Tuesday, December 27, 2011

Aku Mencari Kata Cekal


Malam ini saya masih belum mampu memejamkan mata.Akal terasa sarat dengan formula matematik,bersimpung siur memberatkan kepala.Hati mula merungut.Persoalan-persoalan lama masih menghantui saya.

"Adakah betul aku memilih untuk belajar di UK ni?"

Berulang kali saya berfikir untuk istikharah.Tidak pernah kesampaian.Hati saya menidakkannya.Bagaimana kalau setelah istikharah nanti saya lebih berat untuk pulang ke Malaysia? Apa kata keluarga saya? Bagaimana dengan pinjaman MARA?

Saya menyelak halaman maya.Blog saifulislam.com.Blog genta rasa.Sengaja saya memberi peluang kepada diri untuk menerima kedua guru yang saya cukup kagum dengan kesantaian mereka berkongsi motivasi.

Dokumentari Great Wall of China baru sahaja selesai diruang mata.Akal masih ligat berfikir.Mencari ibrah di sebalik dinding Cina yang berupa seekor naga.Cina yang kaya ekonomi hari ini,disebalik kisah lampau mereka,terpendam berjuta sejarah hitam. Begitulah manusia agaknya. Ada masanya kita merungut susah.Tetapi rungutan itu nanti jualah yang akan menjadi bisikan manis di hari senja.

Saya lemparkan persoalan itu sejauhnya.Dalam hati,saya teruskan berbicara doa.

"Ya Allah,cekalkanlah aku sepertimana cekalnya nabi-nabimu untuk tsabat dalam perjuangan ini.Perjuangan bagi menggapai syurgaMu,yakni tempat rehat bagi manusia-manusia luar biasa yang cekal jiwanya.Amin."

Monday, December 26, 2011

Kejarlah Percaya Itu.

Muhammad Al-Fateh (Pembuka Kota Constantinapole)

Ibnu Batutah

Teringin benar insan ini mengenali tokoh itu.Penulis diari pengembaraan Islam yang gigih.Dari satu tempat ke satu tempat,dia mengembara,meneliti sejarah dan tingkah laku manusia,lalu mencoretnya penuh ihsan untuk tatapan manusia zaman selapasnya.Perjalanan itu tidak mudah.Berehatlah Ibnu Batutah.Kali ini,biarlah insan ini pula yang menyambung tugasnya.Mencoret sedikit pengalaman sepanjang permusafiran di bumi England,Kota Jagatraya Barat.

Dia ingin ke PUISI sebenarnya.Untuk bercinta dengan Muhammad Al-Fateh.Seorang Raja.Seorang Panglima.Juga seorang yang besar cita-citanya; merempuh Constantinapole(Turki) untuk membuka pintu Islam ke dalam jiwa penghuninya.Namun,kota Ireland itu terasa jauh dari dirinya,kewangannya,juga tiada teman untuk berlayar ke sana.Hasrat itu terkubur mati.

Mengapa Muhammad Al Fateh?

Sabda Rasulullah S.A.W. ketika menggali Parit Khandaq; “..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……” (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Rasulullah menyebutnya dengan penuh keyakinan walaupun ketika itu para sahabat masih lagi resah.Kepungan tentera ahzab hanya beberapa kilometer dari kota Madinah.

Percaya.Kerana adanya percaya,seorang demi seorang tokoh lahir untuk menjayakan hadis ini.Dan akhirnya, ia milik si Fateh.Pemuda sebaik-baik raja dan pemimpin.

Kalau Rasulullah mengatakannya sebagai satu pemacu semangat,mengapa tidak kita yang mengejarnya?

“Sesungguhnya Allah membangkitkan bagi umat ini, seorang mujaddid yang akan membaharui agamanya pada setiap awal seratus tahun.” (Al-Hakim, al-Baihaqi, Ibnu Hajar, Abu Daud & al-Iraqi)

Nah,sengaja saya lontarkan hadis ini.Kali ini bagaimana? Sedia bersama saya untuk bersaing merebut gelaran mujadid ini? ^^


Monday, December 5, 2011

Laungan Palestina



Titis demi titis air mata berguguran.Matanya kemerah-merahan.Semerah dendam di dada yang membuak-buak melihat kekejaman.

"Akan aku cincang kau Zionis Laknatullah!" batin dia menjerit.Tangannya menghentak hentak kerusi.

Tidak mampu lagi dia menahan.Nafasnya kasar menahan sebak.Satu persatu wajah saudaranya dirobek peluru hidup.Lebih memilukan apabila ada yang tinggal tulang dimamah bom phosphorus putih.

Akhirnya video itu berhenti jua.Dadanya sebak.Akalnya berserabut memikirkan gambaran suasana di Gaza.Hatinya tidak henti-henti meratapi kesedihan.Sedih melihat saudara semuslim syahid atas jalan Rabbi.Sedih mengenangkan betapa kufurnya diri dengan nikmat aman yang Tuhan beri.

"Saya lihat remaja mereka,apabila tidak ada kerja,mereka duduk dan buka Quran.Malangnya bagi kita,ada yang pakaian dan macam ustaz dah,tapi bila tak da kerja,duduk baca komik,"kata Dr Syed,penceramah Cakna Palestine yang murah senyumannya itu.

Sekali lagi hatinya tersentap.Menunduk malu pada diri sendiri.

"Apa yang telah aku lakukan di masa lapangku? Untuk surah Yusuf itu masih merangkak-rangkak.Di mana tempohnya sebulan yang diperuntukkan?"

Malu.Malu dengan Dia yang maha Satu.

"Orang Palestina,dari tukang sapu sampah hingga kepada pemimpin teratas, semua mereka bercakap tentang perjuangan.Itu jiwa orang-orang besar," tambah Dr Syed bersungguh-sungguh.Dia mendengarnya tanpa sebarang kelipan mata.

Gambar demi gambar dipertontonkan oleh doktor yang ke Gaza untuk misi kemanusian itu.Kali ini,gambar itu menyegarkan benaknya.

Satu persatu wajah-wajah mujahid palestina tersenyum.Ibarat medan tempur itu medan mainan mereka.Dari si kecil tidak berdosa sehingga si askar sasa bersama senjata.Senyum.Tidak ada senyuman yang lebih ikhlas dan mesra dari itu.Hanya warga palestina mewarisinya.

Perluru berpandu itu mereka yang menciptanya sendiri.Gabungan usaha pensyarah dan darah muda palestina.Di negara yang separa musnah itu,masih ada kekuatan untuk mengerah ilmu untuk menyembelih zionis gila.

"Itulah jihad.Berbuat kebaikan sampai rasa letih," kata Shaheer.

"Palestin itu bukan milikku.Ia milik semua umat Islam.Tidak akan aku benarkan tanah suci ini jatuh kepada bukan pemiliknya," Sultan Abdul Hamid 3.

Setelah beliau ditangkap dan dikurung oleh si celaka,jatuhlah khilafah.Menangislah tanah palestin dengan darah rakyatnya.

"Di mana Engkau umat Islam? Di mana Engkau orang yang berbaiah dengan Allah dan Rasulnya?!!!!!"

Dia terkedu.Insaf.

Salam rindu dan doa buatmu sayangku palestina.Hanya doa yang tidak putus-putus mampu aku curahkan.Semoga ada juga ruang untukku di syurga, walau jalan jihad kita berbeza.

TAKBIRRR!!!!!!!!!!!! ALLAHUAKBAR


Saturday, December 3, 2011

Hari Kiamat 2012? Ibrahnya di mana?

