Tuesday, May 18, 2010

Cinta Islami Tak Relevan?


Assalamualaikum warahmatullah..alhamdulillah,pada hari rabu yg getir ini, sama2 kita semua panjatkan kesyukuran kepada Allah sbwt kerana masih diberikan kesempatan untuk memijakkan kaki ke atas bumi yg nyata ini..alam kehidupan atau alam yang penuh dusta dan janji2 manis syaitan ini perlu kita tempuh dengan iman yang mantap agar syurga naim nanti menjadi milik kita bersama insyaallah...

sbnarnya hari ni rasa nak ubah gaya penulisan,,dari dulu nak ubah sebenarnya tapi ending dia tetap sama..jadi fomal juga..huhu apa pun, insyaallah kali ini secara santai tapi pengisiannya tetap ada..

nak diceritakan, di kolej yg serba mewah dan berteknologi tinggi ni (internet laju gak walaupun kadg2 macam siput =.="), terdapat segolongan manusia yg bercakap seperti hidupnya tiada pegangan agama..

kes pertama,
ko rasa cmna? knapa plak tak perlu bercinta dulu sebelum kahwin?? klu dah bercinta dulu nanti dah tau peribadi dan faham antara satu sama lain..then, barulah kawen..klu tak bercinta pastu tetiba kawen, nanti kena tipu..sblum kawen nampak solehah ja..bak kata org,pijak semut pun tak mati..lpas kawen baru la tunjuk belang..
masa tu la baru menyesal sbb apa kawen dgn perempuan tu..

ko nak cakap pasal org beragama plak?


ramai ja yg aku dah jumpa suami soleh tapi isteri besa2..dan isteri datg dari kluarga biasa2..bla kawen dgn org soleh,ada plak ahli kluarga belah isteri yg tak berapa suka..mulalah,klu ditegur,nak melenting ja..padahal niat si suami untuk membetulkan ahli kluarga isteri..pelbagai lagi, ada yg lpas kawen ja,suami yg soleh plak dipengaruhi oleh isteri yg jahil..dan suami plak ending dia jadi lagi teruk dan lagi jahil dari isteri..

ish2..tapi yela, aku still percaya ada golongan beragama yg baik di muka bumi ini..

komen ana,

jawab ana,

ana nak tanya ko plak..ko rasa kawen tu atas dasar apa?? tujuannya apa?? berapa lama?? apa hikmahnya Allah jadikan perkahwinan itu?? ko kata kena bercinta dulu baru berkahwin sbb nanti dah kenal peribadi..

dengan nama Allah, adakah kau tak penah dgr firman Allah dalam Al-Quran, La Takrabuzzina! jangan kau hampiri zina..masalahnya, klu dah bercinta, solat pun dianggap ringan, tengah solat pun boleh teringatkan si dia.bila solat rosak maka rosak la segalanya..

ko kata org tak bercinta tu kolot?? cuba kau tengok dunia skrg ni berapa ramai pasangan yg berzina dan lahirnkan anak luar nikah..kau rasa diorg buat tu sbb saja nak rasa bnda tu ke?? ke sbb cinta yg syitan ada diantaranya..? end up, sblum kawen dah berzina..mana hilang maruah gadis dan mana hilang tanggungjawab lelaki sbgai pembela wanita?

berkawen dan kemudiannya bercinta..sedang dalam Al-Quran Allah dah beritahu, sesungguhnya isterimu itu adalah ladang bagi kamu, datglah bila2 mana yg kamu suka..maksudnya,wanita itu sudah jadi halal bagi kita,,semua yg kita lakukan,pengorbanan, kasih syg, beri hadiah tanda rasa cinta, beri bunga kepada isteri waktu hari kekasih,beri coklat,,tulis surat cinta, sms dan semuanya halal bagi kita..semuanya itu dapat pahala kerana ianya halal dan sumber yg halal, maka segalanya pun akan menjadi baik dan halal insyaallah..maka dari situ lahirlah anak2 yg soleh dimana si isteri akan sgt menyayangi anak kerana ianya anak halal, dan anaknya itu anak dengan suaminya yg halal dan sgt dia cintai..

