Friday, December 31, 2010

Nilai Ikhlas..Perlu ke Dalam Hidup?


"Apa guna ikhlas dalam bekerja ustaz?"tanya seorang pendengar yang hadir.

"Saya ni dah berpuluh tahun ikhlas dalam bekerja tapi tak penah-penah naik pangkat.Yang naik pangkat tu selalunya kaki ampu.kaki kipas,kaki bodek dan segala jenis kaki lagi la.Jadi apa guna saya ikhlas dalam bekerja ustaz?"

Anda penah ditanya soalan begini?

Kalau belum,bersediakah anda menjawabnya? Catatan dari sebuah ceramah oleh ustaz yang saya kagumi dan saya paparkan pengalamannya itu di sini.

"Mak cik ada anak?"tanya si ustaz.

"Ada.5 orang kesemuanya,"kata si mak cik.

"Macam mana keadaan anak-anak mak cik semua?"

"Alhamdulillah.Yang sulongnya dah jadi doktor di hospital swasta.Yang kedua sedang membuat master.Yang ketiganya sedang menuntut di luar negara.Yang keempat sekolah SBP dan yang ke lima baru abis Spm.Alhamdulillah semua boleh dikira berjaya.Kenapa ustaz tanya?"

"Mak cik rasa, mak cik ikhlas dalam bekerja,Allah balas mak cik dengan naik pangkat ke atau Allah balas dengan anak-anak mak cik menjadi?"

Mak cik diam dan berfikir.

"Mak cik ikhlas bekerja kerana Allah.Maka, mak cik tak boleh nak harap Allah balas usaha mak cik sama macam manusia balas budi sesama manusia."

"Allah beri kita apa yang kita perlu bukan apa yang kita mahu," ustaz tersenyum.

"Terlalu banyak ruang untuk Allah beri rezki pada manusia walaupun rezki itu hanya sekecil biji kurma.Cuma kadang-kadang manusia tidak pernah sedar apatah lagi bersyukur dengannya," kata IbnuMuslim pula (bajet apa)..^^



Wednesday, December 29, 2010

Pesanku Pada Si Dairi Hidup

kalau aku ingin berubah,
pastikan mentari menyambut salamku di hening subuh,
pastikan malaikat menulis nota kasihku di bawah cerah bulan,
pastikan aku menjadi panglima di belakang Subuh seorang Imam.
pastikan dahi menyentuh bumi dan air mata menitis di pipi.

kalau aku ingin berubah,
jangan ku cari harta berjuta,
jangan ku cari indah seorang wanita,
jangan dicari sahabat cinta dunia,
jangan dicinta yang cantik di dunia,
jangan dibiar malaikat mencatat dengan murka.

kalau aku ingin berubah,
lihatlah kisah hidup ini dengan atma,
nilailah sebuah kehidupan dengan akal dan minda,
kasihlah manusia dengan emosi dan cakna,
senyumlah seperti hangatnya mentari di pelupuk mata.

kasih jangan dicari,
andai diri belum puas bersendiri,
andai belum punya matlamat dalam diri,
andai masih samar empunya diri,
andai diri masih sukar untuk memahami,
andai diri katanya dipuji sikapnya dikeji,
andai diri belum bersedia untuk berkongsi,
kerana hidup bermakna untuk memberi,
supaya ia lebih bererti.

Kalam Cinta

aku takut untuk bercinta,
kerana aku malu tatkala
cinta si pencipta masih belum ku balas sebaik kasihnya.

aku takut untuk bercinta,
kerana aku masih belum kenal apa itu cinta,
kerana berbeza manusia
berbeza cara merungkai kata sebuah cinta.

aku takut untuk bercinta,
kerana mungkin mudah lidah menyatakan kata cinta,
namun hati dan jiwa belum sedia untuk menerima,
apatah lagi menjadi hamba kepada cinta.

aku takut untuk bercinta,
kerana aku mudah terpesona dengan indah seorang wanita,
sedang imanku bergetar dengan darah muda,
pasti aku jatuh dek bisikan iblis durjana.

aku takut untuk bercinta,
bukan kerana aku tidak punya harta,
bukan kerana tidak punya nama,
tetapi
kerana cinta itu satu perkongsian,
kerana cinta itu perlu persefahaman,
kerana cinta itu segunung pengorbanan..

