak tenang sikit pun tak boleh la.

Lumrahnya, orang senang jarang Tenang. Kerana orang senang bermain dengan Nafsu yang tidak pernah tenang.

Orang susah selalu TENANG kerana hidupnya sentiasa mencari Tuhan. Dan Tuhan tidak menjanjikan keSENANGAN bahkan Tuhan menjanjikan keTENANGAN.

Susah baca Quran. Apatah lagi nak terjemah ayat Quran. Tetapi ingat pesan saya.  Susah itu menjanjikan ketenangan hati. Ia tidak menjanjikan kesenangan jasad.

Namun orang yang Tenang hati, selalunya Jasadnya senang. Jasad senang membantu orang jika hati tenang.

Pening dah la tuh.

"Manisnya iman seperti yang disebut oleh orang soleh itu. Hanya orang yang bersusah susah sahaja mampu untuk mendapatkannya. Ia bukan habuan untuk orang yang bersenang lenang. Kerana SYURGA DUNIA tempat bagi orang senang. Dan SYURGA akhirat tempat bagi orang yang tenang. " -ibnu muslim


As Saff


[10]

Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? 



(jaminan TENANG)


[11]
Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya). 

(SUSAH)


SUSAH = TENANG?

Ingatilah Allah. Ia jaminan menjadi tenang.













No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Popular Posts