"Salam.saudara,saya ada membaca satu artikel menyatakan bahawa bukti-bukti menunjukkan bahawa hari kiamat ialah pada tahun 2012.Betulkah? Apa pandangan saudara?" tanya seorang sahabat.

Saya tidak mengiyakannya.Apatah lagi menidakkannya.Saya bukan ustaz punya ilmu hadis dan Quran di dada.

Saya mengambil ruang untuk bercakap sebagai seorang pemikir.Dan apabila ia datang dari hasil fikir seorang manusia,pasti kelemahan itu merata-rata.Saya seorang hamba! Sungguh hanya Dia yang sempurna!

"Kalau saya katakan perkara itu tidak penting bagaimana?" saya menjawabnya.

"Kalaupun 2012 itu hari kiamat,apa faedahnya pada manusia? Lebih soleh? Semakin mencari Tuhan? saoalan 'Bila' bukan isu besar bagi saya.Implikasi beriman dengan hari kiamat itu ibrahnya," tambah saya lagi.

Kalau esok sekalipun hari kiamat,hatta hari ini sekalipun,yang hendak diuruskan bukan hari kiamat.Yang telah disuruhkan oleh Dia adalah menguruskan dunia tanpa melupakan akhirat.
Hari kiamat itu urusan DIA.Bila masanya? Nabi sendiri tidak pernah menyatakannya.

Tumpukannlah dengan cara hidup,bukan cara mati.Kerna manusia yang mati pada malam Jumaat sekalipun,jika dia mati sebab syirik pada Allah,adakah ada syurga bagi dia? Itu semua urusanNya.Tetapi manusia yang menjadikan Quran dan Sunnah sebagai cara hidup,hatta jika dia mati di kelab malam sekalipun,hati dia ingat dan takut pada Allah.Adakah Allah akan membiarkan dia mati dalam keadaan terhina? Itu juga urusanNya.Wallahualam.

Semoga Allah ampunkan kesalahan saya atas kelemahan mata pena saya.Amin.

56:156:256:3
Surah Al-Waqiah

[1]
Apabila berlaku hari kiamat itu,
[2]
Tiada sesiapapun yang dapat mendustakan kejadiannya.
[3]
Kejadian hari kiamat itu merendahkan (golongan yang ingkar), dan meninggikan (golongan yang taat).



Sunday, November 20, 2011

Bilakah saat untuk dilafazkan cinta

Sejak kecil, dia menanam tekad untuk tidak bercinta.Malahan kata-kata cinta kepada hawa dia tahan keluar dari mulutnya.Tersekat di hati.Lalu ia mati apabila masa berlalu pergi.Namun,fitrah manusia.Dia juga punya perasaan untuk bermanja.Punya hati untuk berkongsi rasa.Salahkah untuk dia menutur bicara manis rindu untuk insan bernama hawa?

Namun,sedar dia sebagai hamba.Sedar dia Tuhan lebih mengetahui yang lebih baik untuk manusia bernama hamba.Dia akur.Perasaan itu diketepikan untuk sekian lama.Kerna dia juga menghormati wanita.Dia membisukan diri,menunduk malu,menetapkan hati.Kadang-kadang bukan sebab malu,tetapi sebab ego sebagai lelaki.Tidak mahu gentleman memulakan sapa dan memperkenal diri.

Wanita yang dipuji lelaki, hilang serinya di mata dia. Sehingga dia sendiri elakkan memuji wanita,kerana risau ada lelaki yang hilang hormat pada si dara.

Wanita yang misteri atau cuba elak menampilkan diri,dia lebih menghormati. Kerna ia ibarat pasir emas yang mahal harganya.

Namun,terus memuji dan menghormati tidak membawa dia ke mana-mana.

Seringkali tertanya,bilakah masanya? Untuk bercakap tentang calon,dia yakin ia ada di mana-mana.Cuma bilakah hati dan iman mahu terbuka?

Terus mengetuk pintu rasa.Meskipun hawa itu pilihannya,adakah kerana nafsu bisikan iblis durjana.Atau pintu iman yang mengatakan perlu untuk menjaga kemuliaan iman diri dan iman si hawa.

Di mana harus si dia bermula? Salam perkenalan di Facebook.berbicara kata di sms.atau memakai manusia tengah untuk mengirimkan hasrat jiwa?

Dia terkenang ibu di rumah.Ayah barang kali terbuka dan sedia berkongsi pandangan dan cerita.Namun, dia lebih risaukan bondanya yang tercinta.Apakah dia bersenang hati atas keputusan anaknya.Atau bermuram durja kerana gopoh si anak terunanya.

"Gatal merenyam".Itu mungkin kata orang di luar sana kepada dia. Namun,masih ramai memilih jalan zina dari jalan yang mulia.Biarlah mereka dengan kata-kata mereka.Dia tidak mahu bersubahat sama.

Paling tidak.Jika dia sudah punya teman yang sah disisi agama.Dia yakin separuh masalahnya selesai sudah.Dia pasti mampu menarik nafas lega.Tidak ada lagi kamus zina dari hidupnya.Itu yang pasti.

Biarlah masa dan takdir penentu segala.Kalau perlu dia berpuasa,biarlah dia terus berpuasa. Iman dia pada Tuhan adalah segala.Tidak akan dibiarkan kotor dek kerana hal ehwal cinta.

Terus.dia juga punya cinta.Namun tidak sekali melangkah Cinta Tuhan yang Maha Esa.

Cinta tanpa CintaNya.Ia neraka dunia.

Dia masih disitu.Di dalam sujud.Berdoa agar hatinya terbuka.Berdoa redha ibu bapa dalam kisah hidupnya.

Semoga dia punya teman hidup sekuat cemburu Aisyah pada baginda nabi yang mulia.

Salam cinta dari dia, buat bakal hawa penyejuk matanya.

25:74

"Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa." Al-Furqan: ayat 74




Sunday, October 30, 2011

SYUKUR DALAM KASIH

SYUKUR DALAM TERIMA KASIH

Pagi itu, jam 7.15am, kapal terbang selamat tiba di Lapangan Terbang Manchester. Hatinya tidak berhenti mengucapkan syukur. Syukur kerana penerbangan dari Lapangan Terbang Dubai itu berjalan lancar. Terasa ingin berhenti sebentar dan sujud syukur di dalam pesawat. Namun dibatalkan sahaja niatnya itu memandangkan orang semakin bersesak sesak untuk keluar dari kabin. Alhamulillah. Mungkin ucapan itu sudah memadai. Dia tersenyum bercampur sedikit gemuruh.Memaksa diri untuk tersenyum meskipun apa jua bakal dihadapi. Itu rahsia orang yang tabah.

Belum habis disitu,selepas membalas ucapan terima kasih kepada pramugari yang bertugas, bahu menggalas beg yang berisi barang makanan yang hampir mencecah 7 kilo.Tidak cukup dengan itu, di tangan kiri terpaut sebuah beg berisi laptop peribadi. Berjalan dalam keadaan keletihan membuatkan dia sedikit terhuyung hayang.

Ukhuwwah terus dieratkan oleh si abang-abang petronas yang dalam misi untuk mencari gali minyak di sekitar United Kingdom. Setelah bertukar kad info peribadi, akhirnya kami berpisah. “Masuklah ke bahagian oil dan gas, Ia sangat lumayan,”pesan terakhir abang Petronas itu. Dia hanya membalasnya dengan senyuman.

“I am a student and I came to study at University of Manchester. This is my CAS letter,” terkial-kial dia bercakap bahasa inggeris. Cuba untuk menenangkan diri.Risau terkantoi ikan bilis dan segala jenis mak nenek makanan kering yang dibawa dari Malaysia. Hanya 2 minit, segalanya selesai. Doa dia dibalas Tuhan.Dipermudah segalanya.