Friday, December 24, 2010

Win-Win? Win Lose? Lose Lose?

Bismillah.

Untuk perkongsian wadah pada kali ini, saya cuba membawa kepada sebuah persoalan tentang Adil yang kita kebanyakkannya selalu sebut tetapi maksudnya entah difahami ataupun tidak. Tetapi kita terus melaungkan kata kata itu.."kami mahukan keadilan!"

Ini tidak ada kena mengena dengan mana-mana parti politik di Malaysia apatah lagi di Bombay dan Turkistan.

Adil jika dibicarakan dalam kata Islam ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya.

Bagaimana?

Adil pada tempatnya?

Seorang suami mempunyai 3 orang Isteri.Jika ingin berlaku adil,adakah bermaksud baju yang dibelikan sama untuk semua isteri? Mungkin corak dan paternnya sama.Tetapi bagaimana dengan saiz? Adakah isteri yang besar badannya,biasa dan kecil badannya diberikan lebar kain yang sama untuk dibuat baju?

Kembali kepada meletakkan sesuatu kena pada tempatnya.Maka,si suami yang adil ialah suami yang membelikan baju yang sesuai dengan saiz isteri-isterinya walaupun saiz yang besar memakan jumlah harga yang lebih besar.Itulah adil yang kena dengan erti dan keadaanya.

Namun,realitinya, sama ada mata yang kasar ini melihat dalam keadaan sedar tetapi akal tertutup untuk memikirkannya atau akal ligat berfikir tetapi mata yang celik dibutakan kerana rasa Tak Mengapa atau Tidak Pedulisme, tatacara masyarakat Islam yang sepatutnya dilihat sempurna,tanpa disedari Muslim itu menjauhkan kata Adil dalam kamus hidup mereka.

Lose Win? Win Lose? Lose Lose? atau Win Win=adil?

Lose Win situation.Saya ambil contoh..ini sangat mudah dilihat dikalangan orang Melayu Islam.Jika dibawa dalam meeting misalnya,orang2 luar suka bawa masuk orang Melayu dalam mesyuarat.Sebabnya? Mereka ialah golongan yang sukakan pendamaian dan suka meredakan keadaan.Akhirnya?

"Takpe la.Saya rasa semua yang berlaku salah saya.Memang ada banyak pihak yang bersalah,tapi kesilapan ini biar saya yang tanggung,"

Mudahnya kita meredakan keadaan dengan menjadi "kambing hitam".Islam tidak pernah mengiyakan kesalahan meskipun itu adalah cara meredakan pertelingkahan tetapi Islam mengajar memacakkan tiang kebenaran dan diadili dengan kata putus oleh yang Alim.

Win Lose situation.Kadang kadang anak-anak yang sulong selalunya,diajar mengalah dan memberi peluang kepada si adik yang lebih kecil.Tetapi kadang-kadang kita terlepas pandang dan pentafsiran akal yang salah.Kalau saya katakan ada sekotak pen warna yang si abang bergaduh dengan si adik kerananya.Lalu datang si ayah dan menyuruh abang mengalah sedangkan si abang memerlukannya untuk menyiapkan nota belajar sedangkan si adik sibuk hendak melukis dan mewarna buku warna yang diberikan oleh si ayah.So, si adik Win dan si abang Lose.Memenangkan yang lebih muda..praktis orang Melayu kita...

Lose-lose situation.Ini banyak berlaku dalam drama Melayu.Berebut nakkan seorang anak dara,bergaduh macam nak rak..Last-last, kata-kata yang cukup selalu bermain di bibir,

"Biar aku tak dapat perempuan ini, tetapi orang lain pun tak boleh nak miliki perempuan ini,"

Akhirnya...kesudahan yang merugikan kedua-dua belah pihak...=.=" ish ish ish...

