Saturday, December 5, 2009

Divine Speech by Nouman Ali Khan

Bismillahirrahmanirrahim.Alhamdulillah,segala puji bagi Allah,tuhan sekalian alam,selawat dan salam atas junjungan besar nabi Muhammad s.a.w,ahli keluarga baginda, sahabat seperjuangan, para tabiin dan orang2 soleh..semoga Allah memberkati setiap nafas kita di muka bumi yg fanak ini..
Alhamdulillah,bersyukur ke hadrat ilahi kerana memberikan kesempatan kepada ana utk terus berkongsi ilmu dengan para pembaca blog,tidak kira usia dan latar belakang.Moga hasil tulisan ana ini dapat memberikan manfaat buat kita semua..
Ana ada tertarik dengan satu video yang ditayangkan di Surau Assaad,surau di KYUEM,
khutbah yang disampaikan oleh seorang pendakwwah di Eropah.Kata2nya penuh hikmah dan kebijaksanaan membuatkan ramai yg terpukau dgn ucapannnya,dgn kata lain kerana ilmunya.
Nama pendakwah itu ialah Nouman Ali Khan

ini adalah antara hasil yg ana dgr dan ana ingin kongsikan dari video yg ana download dari www.halaltube.com..tajuknya divine speech

Dalam sesebuah ucapan, ada tiga perkara yang perlu dititikberatkan supaya ucapan itu dianggap berjaya; the speaker,the speech and how he or she deliver the speech..

first is the speaker.Sebelum ana mula bercakap atau menulis blog ini,dengan berpandukan gambar yg ana letak di profile,mesti sudah ada satu prejudgement atau anggaran tentang apa yg bakal ana smpaikan dan apa isinya..Kita manusia akan mudah memberikan satu prasangka terhadap seseorang sebelum kita menilainya melalui riak wajahnya atau gerak tubuhnya.
Ana berikan contoh, ana mempunyai sebuah syarikat makanan halal di Malaysia,sedang bercakap dengan seorang rakan kerja.Tiba2 datang seorang kanak2 memberikan pandangan tentang ekonomi dan perniagaan.Ana mungkin kurang yakin dengan idea dan pandangan dari kanak2 itu kerana dia seorang kanak2 tetapi jika rakan sekerja ana yg memberikan pandangan,ana akan lebih percaya,sebab dia adalah org yg lebih berpengalaman dan kerana dia lebih dewasa.Kita lihat, disini,kita akan mudah percaya dan terkesan dgn siapa yg memberi ucapan kepada kita.
katakanlah,khutbah jumaat..imam yang bertugas hari tu,pakai seluar jean dan t shirt serta memakai topi..ada seorang lelaki yang dtg lambat untuk solat jumaat,dia tak dapat masuk ke masjid lalu duduk di luar.Khutbah berjalan dan ucapan imam (yang berseluar jean dan t-shirt) sungguh bertenaga dan ucapannnya penuh ilmu dan hikmah.Orang di luar yang tidak dapat melihat imam yang memberi khutbah kagum dan tertanya2 siapakah si imam, di mana dia belajar dan pelbagai lagi..Tapi bagi mereka yg duduk depan imam,melihat kpd pakaian imam,akan memberikan satu ekspresi atau prasangka bahawa imam ini org yg tidak warak dan tidak boleh dipercayai oleh sbb pakaiannya imam itu sahaja! Inilah realitinya..
Kembali kepada tajuk utama,jika ucapan dan kata2 datang dari seorang manusia,dia berkata "jangan dekati zina!" dan Allah sendiri yang berkata, "jangan dekati zina!".Yang mana satu anda akan lebih memberi tumpuan,manusia itu ke atau AllAH ? Semestinya amaran dari Allah itu lebih digeruni dan kita ambil peduli..sebab apa? sebab ucapan itu dari Allah..Jelas terang dan nyata..dari Tuhan yang paling berkuasa di seluruh alam..Orang Islam apabila dgr ayat yang kluar dari mulut nabi,yakni ayat yang turun dari Allah,mereka akan dgr dan teliti.Tetapi orang bukan Islam dan mereka yang benci Islam,apabila dgr ucapan muhammad,mereka akan tutup telinga..sebab apa?
Sebab Nabi Muhammad bukanlah seorang artis,bukan selebrity,bukan orang kaya tetapi dia hanya anak yatim.Sebab orang musyrikin tak boleh terima ucapan Muhammad s.a.w salah satunya adalah kerana dia bukan manusia yg terkenal tetapi hanya seorang anak yatim yang tidak berharta..