cuba tgk manusia kat luar sana yg berzina,semuanya terjerat dgn cinta palsu syaitan dan bila si gadis dan mengandung anak luar nikah..si lelaki meninggalkan si gadis..akhirnya,si gadis akhirnya tertekan lalu buang bayi..betapa rendahnya akal manusia serendah2 akal haiwan ternakan..

berkaitan dengan kehipun selepas berkahwin, ianya kehidpan yg penuh tanggungjawab..ia sesuatu yg memberi dan menerima (give and take) atau istilah lainnya perkongsian..

jikalau ada diantara pasangan yg berubah slpas berkahwin, itu perkara biasa kerana sbgai manusia kerana iman manusia bukanlah seperti iman malaikat yg constant..tapi ia berubah2..berubah kerana pujuk rayu syaitan dan kadg2 berubah kerana hidayah dari Allah..

jangan menilai manusia soleh itu murah nilainya sdgkan Allah berkata dalam Al-Quran,manusia yg paling beruntung ialah manusia yg paling bertaqwa yakni manusia yg buat apa yg Allah suruh dan tinggal apa yg Allah larang..

Manusia akan cuba berdebat tentang apa yg disampaikan oleh Agama..tidak kira yg jahil atau yg berilmu,,adapun yg jahil mereka bercakap kerana tuntutan nafsu..pernah sekali ana naik geram..lalu ana tanyakan..klu la suma benda kau nak berdebat, semua bnda kau nak nilai..suma bnda ko rasa ada masalah..abih, apa penyelesaiannya?? Bukankah kembali kepada agama??

kau yg nak menilai baik dan buruk sesuatu, adakah kau tuhan..ingtlah, manusia hanya nampak yg fizikal dan Allah tahu apa yg kamu tak ketahui..

dan bagi golongan di luar sana yg hanya cakap guna nafsu dan pertimbangan akal..satu soalan untuk anda..dimanakah kita dalam akhir hidup kita nanti?? dunia?? perut dunia?? syurga atau neraka? akhirat bukan seperti di dunia, tidak dapat rumah besa, buat rumah setinggan...dekat akhirat, tak dapat masuk syurga,masuklah ke neraka..mana boleh cari zink,papan pastu buat syurga setinggan!

wassalam

Saturday, May 1, 2010

NUKILAN UNTUK BAKAL PERMAISURIKU….


Engkau bertanya mengapa aku cuba lari daripadamu? Jawabku lemah..kerana aku risaukan hatiku dan imanmu..risau ia jatuh ke jurang nafsu..akhirnya menjadikan kita musuh ketat di akhirat..semuanya kerana pujuk rayu syaitan,,semuanya kerana kita yg memilihnya..

Engkau membisu dan aku jua membisu, engkau berpaling dan terus melangkah perlahan, dalam hatimu dan kalbuku,masing2 memendam rasa, menahan derita rindu..namun, nafsu bukan segala2nya kerana iman itu yg lebih utama..tidak perlu kau memanggilku dgn jeritan halus benakmu, sampai masa janji tuhanku, aku jadikan kau permaisuriku dan kita akan bahagia selamanya..

Wahai bidadariku,

Puas sudah aku merinduimu,

Dari sehari ke sehari,

Hatiku dibuai rasa kesepian,

Sepi akan kasihmu,belaianmu,

Meskipun belum tibanya waktu,

Aku akan setia menunggu,

Kerna aku hamba yang setia pada janji tuhanku

Wahai bidadariku,

Meskipun kau masih samar dalam benakku,

Namun aku sudah mampu menggambarkan keayuan wajahmu,

Keayuan dirimu yang dilitupi jilbab kesukaanmu,

Keindahan suaramu yang lunak memanggil-manggil namaku,

Tidak aku dambarkan bahgianya aku ketika itu,

Seperti bahagianya Yusof menemui ayahndanya Yaakub

Related Posts with Thumbnails

Popular Posts