Win-Win situation hanya wujud bila ada dua pihak yang suka mempositifkan keadaan.Selalunya berlaku bila kita ada persefahaman dan ikatan yang akrab.Misalnya,pengalaman saya di R&R, ketika ramai sangat orang di tandas sehinggakan terpaksa menunggu.

Datang seorang pak cik yang lihatnya sangat-sangat terdesak nak buang air.Abang yang berdiri di sebelah saya yang sedang menunggu,kebetulan orang yang dalam bilik air keluar dari tandas.Dia pun menyuruh pak cik ni masuk dulu.Tetapi pak cik ni kata, "awak yang menunggu dahulu,awak la yang masuk dahulu,".Dua2 mempositifkan keadaan.Lalu si lelaki tadi memberikan jalan kepada pak cik tadi dengan hati yang rela.

Keluar pak cik tadi dari tandas dengan senyuman yang dan ucap terima kasih kepada abang yang memberi kemudahan padanya.Dua-dua berbalas senyuman..Dua-dua memperoleh manfaat..

Kisah yang lebih mudah,lihat sahaja peristiwa perletakkan Hajarul aswad ke Kaabah setelah peristiwa banjir.Akhirnya,nabi sendiri yang meletakkan batu suci itu bersama pembesar arab lain memegang setiap penjuru kain.Semua mendapat Win Win situation..^^

Ok..Entri kali ini mungkin kecil nilainya bagi yang mereka yang memandangnya sekadar bersahaja tetapi mungkin besar Nilainya bagi yang mengkaji sikap dan tindak manusia seperti saya..

Jadi,Adilnya manusia? Di mana? Jika ia diletakkan sesuai pada tempatnya.

Dunia yang Allah ciptakan penuh rahmat ini tidak perlukan situasi kalah menang tetapi cukup untuk semua makhluk ciptaannya merasai situasi menang-menang...^^

namun,semua yang saya sampaikan adalah pandangan saya semata.Tugas anda berfikir dan merasionalkan mengikut keadaan..tidak ada manusia yang betul dalam dunia,kerana bukan kita layak menghukum, tetapi Dia, yang Maha Esa..

alhamdulillah^^


Monday, December 20, 2010

Al-Kisah SI Juha Pelawak Arab



Satu hari,Juha datang ke sebuah kampung.Lalu dia menyuruh khadamnya mengumpulkan orang ramai.

Lalu dia pun berkata,

"Tahukah kamu apa yang ingin aku perkatakan hari ini kepada kamu semua?"

Lalu orang ramai menjawab, "Tak tahu..tak tahu"
bingit dengan kata tidak tahu..

Lalu dengan muka marah si Juha berkata,

"Aaah...Malas aku nak cakap dengan orang jahil macam kamu semua!"

Selepas itu dia pun pulang.

Keesokan harinya,

Si Juha pun hadir kembali ke kampung itu.Selepas berkumpulnya orang ramai,dia pun bertanya,

"Tahukah kamu apa yang ingin aku perkatakan hari ini kepada kamu semua?"

Orang ramai pun berkata, "kami tahu...kami tahu ...."

"Kalau kamu dah tahu, tak perlu aku nak beritahu," kata Si Juha.Kemudian dia pun pulang.

Keesokan harinya pula,

Si Juha pun hadir kembali ke kampung itu.Selepas berkumpulnya orang ramai, dia pun bertanya,

"Tahukah kamu apa yang ingin aku sampaikan pada hari ini?"

Orang-orang kampung pun menjawab,

"Tahu..tak tahu...tahu tahu...tak tahu tak tahu.."

Kemudian Juha pun berkata,

"Yang tahu tu tolong beritahu pada yang tak tahu"

Pastu dia pun balik..Last-last si Juha ni tak da kata apa-apa pun..