Secondly,the Speech..
Saidina Ali selalu katakan dan kongsi kepada umat Islam "don't judge the speaker,but judge the speech!" Kita sepatutnya nilai apa yang disampaikan sebelum menilai siapa yang menyampaikan..
Allah berfirman dalam surah Al-hajj -to be continue..




Thursday, October 22, 2009

A Beautiful Hadith
Hadis yang Menarik

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'When a man dies and his relatives are busy in funeral, there stands an extremely handsome man by his head. When the dead body is shrouded, that man gets in between the shroud and the chest of the deceased.

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.



Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata,
Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.'


Thereafter he turns to his dead companion and says, 'I am the Qur'an, which you used to read, sometimes in a loud voice and sometimes in a low voice. Do not worry. After the interrogation of Munkar and Naker, you will have no grief.'

Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'


When the interrogation is over, the handsome man arranges for him from Al-Mala'ul A'laa (the angels in Heaven) silk bedding filled with musk.

Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi


Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'On the Day of Judgement, before Allah, no other Intercessor will have a greater status than the Qur'an, neither a Prophet nor an angel.'

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.'


Please keep forwarding this 'Hadith' to all ....because

Sila sebarkan Hadis ini kepada semua .......kerana


Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said:

'Pass on knowledge from me even if it is only one verse'.

'Sampaikan pengetahuan dari ku walaupun hanya satu ayat.'

Thursday, September 24, 2009

SA'ID BIN AMIR..PEMERINTAH YANG ZUHUD

kisah dia bermula pada zaman saidina umar, di mana said bin amir ni sahabat rasulullah yg sangat2 zuhud dan sangat2 takut akan dunia dan sgt cinta akan akhirat.. ketika saidina umar naik menjadi khalifah datanglah said kepada umar lalu dia berkata kpadanya, "wahai umar
ingatlah pangkat dan gelaran ini adalah amanah umat, jalankanlah tanggungjawab dgn sempurna dan perintah la dgn adil pangkat dan harta itu hanyalah nikmat dunia yang smentara".. kemudian saidina umar pun menerimanya lalu.. pada suatu ketika saidina umar telah menurunkan muawiyah dari jwatan gabenor di syam.Kemudian, dia memikirkan siapakah yang layak diganti menjadi gabenor di syam dan selepas lama berfikir akhirnya dia teringat kembali org yg menasihatinya dahulu, said bin amir.. Jadi dia pun pergi berjumpa said..lalu dia berkata, "wahai said, wahai manusia yg zuhud, sudikah engkau ak lantik untuk menjawat jawatan sebagai gabenor di syam?? said terkejut mendengarnya lalu dia berkata, " adakah kau ingin memberi ak dunia?? sesekali ak tidak ingin menerimanya" ..Umar kemudiannya berkata, "engkau dulu juga menasihati ak untuk menunaikan amanah umat tp kini ketika ak meminta pertolongn engkau dalam melaksanakannya engkau tolak dan kau biarkan ak sendirian!" perkataan yang kluar darii mulut umar seperti sindiran kepada said dan said termakan dgn kata2 umar lalu setelah dia menimbang kmbali, dia menerimanya walaupun dgn berat hati.. ketika dia menjadi gabenor dia hanya mengambil wang yg perlu untuk perbelajaan seharian sahaja yg selebihnya dia dermakan pada org di sekitar syam dan dia sgt miskin tetapi semua rakyat syam mencintainya kerana kemurahan hatinya dan kerana kezuhudannya.. dia membantu tak kira siapa.. sampai la satu ketika saidina umar melakukan pemantauan ke daerah2 islam ketika itu..sbgai khalifah, dia bertanggungjawab memastikan tiada penindasan berlaku dan keadilan ditegakkan jadi ketika pemantauan di syam dia telah pergi ke sekitar ibu kota dan beramah mesra dgn rakyat syam smbil bertanyakan tntg gabenor..semua menyukainya hinggalah dia bertemu dgn seorg fulan ini dia menyatakan ketidak puas hati kepada gabenor syam ketika itu..
maka terkejutlah saidina umar akan jawapan si fulan tadi maka dia pun memanggil said bin amir dan dia kumpulkan semua rakyat syam untuk pengadilan
maka
dia menyuruh si fulan tadi bertanya kepada said tntang apa yang dia sangsi akan apa yg dilakukan oleh gabenor said.
soalan pertama
si fulan bertanya, "knapa kau wahai said akan kluar rumah lpas waktu dhuha sahaja?? knapa tidak lebih awal dr itu?? maka said pun mnjawab, "demi Allah! aku bnci untuk mengatakannya.. ak seorang yang sangat miskin dan ak tidak punyai hamba sahaya yang akan menguruskan keluargaku.. oleh sbb itu ak terpaksa menguruskan hal keluargaku sebelum meninggalkan mereka..pagi2 ak akan uli tepung dan membakar roti untuk sarapan keluarga..ak akn membantu menyiapkan makan pakai keluargaku sebelum ak melangkah keluar dari rumah"..itu lah dia said org yang sgt2 miskin harta tetapi besar jiwa dan akhlaknya
soalan kedua
kata si fulan, "knpa jika waktu malam kami dtg kepadamu engkau tidak akan melayan kami??
lalu said menjawab, " demi Allah! ak benci nak mengatakannya sesungguhnya telah ak bahagikan hidupku kepada dua siang hariku untuk umat dan manusia dan pada malam hari hanya untuk Allah.. maka jika kamu ada masalah yg sgt penting skalipun ak tidak akan keluar rumah untuk melayan kamu kerana tuhanku lebih penting dari itu"..