SI IMAN YANG PUNYA KETABAHAN

Sejuk! Itu sahaja yang mampu saya luahkan. Tulang temulang saya menggigil menahan bayu beku Manchester. 15 darjah celcius menambahkan celaru pada si iman dan akal. “Apalah yang aku buat di tempat-tempat sejuk begini.Malaysiakan panas dan selesa untuk belajar. Padan muka.Tak tahu bersyukur lagi!” si iman terus bermonolog sendirian.

Perut berkoroncong.Tanda lapar masih belum hilang. Sarapan di dalam kapal terbang tidak mengenyangkan saya. Ia tidak sama dengan selera makan asia agaknya. Dalam kereta,saya berbual-bual dengan beberapa sahabat dari Manchester yang datang mengambil saya. “Aah.Jam lagi!” kata Bat, sahabat yang memandu. Jangan ingat Malaysia sahaja yang jam.UK pun 2 kali lima! Menahan lapar dalam jam teruk.Saya terus kelaparan. Si iman itu seolah-olah sudah hilang semangat. Fikiran mula bercelaru.

Minah saleh hanya memakai tight dan skirt pendek untuk ke kelas. Baju tak perlu nak diceritakan. Macam macam gaya boleh jumpa.Kaler rambut dari merah sehingga hijau dan unggu. Si mata kadang kala terlepas pandang dan terleka. Si iman itu yang sakit.Namun nafsu itu menutupinya.

Si merpati sepasang pula berciuman di merata-rata.Berpegangan tangan itu mungkin sudah biasa. Ini barat.Tidak ada yang peliknya.Syukur masih belum berjumpa pasangan gay dan lesbian.Bendera-bendera menyokong hubungan sejenis berkibar di merata-rata.

“Astaghfirullah.” Saya paksa diri menyebutnya jika punya masa lapang.Risau tergoda si Iman.Tabahnya juga punya had!

Pekan Rusholme.Kediaman si penulis sekarang.

Rumah kediaman.

Tuesday, October 11, 2011

Fikir Dua Kali

Kembara Sebuah Dunia Asing

Satu persatu wajah mula bergenang air mata.Tidak pasti apakah dia yang memulakannya.Terasa seolah olah suasana menyambut sebuah kematian.Seolah-olah dia bakal dihantar bertemu janji Tuhan.Dahi dikucup dengan lelehan air mata.Seorang demi seorang.Dia diam seribu bahasa.Hanya yang keluar dari bibirnya hanya kata-kata, “Tolong tengok-tengokkan mak ayah Hannan ye.” Berulang-ulang kali.

“Mak,Ayah,halalkan makan minum adik.Maafkan adik.Mak ayah jaga diri ye,” dalam esak tangis itu dia masih mampu mengulas bicara.Dahi seorang anak dikucup sepuas-puasnya oleh si Ibu.Ayah hanya melihat penuh kaku. “Apalah yang ada dalam hati ayah,” bisik hatinya.

Bismillahirrahmanirrahim.Kalimah itu diucapkan bersungguh-sungguh.Apabila tersepit dalam rongga keresahan dan keperitan,tidak ada pengharapan lain melainkan kepada TUHAN.Tangga itu perlahan-lahan bergerak turun.Dengan bag yang hampir 7 kilo digalas di bahu,kaki melangkah perlahan.Lambaian ibu dan ayah masih jelas di mata.Satu persatu hilang dari pandangan.Dia resah.Berseorangan.Dikesat baki air mata di pipi.Dia pesan pada diri, “Aku perlu kuat.Ini jalanku.Ini takdirku.Allah bersamaku.”

Semuanya berjalan lancar.Immigresen berpuas hati.Si pramugari tersenyum mempersila diri.Kaki melangkah penuh berat seolah-olah tidak mahu mara ke hadapan.Bahu masih lagi terasa hangat pelukan ahli keluarga.Bunyi pesawat mula memekakkan telinga. “Kali ini tiada berpatah lagi,” desis hati.

Bismillahitawakkal ala Allah.Aku bertawakkal akan nasibku kepada Allah.

Kapal Terbang selamat terbang dengan selamatnya.Pramugari menjalankan tugas dengan wajah ceria.Namun itu bukan kisahnya.Itu bukan ibrahnya.

FIKIR DUA KALI

Perjalanan 7 jam ke Abu Dhabi meloyakan perut saya.Kapal terbang mula bergegar dek kerana awan tebal.Perut kosong mula berkeroncong.Makanan yang dihidang tidak lagi menyelerakan.Dipaksa suap oleh tangan.Hampir-hampir makanan itu terkeluar kembali kerana mabuk udara.Saya mula resah.Entah buat kali ke berapa,saya berdoa setulus hati.Sepenuhnya bergantung.Sepenuhnya merendah diri.Aku hamba.Aku Hamba.Dengarlah pintaku ya Allah.Lindungilah aku.Lindungilah aku.

Ketika itu saya bertanya pada diri.Mengapa saya ingin menuntut ke luar Negara.Mengharungi sebuah perjalanan yang jauh ini bukan perkara yang menyelarakan.Bahkan ia satu musibah bagi saya.7 jam dengan perut yang meloyakan.Seolah-olah mabuk menunggu kematian.

Apa seronoknya belajar ke luar Negara jika dijamah dengan perjalanan seperti ini.

Tetapi ia membuatkan saya berfikir.Bermuhasabah.

“Kalau tidak diuji,itu bukan golongan syurga.Kalau tidak diuji,tidak ada cerita pahit untuk dicerita.Jika tidak diuji,tidak ada kematangan dalam pertambahan usia.Jika tidak diuji,tidaklah ia dipanggil kembara.Tidaklah ia bernama manusia.Tidakkah Tuhan itu sayang kerana itu dia menguji untuk memuji.” Saya coretkan ini dalam kamus perjalanan saya.

Adakah ia punya ibrah? Pandanglah dari sudut diri saya.Sebagai si pengembara.

Alhamdulillah.

P/S: Semoga Allah kuatkan saya untuk menulis.Amin.Insyaallah bersambung.

Terima kasih kepada abang Petronas ini.Saya punya teman untuk berbual.

Di Luar Lapangan Terbang Manchester


Friday, July 29, 2011

Mencari Ritma Yang Hilang


Hold My Hand Brothers.Lets us work for ummah!

Ketika saya bergelumang dengan pelbagai idea untuk ditulis dan dikongsi sama ada di blog atau status facebook, akhirnya keserabutan itu saya susun sedikit demi sedikit supaya dapat dijadikan bahan santai untuk diajak berbual dengan sahabat handai mahupun orang yang tidak pernah saya kenal.

Yang pentingnya,ia tidak perlu bersyarat.

Tidak kira anda seorang muslim atau non muslim, bumiputra atau bukan bumiputra, sebagai seorang manusia punya nama,pasti punya hasrat untuk berkongsi kebaikkan.

Saya dilontarkan dengan seribu satu soalan dan diuji dengan beribu kisah dalam kehidupan yang saya fikir ia satu peluang untuk dimanfaatkan untuk menjulang kembali takhta nilai kemanusian.

Dan ketika mana saya khusyuk membuat analisa dan menyusun tinta pembaharuan, saya terasa sepi disebabkan keseorangan. Dalam pada saya beriya-iya bangun untuk mendalami psikologi manusia untuk membangunkan dakwah(mengajak kepada kebaikkan) dan islah(membangunkan potensi diri) dengan lebih terarah, sahabat-sahabat dan saudara mara saya terus menari dengan pentas arus duniawi.

