Sunday, March 20, 2011

Berbalah Biarlah Sehingga Berubah





"Kau nak tegur orang? Kau pun sama je perangai macam aku," kata seorang sahabat kepada rakannya yang menegur.

"Ish.Tak nak la aku nasihat dia.Aku pun merokok juga.Takkan nak suruh orang berhenti merokok kalau aku pun merokok?" bisik hati kecil seorang perokok yang sudah ada bibit-bibit insaf.

"Tapi nak tunggu sampai bila? Takkan nak tunggu Rasulullah s.a.w yang sempurna akhlak itu hidup balik untuk nasihat kau baru kau nak berubah?" marah seorang teman kepada rakannya yang suka memutar belit.

"Aku mula tegur kau ni sebabnya aku nak tegur diri aku dahulu.Bukankah telinga orang yang bercakap itu lebih dengar jelas nasihat yang diberikan dari telinga kau yang mendengar?" kata Kamil pada kawannya dengan sabar.


Nasihat itu Agama

Selalu diperbincangkan bab adab menegur terutama di kalangan para daie.

Resah.

Itu yang mampu diucapkan oleh ramai sahabat sefikrah ketika melihat sahabat-sahabat seMuslim mula jauh dari rumah Allah. Mula jauh dari taman-taman syurga. Mula jauh dari diajak berbicara tentang agama dan dosa.

Namun, hakikatnya, nasihat dan tegur itu tetap perlu ada.Sama ada sehalus perlian dan jelingan mata hatta setajam mata pedang yang berkata.

Yang mana satu pilihan?

Manusia diciptakan berbeza bukan sahaja dari segi rupa dan sikap tetapi manusia juga berbeza dari sudut penerimaan.

Semuanya bergantung pada satu. Cara kita melihat sesuatu.

Saya berikan contoh. Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w bertanya pada Aisyah. "Adakah terdapat makanan pada hari ini?" Lalu Aisyah menjawab, "Tidak ada," Kemudiannya Rasulullah menjawab, "kalau begitu hari ini aku berpuasa,"

Rasulullah adalah contoh terbaik manusia. Tapi, untuk satu rumah tangga yang terbaik, ada hari tak ada benda untuk dimakan.Contoh terbaik ke tu?

Di sini perlu saya ketengahkan cara memandang. Orang yang sefikrah dengan Rasulullah yakni mereka yang memandang sesuatu itu kerana Allah dan hari akhirat, maka mereka memandang tindakan Rasulullah satu tindakan yang mulia. Yakni berpuasa.

Berpuasa disyariatkan bukan kerana menahan lapar apatah lagi menguji kekuatan otot perut tetapi berpuasa ialah satu cara mengawal diri. Hatta kita selalu dengar kebanyakkan kita berkata,

"Tak pa.Nasib baik aku tengah berpuasa.Kau jaga malam nanti."

Berpuasa menahan diri dari berbuat dosa dan mengawal hati supaya wujud rasa berhati-hati dalam berbuat tindakan.

Tetapi akan wujud permasalahan apabila orang yang tidak sefikrah dengan Rasulullah yakni mereka yang memandang dari sudut dunia semata-mata tanpa ada kaitan dengan Allah Taala.

"Itulah rumah tangga terbaik," kata hati mereka dengan sinis.

Sedangkan merekalah yang hina kerana hidup di dunia tidak lain hanya permainan semata. Tidakkah engkau melihat bahawa semua makhluk yang hidup itu pengakhirannya adalah mati?

"Dunia kata pergi, kubur kata mari!" Ingatlah mati!

Disebabkan dalam hidup ini iman manusia turun naik, maka perlulah kita bersedia membuka hati dan menadah telinga untuk mendengar kata pahit untuk merawat iman yang luka.

Hadis ke 7 dalam hadis 40 hasil karya Imam Nawawi,


Nasihat itu bagi Allah.Yakni tidak lain tidak bukan kita menasihati kerana Allah. Bukan kerana benci dan bukan kerana perasaan ingin melukai.

Nasihat itu bagi Kitab. Yakni tidak lain engkau perlu memberi nasihat berpandukan Al Quran sebagai sumber utama rujukan.

Nasihat itu bagi Rasul. Nasihat itu hendaklah diberi sebagaimana Rasulullah memberi nasihat. Bukan nasihat dengan jara MENJENTIK!

Nasihat bagi pemimpin dan orang awam.Yakni pemimpin pun perlu dengar nasihat dan nasihat itu untuk semua manusia.


Bila ada orang nasihat, lalu kita sakit hati, sebenarnya ada dua sebab kita sakit hati.

Yang pertama kerana sakit hati dengan diri sendiri yang sedar bahawa kita sedar bahawa diri kita salah. Dan untuk merawat hati yang salah, pastinya ia perlu menghadapi sakit yang sementara.