mendengar akn jawapan said saidina umar sudah mula tersenyum dia tau sahabatnya itu mmg said yg dikenalnya dulu
si fulan bertnya lagi,
"kanapa dalam sebulan pasti kau tdak akan kluar rumah selama 2 hari?"
said menjawab, "demi Allah! ak benci nak memberitahu ak sgt la miskin
sehinggakan ak hanya ada 2 pasg pakaian untuk ditukar2 jadi jikalau pakaian ku kotor
maka ak akan membasuh kedua2nya dan ak tidak akn keluar rumah sehinggalah pakaian ku kering,".. bertapa miskinnya sahabat rasulullah ini sehinggakan pakaiannya hanya cukup ditukar pakai

akhirnya,
si fulan bertnya lagi, "wahai said ada satu perkara yang merisaukan kami.
kenapa kau selalu kami lihat kerap kali menangis lalu jatuh pengsan?"
said berkata, "demi Allah! ak benci nak bgtau ketika aku masih jahil di mekah,
sahabat nabi, khubaib bin adi telah diseksa di depan mataku sehinggalah beliau wafat
di tiang gantungan.. ak langsung tidak membantu apa2.. ak sangat sedih dan rasa bersalah
sehinggakan jika ak teringat akan peristiwa itu pasti ak akn resah dan menangis
mengenangkan peristiwa itu.................

tersenyumlah saidina umar lalu dicium dan didakapnya said
dan bergembiralah rakyat syam pada hari itu kerana dikurniakan seorng pemimpin yang sgt cinta akan Tuhannya

Wednesday, September 23, 2009

GAMBAR YANG DIAMBIL GUNA NIKON SLR..ADA STAIL TAK...BERPELUH ANA NAK AMIK GAMBAR NI..HUHU




my cousin-che'piah

my uncle garden

my uncle garden 2

Thursday, August 20, 2009


Bismillahirrahmanirrahim..selawat dan salam atas junjungan besar nabi Muhammad S.A.W..segala puji bagi Allah,tuhan yang menciptakan alam dan sekalian manusia..Alhamdulillah..Di bumi Kolej Yayasan United Engineer Malaysia ini,ana masih diberikan kesempatan oleh Allah untuk mengisi ruang maya yang serba luas ini dengan karya ana tersendiri melalui akal yang Allah berikan kepada hamba Allah yang kerdil ini..

Bercakap tentang KYUEM,tempat baru yang ana baru sahaja duduki tidak sampai sebulan,namun cukup memberikan makna yang besar dalam hidup ana.Di mana rasanya ingin ana mulakan?? hmm..