K-Pop itu dikejar, Harimau Malaya diagung-agungkan semahunya, novel cinta dikhatamkan sebanyak-banyakknya, Cinta Monyet digayut sehingga patah dahannya. Tidak kurang yang melayan perasaan dengan Drama Cinta yang panas di TV3!


Adakah salah berhibur? Haramkah memberi hiburan pada diri?

Ia berbalik pada konsep kesederhanaan. Ia berbalik pada meletakkan dunia pada tangan bukan pada hati. Bagaimana itu?

Bermakna kalau sekalipun tidak dapat tiket bola untuk menonton harimau Malaya lawan Chelsea,tidak perlu diperkotak katikkan oleh DJ hot.fm untuk mendapatkan sehelai tiket yang seronoknya hanya untuk 1 jam 30 minit!

Bermakna kalau ada masa tengok penari K-Pop dan pelakon hansem drama korea, tidak perlusehingga mempromosikan mereka di profil picture di facebook. Berangan-angan punya buayafren dan gelifren seperti orang korea sedangkan nama anda Muhammad dan Siti!

Untuk rebranding hiburan ini, belajarlah dari sudut yang positif. Misalnya dalam drama yang anda dan saya tonton itu, hadirkan akan satu analisa selain hanya menjadi seorang penonton tegar yang melayan perasaan lalu apabila cerita itu habis,maka yang kita dapat hanyalah ‘lelaki itu hansem dan perempuan itu cantik’ atau ‘nak lelaki baik macam tu dan ini’.

Letakkan diri pada sudut yang lebih tinggi. Ada mesej yang penerbit ingin sampaikan pada penonton. Ada mesej yang pelakon ingin sampaikan pada peminat. Jangan sempitkan pemikiran pada menghiburkan hati dan perasaan.

Orang yang melihat drama lalu dia belajar ‘body language’ pelakon untuk dipraktikkan dalam kehidupan itu lebih baik dari sekadar lihat dan melayan perasaan.

Orang yang memotivasikan diri dengan menjerit di dalam diri supaya jadi lebih rajin mentelaah buku itu lebih baik dari mereka yang hanya melaungkan ‘Hidup Harimau Malaya’ sekuatnya tapi semakin malas untuk menyempurnakan seruan Iqra’.

Kenapa malas untuk menari untuk menguruskan diri tetapi sibuk melayan K-Pop yang menyanyi dan menari tak henti? Rakyat Malaysia obesiti tapi malas nak berjalan kaki walau ke kedai yang jaraknya hanya beberapa inci.

Namun dalam berjuta pemuda di Malaysia,berapa ramaikah yang melihat dari sudut yang tinggi itu? Berapa ramaikah yang cuba mencari rentak kematangan dalam diri?

Berapa ramai pemuda yang sedar dibelakangnya punya abi dan ummi untuk dijaga pada masa emas nanti,dibelakangnya punya adik beradik untuk dimotivasi dan dibantu pada masa susah nanti, punya tanggungjawab pada anak-anak dan isteri?


Sibuk dengan perkataan ‘i love u’ sedangkan makan minum masih disara orang tua sendiri.Tak tau malukah pada diri?

Saya masih sunyi dalam jalan dakwah ini.

Monday, July 18, 2011

Hadiah Buat Si Perantau


Bunga cinta sakura.

Merantau,bermusafir atau berjalan-jalan.Semua orang sukakanya. Pantang di ajak berjalan pasti ramai yang mengangguk. Sama ada cuma sekadar jalan-jalan kosong, merapatkan hubungan, atau mencari ketenangan dengan merenung alam ciptaan Tuhan dengan hati dan iman. Kalau kaki fotografi, kamera akan diusung ke sana dan ke mari. Gambar diambil di setiap sudut dan posisi. Wah! Saya membayangkan saya mempunyai kamera DSLR sendiri sambil berjalan di bawah pokok sakura yang sedang mekar kejambuan.

Perantauan dan permusafiran bukan sekadar minat dan angan-angan tetapi ia juga disebut oleh baginda Nabi Muhammad dalam hadisnya.

“Hiduplah di muka bumi ini ibarat seorang perantau”

Hatta baginda nabi menganalogikan kehidupan sebagai sebuah perantaun.Pastinya ada ibrah disebalik kata-kata baginda.

Sebagai seorang yang dalam perantauan, dia perlu tahu ke mana arah tuju atau destinasinya. Apalah guna berjalan tanpa tujuan. Ibarat bermain bola tanpa tiang gol, tidak ada gunanya.

Teringat akan zaman persekolahan, setiap dari kita pasti punya banyak keinginan. Mempunyai banyak mainan, kasut sukan, sahabat karib dan adakalanya keinginan untuk cepat menjadi dewasa.

Namun,setelah kita dewasa.Setelah kita punya semua yang kita minta sewaktu di zaman kanak-kanak, kita punyai keinginan yang lain. Sehinggalah akhirnya kita sudah tidak mampu berjalan tanpa tongkat di tangan. Akhirnya kita berkata, “aku inginkan kesudahan yang baik sebagai hamba Tuhan”.

Matlamat berubah seiring usia.Pemikiran matang bila hari semakin mendatang. Walau apa jua perubahan, namun di akhir sebuah kehidupan, kita bermatlamatkan satu.Mati sebagai hamba Tuhan,bukan sebagai hamba Syaitan!

Mati adalah matlamat,tujuan dan destinasi bagi kisah sebagai seorang perantau. Ia adalah pasti.

Tidak semua barang kita akan bawa untuk capai ke destinasi. Barang yang diperlukan digalas di bahu kanan dan kiri. Barang yang tidak perlu dibuang bersama barang ‘non-recycle’ yang tidak punya erti untuk sebuah kehidupan yang singkat ini. Bagaimana untuk menilai barang yang perlu? Ia bukan hanya perlukan penilaian akal,tetapi ia perlukan penilaian hati.

Kalau sudah diketahui hala tuju, berjalanlah di landasan yang betul. Beramallah seperti orang-orang syurga jika kau mencintai syurga. Apakah persamaan mereka yang mencintai syurga? Mereka semua derita seketika di dunia. Demi cinta akan agama,demi cinta akan Tuhan pencipta segala, demi janji Tuhan bagi orang yang memilih jalanNya.

Hakikatnya,perantauan dan perjalanan ini tidaklah sama seperti sebuah perlancongan 5 bintang yang indah. Tetapi ia penuh mehnah yang terselit ibrah dan sinar kegembiraan disebalik susah,derita dan payah.

Tidaklah perumpamaan nabi itu sia-sia bagi mereka yang memandangnya dengan akal dan iman. Untuk memahaminya perlukan akal. Untuk beramal dengannya perlukan hati dan iman.

Hadis itu hadiah buat si perantau sepertimu, insan yang mencari redha Tuhan kerana cinta pada kekasih illahi nabi akhir zaman.

Wednesday, July 13, 2011

Menjadi Penulis Yang Lebih Baik

Sungguh berat rasanya ingin menulis,mencoretkan kata dan menjaja idea tajdid(pembaharuan) meskipun dicurahkan nikmat masa yang lapang.Benarlah kata mereka-mereka, "lebih mudah berkata-kata dari melakukan apa yang dikata".Lebih menakutkan jika dikatakan 'cakap tak serupa bikin'! Lalu dipaksa jua menjadi rajin dan memerah keringat agar dapat jua dikongsi walau sebaris ayat dalam ruang blog ini.Tidak ada gunanya menyatakan ikhlas di sini kerana itu hak Allah untuk menilainya.

