*Circle of Influence. Ia teknik Rasulullah ketika mula mula menyebarkan dakwah.
Kiamat tahun 2012. Dulu kecoh sebentar. Sehingga ada bertanya saya dalil dan sebagainya. Link tentang kiamat pun bersepah sepah di laman sosial. Masing masing penuh rasa cuak dan cemas dengan keterangan dan bukti bukti yang diceritakan.
Di sudut baiknya, baguslah. Rupanya ada manusia masih ingat mati. Kalau tidak dinyatakan kiamat bila, masing masing leka dan alpa dengan dunia. Ada masa, banyak baca novel cinta dari baca Quran. Ada masa, banyak kejar apa artis buat dari apa yang Rasulullah buat.
Ya. Seolah olah saya menunjukkan jari telunjuk saya kepada mereka yang langsung tidak ingat Allah. Tetapi pada masa yang sama, itu juga yang terjadi di kalangan mereka yang soleh sekalipun. Kadangkala, pergi ke suaru dan masjid, tapi solatnya tidak khusyuk juga. Habis solat berjemaah, di luar masjid dan surau merokok juga.
Syok berdakwah di facebook dan twitter, akhirnya diri sendiri yang lupa untuk didakwahkan. Ia bisikan syaitan. Berhati hati wahai daie.
Baiklah. Berbalik kepada isu kiamat. Ada para sahabat kita yang sibuk fikir dengan masalah manusia yang semakin teruk. Remaja dengan hiburannya. KPOP, Drama Korea, Anime, Big bang theory, DOTA, dan sebagainya. Runsing. Kita yang mendengarnya pun runsing sama. Mengangguk benar.
Kemudian timbul isu memperjuangkan Palestin dari Israel. Boikot barang Israel. Tukar profil picture facebook dan sebagainya. Ia satu perkara yang bagus dan sangat dipuji.
Tapi kadang kala kita terlalu cuba menggapai bintang di langit?
Cerita masalah umat, remaja, Palestin, dunia yang semakin tenat dengan pencemaran. Kita runsing. Kepala sarat dengan berjuta penyelesaian. Masalahnya, dunia semakin tenat tu, kamu mampu nak ubah ke? Mampu nak suruh semua orang jangan guna CFC yang menipiskan lapisan ozon? Mampu nak suruh Korea band KPOP ke? Mampu nak suruh menteri suruh blok website drama korea kat internet ke?
Kerana saya orang yang sangat simple minded, maka pesan saya cuma satu.
"Ubahlah apa yang boleh diubah. Bukan sibuk fikir benda yang kamu tahu kamu tak boleh ubah. Politik Malaysia semakin kotor? Pakcik Mael Lambung pun sibuk berceloteh di kedai kopi. Parti itu salah, orang itu rasuah. Penat dia menjual cerita di sana sini. Tutup kedai kopi, dia pun pulang. Hasilnya?
Hasilnya, pakcik Mael Lambung syok sendiri. Dan politik Malaysia kekal dengan kekotorannya.
Pergilah mengundi. Itu yang kamu mampu ubah!"
Saya pernah menulis artikel tentang ini dahulu. Tetapi ia sebagai pencerahan semula.
Tidak perlu memandang jauh masalah sosial dan masalah ummat. Jika kamu masih 'single' dan bujang seperti saya, ubahlah dan ajaklah sahabat sahabat sekeliling kamu yang rapat dengan kamu ke arah kebaikan. Nak pergi solat, ajak dia solat. Nak baca Quran, ajak sekali dia baca Quran. Itu yang kamu mampu ubah bukan?
Jika sudah menjadi suami, didiklah isteri. Didiklah anak anak. Saya kagum bagaimana pakcik pakcik Somalia di Masjid Furqan di Manchester ini rajin bawak anak mereka berjemaah ke surau. Apa pun. Dia mengikut hukum sunnatullah.
Mengubah apa yang boleh diubah. Bukan mencapai bintang di langit sedangkan gunung tidak lagi didaki.
Teladan Nabi Yusuf
Apa si Nabi Yusuf itu lakukan kita dia dicampakkan ke dalam penjara? Adakah dia sibuk memikirkan bagaimana untuk menghukum ibu angkatnya Zulaikha(nama tidak disebutkan dalam Quran) dan wanita wanita bangsawan itu?
Tidak sama sekali. Bahkan baginda memikirkan cara untuk melepaskan diri dari penjara itu. Apa yang baginda lakukan? Adakah menulis surat kepada menteri Mesir?
Baginda memfokuskan kepada perkara yang dia boleh ubah. Berdakwah di dalam penjara. Kerana dia juga seorang banduan penjara.
"Wahai sahabatku berdua yang sepenjara, memuja dan menyembah berbilang-bilang tuhan yang bercerai-berai itukah yang lebih baik atau menyembah Allah Tuhan Yang Maha Esa, lagi Maha Kuasa?" -Surah Yusuf ayat 39
its important to concern, but....
CONTROL WHAT YOU CAN CONTROL. NOT WHAT U CAN'T CONTROL...
Salam ceria bro. Teruskan bertinta.
ReplyDeleteMoga kebaikannya membawa pulangan kepada kita juga di sana.
Moga Allah kasih. :)