Yang keduanya sakit hati dengan orang yang memberi nasihat.

"Kau ni tak boleh nak cakap elok-elok ke? Yang nak tengking-tengking kenapa?" naik darah seorang rakan yang ditegur.

"Habis, dah aku cakap cara baik pun kau tak nak dengar.Aku perli pun kau buat 'de' je.Amik kau se'das'. Tak sedar juga aku tak tau la,"

Bagi saya, perlu dibezakan kita sakit hati itu kenapa. Adakah kerana sakit hati pada diri sendiri atau pada orang yang menegur. Kalau kerana alasan yang kedua, ingatlah bahawa agama itu nasihat.Mengapa perlu marah kalau ia mengajak kepada beragama a.k.a mengajak kembali pada yang Esa?

"Ingatlah,Allah hantar seseorang untuk tegur kita kerana Allah tahu kita tak mampu terima kalau Allah tegur kita secara direct," Erna.

"Tangan yang memberi (orang yg beri nasihat) adalah lebih baik dari yang menerima (orang yang menerima nasihat). Tetapi ingat, kalau orang yang memberi tu main campak je, adakah dia lebih baik dari yang menerima?" Afiq Anuar.

Duduklah seketika ketika hati panas disuntik penawar berbisa,
kerana fitrah hati suka pada yang Esa,
Kadang kala ia datang bukan dengan kata-kata manis dan manja
tetapi ia datang ibarat lembing yang menusuk tepat pada syaitan yang bermaharajalela di dalam hati yang luka.

Salam Nasihah! ^^

Thursday, March 17, 2011

Jangan Salahkan Tiang Jika Mata Buta Melihat Kebenaran

MukaDepan

20 pelajar asrama penuh dibuang jentik dahi junior
Oleh Nahar Tajri
nahar@bharian.com.my
2011/03/17

WARIS pelajar Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kubang Pasu tunjukkan surat pemberhentian  yang dihantar   kepada mereka, semalam.
WARIS pelajar Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kubang Pasu tunjukkan surat pemberhentian yang dihantar kepada mereka, semalam.
BUKIT KAYU HITAM: Seramai 20 pelajar Tingkatan Lima Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Kubang Pasu, di sini dibuang sekolah berkuat kuasa Khamis lalu selepas didapati bersalah membuli dengan menjentik dahi seorang pelajar Tingkatan Empat beramai-ramai pada 25 Februari lalu.

Mereka diarahkan pulang pada petang hari kejadian, sebelum pihak sekolah mengambil keputusan membuang semua pelajar terbabit selepas mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Khamis lalu.


Kalau diri terlanggar tiang, jangan salahkan tiang.salahkan diri sendiri.

Kalau anak nakal membuat kesalahan, jangan salahkan guru sekolah yang tidak mengajar.Tapi salahkan diri sendiri yang tak tahu mendidik anak.Sebab Allah tak jadikan guru-guru sebagai guru pertama anak2.Tetapi Allah jadikan ibu bapa guru pertama mencorakkan kain yang putih.

Yang zalim tetap zalim.Takkan dah mencuri boleh minta bagi can kot.Takkan dah pukul anak orang, boleh bagi muka KOT!

Lalu bila Nabi dengar Usamah memujuknya, maka marahlah Nabi sebagaimana hadith yang selalu kita dengar, kata Nabi,"Demi ALLAH, sekiranya anakku Fatimah binti Muhammad mencuri,nescaya aku potong tangannya. Jangankan kata Fatimah Bani Mahzum, kalau Fatimah binti Muhammad mencuri pun, aku tidak akan teragak-agak untuk memotong tangan anakku."…Maka di kala itu kata Usamah,"Aku melihat adanya urat di dahi Nabi, ketika marahnya Nabi apabila hak ALLAH cuba dicabuli."

Begitu tegasnya Rasulullah dalam hal integrity dan sikap.

Kalau sudah berlaku zalim, maka selayaknya menerima hukuman. Peluang pertama atau peluang kedua bukan kisahnya.

"Sesungguhnya tidak sempurna Iman seseorang itu melainkan dia menyayangi saudaranya sendiri seperti mana dia menyayangi dirinya sendiri."

Anda pernah dengar hadis ini?

Zalimnya kau men’jentik’ saudaramu.Apa hakmu?

Orang yang menzalimi itu tetap salah dan orang yang dizalimi itu tetap betul.

Aku ialah orang paling rapat dengan guruku.Dan aku kenal mereka seperti aku kenal ibu bapaku.

Jangan salahkan syaitan yang membisik kalau diri sendiri sendiri buta mata dan buta hati untuk melihat haq dan batil.


Ya Allah.Jauhkan aku dari perasaan marah.

There was an error in this gadget
There was an error in this gadget
Related Posts with Thumbnails

Popular Posts