Kagum dan terus kagum dengan mereka yang terus menerus menulis dan memperbaharui isi blog sedangkan blog ini terus ditinggalkan bersawang dan berhabuk.Selamat berjihad buat blogger di luar sana!

Yakin bahawa blog ini masih lagi bosan seperti biasa,ditambah dengar muzik latar raihan yang mengantukkan,Insyaallah diminta agar pembaca di luar sana memberikan sumbangan idea dan cadangan agar blog ini dapat dibangunkan untuk diteruskan dalam medan dakwah maya ini.Mohon doanya!

Membaca dan berjumpa dengan blog-blog di luar sana memberikan sedikit gambaran bahawa ada dua jenis penulis yang dominan dalam dunia blogger ini.Pertamanya mereka yang menulis seolah-olah seorang kolumnis yakni lebih kepada fakta dan isi dan seorang lagi penulis yang saya gelarkan sebagai penulis kehidupan kerana mereka lebih suka menggunakan perkataan 'saya' dan 'aku' dalam menceritakan pengalaman dan menyampaikan idea pemikiran.

Siapakah saya? Saya lebih kepada penulis yang kedua.Meskipun telah berulang kali cuba untuk membuangkan perkataan 'saya',namun ia tidak pernah berjaya.

Mencari dan terus mencari gaya penulisan yang diminati remaja khususnya.Bahannya, isunya, soalan-soalan di minda mereka. Blog terkenal dengan ILUVISLAM.com antara yang dilihat mampu membimbing hati remaja.Mungkinkah kerana karya cerpen dan cerita dan banyak pilihannya?

Apa-apa pun, sekadar satu renungan ketika mentadabbur ayat 4-6 dalam surah At-Tin.

"Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya). Kemudian (jika ia panjang umur sehingga tua atau menyalahgunakan kelengkapan itu), Kami kembalikan dia ke serendah-rendah peringkat orang-orang yang rendah.Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, maka mereka beroleh pahala yang tidak putus-putus."

Biarlah memaksa untuk memperbaiki dakwah pada hari ini dari menyalahgunakan nikmat lapang dengan drama tv dan isu artis terkini.Moga jadi peringatan kepada diri.

Menjadi penulis yang lebih baik,menghasilkan blog yang terbaik,dan mengharapkan ganjaran syurga yang terbaik! sama-sama kita doakan^^






Saturday, July 9, 2011

Ramadan.Di mana hikmahnya?

"Saya tidak akan menyampaikan ceramah agama seperti mana ustaz-ustaz yang anda jumpa sebelum ini apatah lagi membincangkan tentang khilaf antara ulama tentu isu fiqah dan sebagainya.Saya bukan ustaz.Tetapi saya cuba untuk berkongsi dengan anda pandangan saya pada Islam yang kita anuti." kata saya pada program Gegar SBPIKP dalam mukaddimah saya untuk tajuk "How to be an effective Muslim?"

Saya mencintai taman-taman syurga yang disyorkan oleh baginda Nabi dalam hadisnya.Saya mencintai ulama' dan ustaz-ustaz yang memberikan idea-idea untuk membangunkan manusia lebih dari saya mencintai jurutera dan kontraktor yang membangunkan teknologi dan material semata-mata.Sebabnya? Majunya teknologi,modennya material dan kebendaan tidak menjanjikan manusia yang lebih bertamadun.

Buktinya tidak perlu di'google' di internet,tetapi cukuplah anda membacanya di dada-dada akhbar setiap hari.Kita sibuk berbangga dengan pencapaian negara,tetapi pada masa yang sama manusia terus mundur akhlaknya. Kes buang bayi, zina, isteri simbah suami dengan asid dan sumbang mahram dan sebagainya. Kita terus memuja pembangunan seolah-olah menyokong keruntuhan sikap dan akhlak manusia,

Ustaz, para daie dan Protaz(professional dan ustaz) pula sibuk mengendalikan perubahan hati manusia.Ujian dan dugaannya tidak perlu dicerita. Kalau mudah jalannya,pasti ramai yang memilih jalan ini.Jalan mewarisi para dakwah nabi. Kenapa jalan para nabi yang mesti saya sebut dan kita pilih? sebabnya pengakhiran mereka ialah syurga.Apalah yang ada pada jalan artis? jalan mat rempit? tidak ada yang pasti..mungkinkah syurga atau pastinya neraka?

Belajar dan dengar ceramah agama penting untuk membangunkan diri.Tetapi untuk membangunkan orang lain dari lena mereka yang tidak mimpikan Tuhan, mereka perlu disuapkan dengan bukti dan contoh yang merasionalkan akal.Bahannya? Ia adalah AGAMA.Pendekatan dan penyampaiannya biarlah diterima fitrah sebagai MANUSIA.
Misalnya kita bercakap tentang PUASA.Bagi manusia yang yakin akan janji Tuhannya, cukuplah ayat Al Quran tentang arahan berPuasa itu dipatuhinya. Maknanya,ia tidak perlu diragui. Cukuplah dengan berkata, "kami dengar dan kami patuh".

Tetapi manusia yang sudah lama lupa pada kitab Quran yang berhabuk di atas almari dan meja, bercakap tentang wahyu PUASA dalam Al Quran tidak akan menarik minat mereka.Bagi mereka Islam gagal dalam membentuk manusia dengan berpuasa. Kerana,setelah habis sebulan berpuasa, manusia kembali kepada kejahatan dan maksiat lama.

Seolah-olah Islam dan Akhlak manusia tiada kaitannya.

Namun,ingin saya mengemukakan kembali teori dalam bab Ibadah sebagai peringatan buat kita semua.

Allah berfirman,

"Hai orang-orang beriman,diwajibkan keatas kamu berpuasa sepertimana yang diwajibkan diatas orang-orang sebelummu,agar kamu bertaqwa" Al Baqarah ayat 183

Tidaklah saya orang yang arif dalam bahasa arab untuk mentafsir ayat Al Quran, tetapi dengan membaca ayat ini,cuba anda lihat kepada Input,Process dan Outputnya.

Hai orang-orang beriman(INPUT)

diwajibkan keatas kamu berpuasa (PROCESS)

agar kamu bertaqwa (OUTPUT)
Kalau anda tidak percaya pada Allah dan Rasulnya,maka isu puasa dan bertaqwa tidak akan menjadi relevan dalam hidup anda kerana berpuasa tanpa ada percaya,ia adalah sia-sia melainkan lapar dan dahaga.Itu yang pertama.

Kalau anda mengaku beriman pada Allah, tanpa anda berpuasa,maka anda tidak akan mempu untuk menjadi orang yang bertaqwa. Kerana untuk menghasilkan hasil,ia mesti disertai dengan process.Mana mungkin dari tepung mampu jadi kek tanpa adanya process bukan? Itu yang keduanya.

Kalau anda beriman dan berpuasa tetapi hasilnya setelah sebulan berpuasa tidak mampu menghasilkan taqwa(patuh perintah Allah dan jauhi larangannya),maka puasa anda tidak sempurna.Itu yang ketiganya.

Puasa dan akhlak,hanya relevan dan berjaya apabila Muslim itu beriman,berpuasa dan dengan puasanya itu menghasilkan taqwa.

Saya suka beranalogi dalam menyampaikan Islam yang saya anuti.Saya suka pada bunga-bunga dakwah.Bunga bukan hanya manis pada isi madunya,tetapi mampu menarik minat lebah untuk menghisapnya.

Dakwah dan bunga tidak dapat dipisahkan.

Bunga-Bunga Dakwah..Alhamdulillah..=)






Saturday, June 11, 2011

Skeptikel!