Kolej diiktiraf sebagai kolej A level terbaik di Malaysia dan pernah beberapa kali menjadi kolej terbaik antara negara2 Asia..kolej ini serba moden dan selesa yang menempatkan hampir 400 lebih pelajar yang majoritinya di bawah tajaan Bank Negara,Yayasan Khazanah,TNB,TM,UEM,Yayasan Terengganu dan ada juga yang dibawah biayaan sendiri..

Lumrah kehidupan, setiap yang dijadikan pasti ada dan buruk baiknya..Alhamdulillah,di sini kemudahan yang disediakan lengkap..setiap pelajar akan memperoleh sebuah bilik dari 4 bilik di dalam sebuah chalet..komputer dan air cond disediakan di ruang tamu menambahkan lagi keselesaan untuk menuntut ilmu di bumi KYUEM ini..Kemudahan perpustaakaannya baik dengan lab IT dan pelbagai lagi..Segala Puji Bagi Allah..sahabat2 dan teman2 di sini semuanya ramah2 dan pandai2 semuanya.Tidak dinafikan ana kadang2 merasa rendah diri apabila lebih mengenali latar belakang pelajar2 di sini..ada yang wakil kebangsaan,wakil negeri,ketua pelajar,para debaters dan macam2 lagi..Subhanallah,hari ini ana dapat duduk dengan manusia yang hebat2 yang bakal membimbing negara pada masa hadapan..

Wlaubgaimanapun,masih ada lagi lorong-lorong yang masih terbuka luas untuk diperbaiki..Kadang2 timbul rasa sedih melihat sahabat2 yang hebat2 ini semakin jauh dan cuba lari dari agama Allah..Apabila ditegur ada yg buat2 tak paham,ada yang buat tak kisah..di manakah sepatutnya ana mulakan usaha dakwah ini..Wahai sahabat!! Ana saudaramu!! Ana nasihat demi kebaikan semua..adakah engkau lupa AKAL yang Allah beri itu supaya engkau bersyukur..Ana sedih melihat sahabat2 yang waktu solatnya tidak dijaga,ada juga yang solat mengikut mood dan kerajinan..Nauzubillah..sudahkan engkau lupa akan janjimu pada tuhanmu wahai sahabatku??!! Engkau telah bersaksi dihadapan tuhanmu bahawa Allah itu tuhanmu..setiap kali dalam solat kau lafazkan ucapan innasolati wanusuki wamayahyawamaamati lillahirabbil alamin tapi hatimu lalai dalam mengingati tuhanmu...

Tidak dinafikan..masalah sosial dan pergaulan bebas ada di mana2 sahaja termasuklah di tempat ana belajar ini..Ana rasa terhina melihat sesetengah sahabat muslimin dan muslimat menjatuhkan Islam dengan perbuatan2 mereka..Budaya FREE HAIR dikalangan wanita tak dibendung..masing2 bebas bawa diri..yang muslimat sentuh muslimin seperti kucing diusap dan dibelai oleh tuannya..boleh dicubit2, boleh ditampar2..adakah mereka tak tau malu?? Ya Allah, apakah ini tanda2 kiamat akan berlaku?? Manusia hebat yang engkau cipatakan tapi hati nurani mereka kosong dan tidak lagi mengenalimu dan kekasihmu..Kadang2 ana terpikir,di manakah mereka letakkan tuhan kita??Nabi kita?? Agama kita?? adakah di dalam loker baju...adakah ianya selepas pakwe dan makwe kita??Selepas diri sudah puas melempiaskan nafsu baru ingin kembali bertemu tuhan memohon taubat?? Innalillah..

Ya Allah,ana mohon hidayahmu pada diri hambamu yang kerdil ini dan kepada sahabat2ku yang jahil..lindungilah kami ya Allah dari kemurkaanmu..

Tuesday, August 11, 2009

Thursday, July 23, 2009

KEPADA SEMUA WARGA KMPP

bismillahirrahmanirrahim..dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang..laailahaillallah..tiada tuhan melainkan Allah..

sahabat2 dan guru yang ana hormati sekalian,semoga sentiasa di dalam rahmat Allah dan sihat sejahtera..

