“Berapa harga dia bang?” “2.99Pound untuk satu apam balik.” Saya menjawab dengan nada mesra. Rata-rata membayar 3 pound. “Tak pa la bang, simpan je 1pence tu.” kata mereka semasa saya hendak memulangkan baki. Teringat akan sahabat serumah saya. Pelajar accounting, satu sen pun dia akan kira. Berharganya satu sen di mata seorang akauntan. Saya merenung satu pence. Warnanya tiada beza satu sen Malaysia yang berwarna perang. Kaler yang tiada nilai jika dibanding dengan satu pound dan satu ringgit duit syiling yang bewarna emas. Tapi kaler yang sama itulah saya lihat banyak masuk di kotak-kotak charity dan donation. “Kita selalu beri apa yang kita rasa tak berharga pada kita.” Kalau betul-betul nak beri, kenapa satu sen? Ia seolah-olah menunjukkan kita suka memberi jika ia tidak merugikan kita.
Bingung. Islam ajar kita untuk beri perkara paling berharga kepada orang lain. Hatta orang Ansar sendiri tawarkan isteri untuk Muhajirin.
Amanat Murabbi - Sampai satu tahap, berhenti memberi apa kita mampu. Tetapi berkorban untuk memberi.
“Katakan sehari enta ada 5 ringgit untuk makan tenghari. Enta makan 3 ringgit untuk nasi berlauk dan 2 ringgit enta sedekah untuk perjuangan jemaah dan sedekah jariah. Itu ana boleh kata enta memberi apa yang enta mampu. Berkorban? Enta ada 5 ringgit, instead of enta makan 3 ringgit yang kenyang dengan nasi berlauk, enta belanja 1 ringgit je untuk makan roti canai sekeping. Lagi 4 ringgit tu enta bagi kepada perjuangan Islam dan sedekah jariah. Itu ana sebutkan sebagai berkorban dalam memberi. Cuba enta buat sekali. Lihatlah kalau-kalau Allah jadikan enta miskin dengan buat macam tu.” Saya hanya terdiam. Tidak pernah ada jaminan dalam Quran, manusia yang bersedekah Allah beri dia jadi miskin. Yang ada hanya Allah tambah dan tambah rezki dia.
Ketika mana Abu Bakar As-Siddiq mendermakan seluruh hartanya ke jalan Allah. Ada orang bertanya dia, apa yang enkau tinggalkan untuk anak dan isterimu? Kata Saidina Abu Bakar, "Aku tinggalkan kepada mereka Allah dan Rasulnya" Boleh kita bayangkan pengorbanan apa yang khalifah pertama ini lakukan? Semuanya atas makna ingin memberi.
Pandangan Ihsan seorang teman
Aku kerja Oxfarm(kedai charity di UK), kalau harga dia ada 99pence kat belakang tu, selalu satu pence tu orang akan cakap ‘keep the change’ je. Aku lagi suka macam tu. Maknanya daripada orang tak bagi langsung, at least dia ada intention nak bagi.
Hari ini satu pence sebagai permulaan kita memberi. Sekurang-kurangnya kita ada niat untuk memberi kan? Esok? Usahalah ia agar naik ke tahap berkorban untuk memberi. Hari esok mesti lebih baik dari hari ini bukan?
Allah nak beri dia boleh beri. Allah nak tarik dia boleh tarik. Kamu lahir dengan kosong harta, baju pun tiada. Lalu Allah beri kamu harta pada hari ini. Harta bukan milik kita, ia milik Dia. Cuba renung, bila kali terakhir kita guna Harta Dia untuk mencari redha Dia?
Salam muhasabah.
Ditulis oleh,
hannanmuslim- 10 November 2012
No comments:
Post a Comment