Skeptikel.Semua blog yang ditulis oleh orang lain tanpa saya pernah mengiktiraf penulisnya membuatkan saya skeptikel untuk membacanya, apatah lagi untuk meng’follow’. Tak cukup dengan itu, kadang kala sering bermain di fikiran saya bahawa followers blog saya dan orang lain mungkin menekan butang follow agar blog mereka juga diikuti perkembangannya. “What u gave is what u get!”

Adakah saya mempunyai tabiat itu? Ya.Pada permulaannya saya juga mempunyai tabiat yang sama. Apalah ertinya kalau saya bisa mencoret kata kalau tidak ada orang yang bisa membuka minda untuk menerimanya? Mulanya hanya ingin menulis sekadar meluahkan apa yang ada di dada dan apa yang bermain di jiwa dan minda, namun alang-alang ia ditulis biarlah mampu mencerna perubahan minda ummah manusia.

Oleh kerana saya orang yang lebih kuat dalam memahami sesuatu menggunakan pendengaran, kuliah-kuliah mereka yang berkongsikan pendapat kontemporari dan santai persembahannya membuatkan saya mengiktiraf Ustaz Hasrizal Abdul Jamil (www.saifulislam.com) dan Dr Asri Zainul Abidin (drmaza.com) dalam penulisan mereka.

Mungkin tak mampu nak tulis sebaik dua ustaz yang saya iktiraf guru ini;dengan dalil hadis dan kalimah Quran yang bersesuaian, apatah lagi mengarang tulisan sepanjang mereka. Bagi saya biarlah ia pendek dan sederhana. Apa guna menulis berjela-jela kalau ia hanya berpusing pada satu titik yang sama. Secara ikhlas,saya membencinya.

Saya hanya melihat pada tajuk yang dibawa dalam blog-blog mereka dan jika ia satu yang berkenan pada saya,saya akan membacanya. Walau bagaimanapun, saya pernah memaksa diri untuk membaca walaupun saya tidak berminat dengan gaya penulisan dan idea yang dibawa oleh mereka.Kadang kala kosong tanpa makna,ibarat sebuah diari kehidupan tanpa apa-apa yang ‘special’ padanya.

Namun, dalam saya memaksa diri membaca karya-karya mereka itu,saya kembali pada konsep cara melihat sesuatu. Kalau karya mereka hanya dilihat sebagai suatu perkongsian kehidupan, maka ia kekal sebagai satu coretan hidup manusia yang ditetapkan Tuhan. Saya cuba melihatnya dari sudut yang berbeza, psikologi penulisan!

Cara manusia mengekspresi penulisan menggambarkan personaliti dan cara mereka berfikir secara keseluruhan. Mungkin wajah si penulis ganas dan bengis tetapi tanpa kita ketahui penulisan di blognya menunjukkan kerendahan hati dan jiwanya.Mungkin ada sahabat kita yang lemah lembut personalitinya tetapi pada susun bicara di blognya menunjukkan ketegasannya dalam melemparkan tegas pendiriannya. Mungkin boleh mencari jodoh melalui penulisan? Ooopppss..

Erti berkongsi bermula bila kau memahami, erti berdakwah hanya cerah bila manusia sedia untuk berubah. Sedangkan jalan baginda Nabi penuh sabar dan pemahaman, inikan pula jalan pengikutnya di akhir zaman. Perlu lebih kreatif dalam penulisan supaya effektif dalam perjuangan!

Tuesday, May 31, 2011

Berteman Dalam Kerinduan

Bismillah

Bersyukur dengan nikmat lapang yang Allah beri. 7 hari mendatang maka tamatlah kisah cerita kehidupan sebagai pelajar asasi. Paper 1 physic bakal menjadi taruhan sebagai salah satu penyumbang A dalam subjek physics yang cukup digemari.

Namun entri kali ini bukan untuk mengupdate status diri apatah lagi mencari populariti. cukuplah saya katakan hati saya berbisik bahawa saya bakal rindukan kolej ini. Rindukan biah Islam yang mendidik, rindukan biah manusia berwajah barat yang membuka mata untuk lebih celik tentang dunia yang semakin pelik.

Kisah awal kehidupan di sini,mungkin lebih syadid diri ini.Lebih menjaga menjaga percakapannya dan lebih menjaga pergaulannya. Semenjak mengenali insan bernama teman, pandangan itu mula berubah.Mula melihat Islam dicelah-celah watak barat.Melihat Islam dicelah-celah manusia keliru erti kebebasan.

Aku menghargai insan bernama sahabat.Sahabatku di waktu kecil mengajarku erti belajar mengenal manusia tanpa ada prejudgement terhadap manusia.alangkah indah.aku tidak memilih kawan sewaktu kecil.Bersihnya sangkaan ketika itu.

Aku menghargai insan bernama sahabat di SMK Gombak Setia,kerana hadir mereka membuat aku tertawa.Membuat aku kenal erti sekolah menengah biasa. Erti cabaran menjadi seorang pelajar sekolah harian walau 7 bulan tetapi ia penuh dengan ujian dan pengajaran dari Tuhan.

Aku menghargai insan bernama sahabat di SBPIKP kerana disitu lidahku hilang perkataan E dan diganti perkataan A. Aku terkenang sahabat seperjuangan dalam menempuh hidup berdisiplin kerana merekalah cermin.dan aku cermin bagi mereka.

Aku menghargai seorang insan bernama sahabat di Kolej Matrikulasi Penang. Walau perkenalan hanya sebulan lebih tetapi ku ikhlaskan diri menjadi teman dan sahabat terpilih. Meski aku lupa menghubungi bukan bermakna aku tidak merindui.Cuma ku kirimkan doa untuk semua sahabat yang pernah kenal pada diri yang rendah ini.

Aku menghargai insan bernama sahabat di Kolej Yayasab UEM ini kerana hadir mereka mengubah sistem pandang ku pada kehidupan realiti. Mengajarku hidup untuk berdikari dan mengajar berdakwah dengan cara terbuka dan lebih berisi. Kadang-kadang hidup ini seperti cerita drama, kita bayangkan yang indah-indah pengakhiran dan jalan ceritanya.Namun, dari masa ke semasa muncul watak-watak manusia yang kita tidak pernah kenal nama mereka. Membantu mungkin bukan pada kata tetapi pada doa yang terus dibaca. Membantu bukan pada harta dan wang semata tetapi pada kata-kata cakna yang membakar semangat membara.

Kepada mereka yang ikhlas dan sabar membaca, tegurlah aku walau di mana jua.Kerana aku rindu untuk saling berbicara.Aku rindu teguran yang membina. Aku rindu untuk kenal semua insan bernama manusia. Jangan prasangka pada wajahku yg serius sentiasa,kerana dalam hati punya rasa untuk berukhuwaah selamanya..


"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)."
Al Hujurat ayat 13

Semoga bertaqwa dalam persahabat kita.^^

Thursday, May 19, 2011

Erti Kata Diuji dan Tawakkal

“Allah itu Maha Mengetahui sedangkan kau tidak,” kata sahabat saya kepada saya. Seorang demi seorang cuba memujuk tatkala peperiksaan kertas 3 matematik saya gagal untuk menyiapkannya.

Saya bertawakkal kerana saya tahu saya sudah berusaha. Sekuatnya dan semahu hati saya. Walaubagaimanapun, kalau mengikut hukum sunnatullah, saya tahu dengan 2 soalan besar yang saya tidak sempat siapkan itu akan menjadi sebab saya berkemungkinan tidak berpeluang mendapat A apatah lagi A*.

Tawakkal. Tawakkal bagi saya bermaksud menerima apa sahaja yang telah dia tetapkan dan percaya bahawa apa sahaja yang Tuhan itu tetapkan, itulah yang terbaik. Bukankah Allah sebaik-baik perancang?