Maafkan ana jika ana ada buat sebarang salah dan silap..terkasar bahasa atau membuat perkara yang tidak berkenan di hati..ana mengaku kelemahan ana dan ana harap semua teguran yang anta semua berikan dapat mnjadikan ana insan yang lebih baik di muka bumi Allah ini..maafkan ana kerana tidak sempat untuk berjumpa dengan anta semua sebelum keluar dari kmpp kerana kesempitan ruang dan masa..ana teringin sekali bertemu dengan kalian semua dan mengucapkan selamat tinggal dan terima ksaih secara berhadapan namun bukan takdir Allah untuk membenarkan kita semua bertemu..Kepada pensyarah2 ana, pensyarah2 fizik,pensyarah2 kimia dan pensyarah2 matematik, Puan Husna,Puan Norazah,Puan Hartini,Miss Rachele,Puan Azimah,Puan Baizura,En Fizin dan tidak lupa mentor yang disayangi En Syukri serta semua pensyarah yang telah banyak membantu ana selama ini, tak lupa En Amin, En Mahfuz dan En Tajudin serta Tuan Hj Khairi Bin Jalun, ana ucapkan ribuan terima kasih dan mohon maaf sekiranya ada terkasar bahasa dan tersilap bicara..

Kepada sahabat2 ana,ahli praktikum F5P7,semua ajk surau muslimin dan muslimat, AJK Jawatankuasa Perwakilan Pelajar dan semua warga Kmpp yang mengenali diri ini, ana mohon maaf dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada anta semua kerana sudi menjadi sahabat ana..kepada sahabat sebilik, MAT D, AYI DAN NAIM,janganlah sesekali tinggalkan solat..maafkan ana dan halalkan makan minum ana selama ana dudk di bilik c3.3.10 yang ana cintai itu..kepada Afiq dan Kamal,ana amanahkan anta berdua untuk menyampaikan pesaanan ana yang ana tulis dalam blog ini..tidak lupa juga kepada Malik, tolong beritahu sahabat yg lain apa yang ana sampaikan dalam blog ini..terima kasih..syukran jazilan..semoga Allah bersama dengan kita dalam apa jua keadaan..

terima kasih semua keran telah memberi ruang untuk ana berkenalan antara kita..

salam sayang,
Muhammad Hannan Bin Shawalludin (Ibnu Muslim)
0195775905

Wednesday, July 22, 2009

ALHAMDULILLAH KURNIAAN REZEKI


bismillahirrahmanirrahim..selawat dan salam atas junjungan besar nabi muhammad S.a.w..Alhamdulillah..bersyukur ke hadrat Allah atas nikmatnya yang tidak terkira..

Alhamdulillah.Beribu kali ingin ana ucapkan kalimah syukur ini.Peperiksaan Ujian Pertengahan Semester di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang memang agak mencabar..namun semuanya dapat ana lalui dengan berkat ilmu yang pensyarah beri dan perkongsian ilmu dari rakan2..terima kasih guru terima kasih sahabat semua..Ketika kisah ini ditulis,ana berada di rumah yaitu di Gombak,sedang mengahabiskan masa 2 minggu berehat selepas penat lelah menuntut ilmu di KMPP selama 2 bulan lebih..agak mencabar menjalani kehidupan di KMPP kerana gaya pembelajarannya yang agak laju disebabkan masa yang singkat dan sibuk menguruskan pelbagai aktiviti..namun dengan kasih dan sayang Allah,semuanya dapat dilalui dengan baik..

Rezki Yang Tidak Disangka-Sangka

Kring!! Kring!! Telefon rumah berbunyi..ana yang ketika itu asyik membaca blog saifulislam.com tersentak..Berlari mendapatkan telefon di ruang tamu..
"Assalamualaikum"
mendengar suara yang penuh ramah itu,ana terus menjawab
"Waalaikumsalamwarahmatullah.Ya yah?"(bukan cik Kiah, tapi ayah ana)
"Ni, adik ada buat permohonan untuk minta tajaan UEM ke??"
ana terkejut..cuba mengingati kmbali zaman selepas result SPM diumumkan..
"ya, ada..napa yah?"
"Tadi ada org call dari UEM..dia nak tawarkan adik blaja di kolej UEM lembah beringin..buat a-level 2 tahun..dia taja penuh..jurusan business and management"
"Alhamdulillah.." terpacul keluar kalimah hamdalah..ana terkejut bercampur gembira..
bulan 7 ana ingatkan tiada lagi sebarang kemasukan ke ipta mahupun ke ipts..memang rasa agak terkilan pada mulanya apabila ramai sahabat2 sepengajian di SBPIKP dulu mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di luar negara..sedangkan hamba Allah yang kerdil seperti ana ini mungkin Allah sudah mentakdirkan rezki di tempat lain..Alhamdulillah,rupanya inilah rezki yang Allah dah takdirkan untuk ana..Melanjutkan pelajaran bawah tajaan UEM (United Engineer Malaysia) tanpa perlu mengeluarkan sebarang modal, mereka menyediakan penginapan,makanan,dan duit bulanan sbnyak 200 sebulan..semuanya disediakan dan ana tidak ada sebarang ikatan dengan UEM..sekiranya result bagus,mereka akan menghantar ana sama ada ke UK atau Australia..jika tidak ana boleh mencari sponsorship sendiri bagi meneruskan pengajian dalam degree..