“Adakah dengan kau nanti dapat pergi ke UK kau akan berjaya di sana? Kau pasti? Kau rasa kau bersedia dan iman kau kuat untuk kau ke sana? Bagaimana kalau Allah jadikan musibah di Negara UK waktu kau belajar di sana?” Hati saya terus bermain kata yang menganggu akal yg bertindak sebagai menterinya.

Adakah bertawakkal bermaksud saya tak layak untuk bersedih dan kecewa? Ya, saya mengaku saya sangat kecewa. Kecewa dengan sikap saya dan kecewa dengan diri sendiri.

Saya rajin untuk memberi motivasi pada orang lain tapi saya gagal untuk memotivasikan diri saya.

Kadang-kadang saya rasa saya menjadi fitnah pada agama.Mana tidaknya, saya ‘golongan budak surau’ (bukan golongan eksklusif), yang berpegang pada agama tetapi tidak mampu berjaya dalam akademik. Tetapi mereka-mereka yang jarang nak nampak solat berjemaah di surau boleh je dapat A* dan A.

Adakah Islam itu agama yang lemah? Tidak! Tetapi sayalah yang lemah. Islam itu sudah sempurna dan yang paling tinggi.

Saya menangis di bahu ilahi.Saya bercerita pada teman-teman. Saya duduk bermain bersama sahabat-sahabat tanpa saya memegang buku untuk seharian. Kerana saya berhak untuk lakukan itu. Menenangkan hati yang menjadi raja dan mengusutkan akal yang menjadi menterinya.

Munir membuka Al Quran kepada saya. “Sabarlah nan.Cuba kau baca ayat ini,”

“Dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah,nescaya Allah akan mengadakannya jalan keluar.Serta memberikannya rezki dari jalan yang tidak disangka-sangkakannya.Dan ingatlah sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya. Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Alalh telah pun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya setiap sesuatu.” At-Talaaq ayat 2-3.

Ayat ini mengingatkan saya pada sejarah hidup saya yang saya coretkan sebelum ini. “Rezki Yang Tak Disangka-sangka.”

Kalau ramai manusia diberi kebijaksanaan untuk menuntut ilmu wahai Tuhan, jadikanlah aku bijaksana seperti dalam hadis nabi. Manusia yang paling bijak ialah manusia yang bersedia untuk menghadapi hari kematian.Itulah manusia yang paling bijaksana. Cukuplah hadis dan ayat At-Thalaq itu memujuk saya.

“Ya Allah, aku redha ditempatkan di mana sahaja di muka bumiMu ini, asalkan pengakhiranku adalah syurga..Dengan Nama Allah, aku bertawakkal kepadaMu.”

Monday, May 16, 2011

MASA ITU TIADA TITIK NOKTAH.

Bismillah.

Ketika orang lain sibuk mengulangkaji pelajaran untuk menghadapi peperiksaan, saya juga merasa gementar kerana belum sepenuhnya bersedia untuk mengakhiri detik-detik terakhir di kolej ini dengan final exam A level. Sungguh, saya melihat kesuntukkan masa di mana-mana saja saya berada. Ketika makan,berbual dengan sahabat-sahabat, hatta ketika mendengar tazkirah di surau!

Hadir dalam fikiran saya bahawa manusia yang tidak pernah sibuk hanyalah mereka yang berada 3 kaki di bawah tanah sana!

“Aku tak study lagi la Alim. Sori la. Aku rasa aku tak dapat nak datang ceramah malam ni,” kata Ahmad pada Alim yang mengajaknya ke surau.

“Malas la nak solat kat surau. Amik masa. Kalau kau jalan dari bilik ke surau, aku dah habis baca satu topik ekonomi dah,” kata seorang sahabat yang beralasan.

Yang peliknya manusia pada hari ini ada masa untuk berfacebook tetapi tidak ada masa untuk Allah?

Masa semakin hari semakin suntuk. Semakin sedikit ruang kita untuk berkongsi kebaikan dan semakin sedikit untuk berkongsi ilmu Tuhan.

Tetapi kita semakin beralasan. Dari sehari hingga sehari. Dari sebulan hingga sebulan. Sehinggalah datang saat nikmat ditarik Tuhan, barulah mula meraba mencari asas pegangan.

Hukum melayari internet? BerChatting? BerFacebook?BerTwitter? Saya tidak mengatakan salah apatah lagi haram untuk menggunakan semua medium ini.

“Semua perbuatan ibadah adalah haram selagi mana tidak ada dalil yang menghalalkannya. Dan semua aktiviti kehidupan adalah halal selagi mana tidak ada dalil yang mengharamkannya.”

Gunakan medium-medium ini dengan niat untuk memberi mudah-mudahan ia menambah saham kita di akhirat nanti dan elakkanlah diguna untuk memenuhi kepuasan diri kerana kelak akan disoal Allah di hari penghakiman nanti.

Akhir kata, bak kata Mawi, “World, world juga. Akhirat jangan lupa!”

salam nasihah^^

Monday, April 25, 2011

Entry2 Terakhirku Di KY

Subhanallah.Pagi ini indah.

Masih merasai nikmat telinga untuk mendengar kicauan burung.Masih merasai nikmat mata untuk melihat awan.Masih terngiang2 perkataan 'sora' dari persembahan JCN malam tadi. Sora bermaksud awan.

Indahnya awan Allah cipta dengan pelbagai rupa.Kasihnya Allah mencipta awan terapung dengan sendirinya.Kalau manusia ditugaskan menampung awan,alangkah tak terdayanya kita.

Masih merasai nikmat menyentuh apabila papan kekunci komputer ditekan.Alhamdulillah.

Saya terkenangkan ibu di rumah. Ayah di tempat kerja. Sahabat yang sibuk mengejar kejayaan. Dan seringkali saya berhenti seketika untuk berfikir akan masa depan.Dan hari ini ialah hari untuk menentukan hari esok. Masih banyak belum saya persiapkan.

Kematian, Kejayaan dalam Ilmu, Memikul tanggungjawab sebagai suami..Semuanya perlu saya persiapkan.Kerana manusia yang merancang untuk berjaya itu kehidupannya berhala tuju.Maka dia tidak akan sesat. Tetapi manusia yang gagal untuk merancang itu, ialah manusia yang tidak berhala tuju.Maka hidupnya tidak terarah.

Merancanglah.Untuk dirimu, untuk agamamu, untuk ahli keluargamu dan untuk persiapan berjumpa si Dia nanti.

Wassalam

Sunday, April 10, 2011

Hidup Yang Penuh Persoalan

Semakin hari,detik-detik itu semakin hampir.

Entah la.

Aku hilang rasa ingin berjuang dan rasa rindu pula semakin membentang.

Ya.Sudah hampir genap 2 tahun aku di sini.Penat jerih membelek kitab yang bergenerasi itu kadang2 membuatkan otak aku tepu. Benarlah kata ilmuan, ilmu itu bukan di buku.Tetapi ia di hati. Tahu dan faham, ia dua perkara berbeza kata berbeza makna.

“Kalau tak fly bagaimana?” soalan yang sering ku tanya ayah dan bonda. Sebenarnya pertanyaan itu adalah untuk diri sendiri yang tidak pernah takut kalau tidak ke seberang laut sana.

Sentiasa memilih untuk mempositifkan keadaan. Ya. Aku kena optimistik dan realistic. Optimistik tapi kalau ia sekadar mimpi dan angan2 kosong, maka ia akan musnah dan lerai.

“Kau tak takut kalau tak fly?”

Manusia bertindak atas apa yang mereka percaya. Dan aku percaya rezki Allah itu ada di mana-mana. Meski hari ini aku cuma pelajar yang paling lemah di kalangan pelajar lain, tetapi hari esok dan lusa masih lagi misteri. Rezki mereka hari ini dengan kebijaksanaan yang Allah beri. Rezki aku,mungkin besok menanti. AKU MASIH PERCAYA PADA JANJI DAN REZKI.WALAUPUN IA MASIH LAGI MISTERI.

“Kenapa perlu positif? “

Aku bukanlah celik sangat agama. Tetapi ungkapan Tuhan dalam Kitabullah, “janganlah kamu berputus asa atas RahmatNya” membuatkan aku sentiasa akan terus berusaha. Pasal ganjaran, bukan tugasku hamba yang hina, tetapi Rahim si Dia, Tuhan yang Mulia.

Ya.Aku terus berusaha. Dan dengan kerendahan diri dalam sujud ku berdoa.

“Wahai Muhammad, jika ada antara hambaKu yang bertanya tentang Aku, beritakan pada mereka bahawa Aku sangat dekat dengan mereka. Dan Aku perkenankan doa mereka yang berdoa........” (Al-Baqarah:186)

Amin Ya Rabbila'lamin.

Sunday, March 20, 2011

Berbalah Biarlah Sehingga Berubah





"Kau nak tegur orang? Kau pun sama je perangai macam aku," kata seorang sahabat kepada rakannya yang menegur.

"Ish.Tak nak la aku nasihat dia.Aku pun merokok juga.Takkan nak suruh orang berhenti merokok kalau aku pun merokok?" bisik hati kecil seorang perokok yang sudah ada bibit-bibit insaf.

"Tapi nak tunggu sampai bila? Takkan nak tunggu Rasulullah s.a.w yang sempurna akhlak itu hidup balik untuk nasihat kau baru kau nak berubah?" marah seorang teman kepada rakannya yang suka memutar belit.

"Aku mula tegur kau ni sebabnya aku nak tegur diri aku dahulu.Bukankah telinga orang yang bercakap itu lebih dengar jelas nasihat yang diberikan dari telinga kau yang mendengar?" kata Kamil pada kawannya dengan sabar.


Nasihat itu Agama

Selalu diperbincangkan bab adab menegur terutama di kalangan para daie.

Resah.

Itu yang mampu diucapkan oleh ramai sahabat sefikrah ketika melihat sahabat-sahabat seMuslim mula jauh dari rumah Allah. Mula jauh dari taman-taman syurga. Mula jauh dari diajak berbicara tentang agama dan dosa.

Namun, hakikatnya, nasihat dan tegur itu tetap perlu ada.Sama ada sehalus perlian dan jelingan mata hatta setajam mata pedang yang berkata.

Yang mana satu pilihan?

Manusia diciptakan berbeza bukan sahaja dari segi rupa dan sikap tetapi manusia juga berbeza dari sudut penerimaan.

Semuanya bergantung pada satu. Cara kita melihat sesuatu.

Saya berikan contoh. Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w bertanya pada Aisyah. "Adakah terdapat makanan pada hari ini?" Lalu Aisyah menjawab, "Tidak ada," Kemudiannya Rasulullah menjawab, "kalau begitu hari ini aku berpuasa,"

Rasulullah adalah contoh terbaik manusia. Tapi, untuk satu rumah tangga yang terbaik, ada hari tak ada benda untuk dimakan.Contoh terbaik ke tu?

Di sini perlu saya ketengahkan cara memandang. Orang yang sefikrah dengan Rasulullah yakni mereka yang memandang sesuatu itu kerana Allah dan hari akhirat, maka mereka memandang tindakan Rasulullah satu tindakan yang mulia. Yakni berpuasa.

Berpuasa disyariatkan bukan kerana menahan lapar apatah lagi menguji kekuatan otot perut tetapi berpuasa ialah satu cara mengawal diri. Hatta kita selalu dengar kebanyakkan kita berkata,

"Tak pa.Nasib baik aku tengah berpuasa.Kau jaga malam nanti."

Berpuasa menahan diri dari berbuat dosa dan mengawal hati supaya wujud rasa berhati-hati dalam berbuat tindakan.

Tetapi akan wujud permasalahan apabila orang yang tidak sefikrah dengan Rasulullah yakni mereka yang memandang dari sudut dunia semata-mata tanpa ada kaitan dengan Allah Taala.

"Itulah rumah tangga terbaik," kata hati mereka dengan sinis.

Sedangkan merekalah yang hina kerana hidup di dunia tidak lain hanya permainan semata. Tidakkah engkau melihat bahawa semua makhluk yang hidup itu pengakhirannya adalah mati?

"Dunia kata pergi, kubur kata mari!" Ingatlah mati!

Disebabkan dalam hidup ini iman manusia turun naik, maka perlulah kita bersedia membuka hati dan menadah telinga untuk mendengar kata pahit untuk merawat iman yang luka.

Hadis ke 7 dalam hadis 40 hasil karya Imam Nawawi,


Nasihat itu bagi Allah.Yakni tidak lain tidak bukan kita menasihati kerana Allah. Bukan kerana benci dan bukan kerana perasaan ingin melukai.

Nasihat itu bagi Kitab. Yakni tidak lain engkau perlu memberi nasihat berpandukan Al Quran sebagai sumber utama rujukan.

Nasihat itu bagi Rasul. Nasihat itu hendaklah diberi sebagaimana Rasulullah memberi nasihat. Bukan nasihat dengan jara MENJENTIK!

Nasihat bagi pemimpin dan orang awam.Yakni pemimpin pun perlu dengar nasihat dan nasihat itu untuk semua manusia.


Bila ada orang nasihat, lalu kita sakit hati, sebenarnya ada dua sebab kita sakit hati.

Yang pertama kerana sakit hati dengan diri sendiri yang sedar bahawa kita sedar bahawa diri kita salah. Dan untuk merawat hati yang salah, pastinya ia perlu menghadapi sakit yang sementara.

Yang keduanya sakit hati dengan orang yang memberi nasihat.

"Kau ni tak boleh nak cakap elok-elok ke? Yang nak tengking-tengking kenapa?" naik darah seorang rakan yang ditegur.

"Habis, dah aku cakap cara baik pun kau tak nak dengar.Aku perli pun kau buat 'de' je.Amik kau se'das'. Tak sedar juga aku tak tau la,"

Bagi saya, perlu dibezakan kita sakit hati itu kenapa. Adakah kerana sakit hati pada diri sendiri atau pada orang yang menegur. Kalau kerana alasan yang kedua, ingatlah bahawa agama itu nasihat.Mengapa perlu marah kalau ia mengajak kepada beragama a.k.a mengajak kembali pada yang Esa?

"Ingatlah,Allah hantar seseorang untuk tegur kita kerana Allah tahu kita tak mampu terima kalau Allah tegur kita secara direct," Erna.

"Tangan yang memberi (orang yg beri nasihat) adalah lebih baik dari yang menerima (orang yang menerima nasihat). Tetapi ingat, kalau orang yang memberi tu main campak je, adakah dia lebih baik dari yang menerima?" Afiq Anuar.

Duduklah seketika ketika hati panas disuntik penawar berbisa,
kerana fitrah hati suka pada yang Esa,
Kadang kala ia datang bukan dengan kata-kata manis dan manja
tetapi ia datang ibarat lembing yang menusuk tepat pada syaitan yang bermaharajalela di dalam hati yang luka.

Salam Nasihah! ^^

There was an error in this gadget
There was an error in this gadget
Related Posts with Thumbnails

Popular Posts