keesokan harinya....di pejabat UEM

"Do you want to accept this offer hannan?"ulas Encik Azman.Pengurus scholarship UEM..
"Yes" dengan hati yang mantap.Selepas penerangan yang panjang lebar dari encik Azman,ana rasa inilah peluangnya..
"Do you have any question??"
"Sir,actually i am more interested to continue my study in science field sir..Can i change to the mechanical engineering field..?" tanpa berlatar belakangkan account,ana sangat takut jika tidak boleh membawa subjek pengurusan itu..

Sehari selepas itu eN.aZMAN menelefon ana.."Tahniah! Anda telah dapat apa yang anda minta..boleh datang esok ke UEM untuk ambil surat tawaran dan taklimat..Awak boleh mendaftar di Kolej UEM pada 27 Julai ini..tahniah sekali lagi"
"terima kasih en Azman"

Alhamdulillah..ana akan mendaftarkan diri di sana dan menuntut selama dua tahun..ini adalah rezki yang Allah bagi atas doa kedua ibu bapa ana, guru2 ana dan sahabat2 ana yang ana kasihi..terima kasih semua..semoga Allah melimpahkan rahmat ke atas kita semua..aminn..


Monday, July 20, 2009

KEAGUNGAN BELAIAN CINTA


Cinta..
cukup indah untuk dibicara,
cukup indah untuk menghayatinya,
cukup indah bagi mereka yang mengenal apa itu erti cinta..
cinta itu buta,
cinta tak mengenal sesiapa,
tidak mengenal darjat mahupun harta,
cinta itu suci,
ia datang tanpa diminta,
ia datang tanpa diketahui kehadirannya,
kalaulah cinta itu boleh dihidu kehadirannya,
ia pasti boleh dielak,
Ya Allah,
apakah salahnya manusia bercinta,
kerana tanpa cinta manusia pasti berduka,
tanpa cinta pasti manusia tidak kenal apa itu erti persahabatan,
tanpa cinta manusia tidak punya kekuatan,
tanpa cinta pasti dunia rosak binasa,
namun,
kami sedar Ya Allah,
cinta yang hakiki hanya untukmu ya Allah,
janganlah kau biarkan relung jiwaku dikotori cinta kepada dunia yang hanya permainan semata-mata,
lindungilah hambamu yang lemah ini ya Allah,
seperti matahari yang menerangi bumi dengan sinaran suria yang tak kunjung malapnya ya Allah,
limpahkanlah hidayah dan petunjukmu kepadaku ya Allah agar aku punya kekuatan untuk membangunkan syiar Islam di muka bumi ini ya Allah,
Ya tuhanku,
sesungguhnya aku serahkan sepenuh jiwa dan ragaku hanya untukmu ya Allah,
tanganku akan aku sedekahkan untuk membantu saudaraku yang malang ya Allah,
tangan ini akan aku corakkan dengan bait-bait indah memuji kebesaranmu,
mengajak seluruh umat manusia membaca dan mengenal keagungan dan kebesaranmu,
mulut ini akan ku gunakan itu mengucapkan kalimah yang bermanfaat bagi diriku dan saudaraku,
mata ini aku sucikan dengan hanya melihat alam yang menunjukkan keagungan penciptaanmu,
Ya Allah,
namun hati ini tidak mampu menahan cinta kepada makhluk sepertiku,
yang punya perasaan dan hati yang sentiasa meronta dan gelisah,
aku punya perasaan kepada golongan hawa yang engkau ciptakan dengan penuh keunikan di muka bumi ini ya Allah,
aku mohon perlindunganmu wahai tuhanku,
agar aku punya kekuatan untuk menepis cinta palsu yang akan menodai diriku,
Ya Allah,
kurniakanlah aku cinta yang luhur dan suci,
cinta sebagaimana cinta Muhammad kepada Khadijah yang tiada akhirnya,
cinta seperti yusof dan zulaikha pada zamannya,
cinta seperti Ali dan Fatimah yang berjuang menegakkan agama yang engkau turunkan dengan kasihnya,
Ya Allah,
aku mencintaimu wahai tuhanku,
kurniakanlah aku bidadari yang akan menemaniku dalam meraih cintaku kepadamu..kerana sesungguhnya,
tanpa cintamu,
segala isi langit dan bumi tiada ertinya...

Sunday, July 19, 2009

Nikmat Kehidupan Di KMPP bab 1


Alhamdulillah..Segala puji bagi Allah yang masih menyayangi hambanya yang hina ini..Allah jualah yang maha berkuasa atas tiap2 sesuatu..dan ana sebagai hamba kekal sebagai hamba yang akan terus patuh akan perintah tuhannya selagi mampu..moga2 kisah yang diceritakan di bawah naungan-NYa…bismillah

TEKANAN!!!!Hidup di matrik memang satu bebanan besar.Ana akui bukan mudah.Jika dulu di asrama penuh semuanya mengikuti jadual tetapi sekarang berbeza.Semuanya diurus sendiri,segalanya tanggungjawab sendiri.Makan,minum dan perbelanjaan ditanggung sendiri.Berbekalkan Rm 250 sebulan dari kerajaan, hanya cukup-cukup makan.Tolak makan,duit photostat dan buku serta alatan tulis hanya cukup2 makan..ana cuba lakukan bajet,memastikan tidak ada wang yang keluar tanpa ada sebarang kepentingan..mengurangkan topup adalah satu cara paling baik..memandangkan sudah biasa tanpa handset,jadi masalah topup tidak menjadi masalah.Jika ada yang mesej tanpa kepentingan tidak perlu dilayan..Kalau untuk ilmu,perkongsian pendapat atau dakwah mesti diutamakan..Kadang2 ana heran melihat rakan2 yang lain,dengan mudah menghabiskan wang mereka untuk menambah reload prabayar semata2 untuk bermain cinta dengan wanita bukan muhrim..adakah mereka tidak rasa membazir dan berdosa?? zina hati(mengingati lelaki/prmpuan bukan muhrim) juga sudah dianggap dosa inikan pula mengunakan wang untuk perkara yang tidak bermanfaat..teringat pesan ustaz Suhaimi, Pensyarah Matematik yang sangat mesra pelajar.Dalam tazkirah minggunannya,pasti ramai pelajar yang akan memenuhi Surau An-nur yang ana cintai itu.”Di akhirat nanti akan ditanya pelbagai soalan.Antaranya, masa muda kamu,apa yang kamu lakukan?? harta yang kamu ada, ke mana yang kamu belanjakan?? Ilmu yang kamu ada kemana kamu manfaatkan dan pelbagai lagi…Ana rasa nasihat itu sgt bermanfaat..sebagai manusia mati adalah satu kemestian dan kita mesti sentiasa bersedia untuk mati, sama ada mati dalam jihad peperangan, jihad menuntut ilmu atau jihat menegakkan kebenaran..tetapi kadang2 hati ini sentiasa ragu,tatkala iman masih naik turun, adakah mampu ana semaikan semangat jihad ini..Ya Allah kurniakanlah ana kekuatan dalam zaman yang penuh pancaroba ini,kurniakanlah ana sahabat sejati yang akan menemani ana ketika senang dan susah,yang sama2 menangis bila ditimpa musibah dan bersyukur apabila mendapat nikmatmu..Lindungilah perjuanganku di matrik ini Ya Allah…ana berserah diri kepada-Mu

AKU RASA BERSALAH!!!


bismillah..

ak tak tau la kenapa sejak akhir-akhir ni ak rasa bersalah..sangat bersalah..bukan saja ak rasa dosa ak menimbun bahkan ak rasa ak dah sakiti banyak orang..Ya Allah! sesungguhnya klu ak berdosa denganMu,mulai saat ini ampunkanlah ak..sesungguhnya kau maha pengampun lagi maha penerima taubat..itulah..klu berdosa dengan tuhan,berjuta kali bertaubat pun,insyaallah Allah maafkan..tetapi yang ak risaukan ialah dosa ak dengan manusia..ak tak tau sama ada mereka memaafkan ak atau tidak..ak memang pendiam dekat sekolah..dan memang ramai yg kata ak garang dan tegas..terutama junior dan budak perempuan..ya! ak mengaku..mmg ak mmg klu berjalan buat muka serius..kadg2 ak diam dan pandang bawah ja..langsung tak senyum..bukannya ak sengaja..ak pun tak nak jadi begini..tp..ak dah kena didik ngan Ustazah ak sejak kecik..dia kata jalan pandang bawah..lindung mata dari maksiat..ak dapat nasihat tu waktu kali pertama ak wat salah kat sek agama dulu..lpas kena rotan..ustazah ak bagi nasihat tu..tu la yg paling aku ingat…sebab keduanya,ak ni mmg tak pandai nak bercakap dengan orang..adik beradik aku tiga org ja..along(kak), abg dan aku…ak mmg rapat ngan abg ak kecik2 dulu..tp,lpas dia dah berubah ikut kawan2 yg nakal..dia selalu naik moto kluar mlm2..tggal la aku sesorg..++ umur ak ngan abg ak beza 4 tahun dan abg ak ngan kak ak pun 4 tahun..bayangkanlah..mmg susah ak berkomunikasi ngan org yg jauh lebih tua..tu sbb ak jarang cakap..di sekolah rendah dulu ak suka bercakap,tapi akibat dia sgt buruk..kadg2 ada kawan2 ak yang tersinggung..sbb ak selalu pendiam bila jadi mcm tu ak rasa ak takut nak cakap ngan org…kecuali bila perlu ja..kat sek terutamanya mmg org kata ak garang..ak wat muka mencuka dan tegas..sbb ak tak nak orang rapat dgn ak..ak tak nak sakitkan hati korang sbb ketidakpandaian aku menjaga adab bercakap..mmg kadg2 ak rasa sunyi,keseorangn..klu kat umah ni,bila suma org pi kerja,tggal la ak sorg2..bayangkanlah..ak berkawan dengan tv dan laptop ja..ak tak marahkan mak ayah aku dan abg ngan ak aku..sbb aku tau diorg cari rezki..mak ayah aku…ak syg sgt kan diorg.Kadang2 ak rasa nak cium pipi dan tangan diorg..ak manja??ak mmg manja..sbb ak kasih..ak sayang..korang tak suka manja?? syang??kasih?? dulu masa kecik2..korg ingat tak, sapa yg jaga korg??usap kpala korg??cium korg??pujuk korang bila korg nangis??ak sedih bila ak ingat suma tu..sbb bagi ak, ak anak yg tak tau kenang budi..waktu ak kecik2 dulu smpai sblum ak tgkatan 4 ak bnyak naik suara ngan mak ayah ak.. bayangkan..ak marah sbb benda2 kecik ja..smpai la satu masa ak dpat berita ayah ak pengsan kat umah sbb demam panas..mak ak nangis2 tepon aku..waktu tu ak rasa sdih dan menyesal sgt2..knapa la ak naik suara dan marah ngan diorg..padahal diorg sayang sgt kat ak..ak ja bodoh dan tuli..ikut hawa nafsu..mak ak slalu nak cium ak waktu dia dtg lawat ak..tp ak tak bg..sbb ak malu dpan kawn2..BODOH!!itulah perkataan yg sesuai dengan ak..lpas ayah aku sihat..dia pergi hospital..dan ayah ak disahkan ada darh tinggi dan kencing manis..ak tau penyakit tu sgt familiar..dan kesudahnnya sgt buruk..boleh bawa maut..sejak tu..ak janji kat diri ak..ak akan jaga mak ayah aku smpai aku mati..ak takkan bagi diorg menangis lg sbb aku..ak nak bawa diorg buat haji dan umrah..ak nak diorg dilimpahkan rahmat Allah..ak akan lindungi diorg dengan smua yg ak ada..walau nyawa ak melayang skalipun..ak janji!! YA ALLAH..AMPUNKAN DOSA IBU BAPAKU..BERIKANLAH MEREKA HIDAYAH DAN KASIH SYANG MU YA ALLAH!!
Related Posts with Thumbnails

Popular Posts