Si juha oh si juha....

ok..tak kelakar..behenti syok sendiri hannan...=.="





Sunday, December 19, 2010

Sebab dan Kenapa...

Hari ni..satu pelajaran baru..

Bahawa manusia bertindak atas dasar mahu bukan atas dasar tahu..
Buktinya,ramai umat Islam yang tahu dan fasih tentang agama,
tetapi mereka tidak mengikuti seperti yang dipelajari,
seperti yang diketahui...
kerana
mereka bertindak atas dasar hati yang Mahu..

Jadi,jangan kita marah bila kita puas beritahu dan ajar manusia benda betul,
sebab
jika dia tahu sekalipun tak semestinya dia akan berubah
sebab
bila hati sudah mahu barulah tahu itu akan membawanya kepada perubahan..

jadi,jangan kita pelik,
kenapa ramai orang Islam ikut ajaran sesat
kerana
mereka mahukan ketenangan hati lebih daripada
pengetahuan tentang ilahi
kerana
kuliah di Masjid kebanyakannya
memberi kepada tahu lebih daripada
membuka hati supaya Mahu..

merapu ke?? entah la..fikirkanlah sendiri..

Thursday, December 16, 2010

Memanfaatkan Sebuah Kelahiran

Nur Aleesya Binti Muhammad Fauzi =)

"Catatan kali ini,mungkin padanya lebih kepada jalan cerita diri, dari keinginan untuk memberi seperti post post sebelum ini..Namun,kalau ada walau sekecil zarah manfaat untuk dikongsi,pandanglah ia dengan mata hati, dan jangan dicari kesalahan hamba yang daif ini.."

Post kali ini, tidak ada sebarang ilmu yang berat untuk dikongsi.Cuma ia adalah coretan kata hati.

Alhamdulillah.Dah dapat anak sedara yang pertama.Seronok? Tak payah cakap la.Kalau boleh nak bawak balik Nur Aleesya tu kat rumah terus (padahal bukan anak sendiri =.=").Serius!

Kali pertama dapat pegang bayi yang dalam ahli keluarga sendiri memang bes dan sangat mengujakan.Sebelum ni,jangan kata nak sentuh bayi,nak merapu apa dengan bayi tu pun tak pandai (macam yang orang2 tua selalu cakap dengan bayi bila diorang dukung tuh =.=")

Namun seperti yang aku penah merapu kat facebuk punya status dulu, entah dari mana bisikan tu datang,aku tiba-tiba tergamam bila melihat bayi yang sedang tidur lena itu.Bisikan halus dalam diri aku..masih terngiang-ngiang.

"Orang selalu cakap, masa kita lahir,kita akan menangis sedangkan orang lain seronok dan ketawa melihat kita dan apabila maut sudah menanti kita,semua orang menangis meratapi pemergian kita, tapi adakah kita akan menangis atau bergembira ketika dibawa bertemu dengan si DIA? astaghfirullah.astaghfirullah.astaghfirullah

"Orang selalu cakap, hidup kita ni,tidak lah panjang mana, seolah-olah dari jarak azan dan iqamat sahaja.Azan kita ditelinga kanan sehingga Iqamat kita di telinga kiri masa kecil.Pendek bukan? Pendek sehinggakan aku tak sedar aku dah jadi ayah sedara."

Malam tadi dengar ceramah Ustaz Hasrizal.Tajuk yang dibincangkan pasal how to be an effective muslim sebenarnya. Tapi ustaz macam besa, banyak ilmu lain yang dicampurkannya.

"Jangan perlekeh nilai kasih sayang dalam mendidik manusia.Saya beri contoh.Dua meja diletakkan sebelah menyebelah dan kemudiannya satu papan diletakkan menghubungkan dua meja itu.Kalau saya cabar orang lalu dari satu meja ke meja satu lagi lalu papan tu.Ada orang berani? Insyaallah semua dalam dewan ini akan berani.Saya up sikit.

Dari meja kita tukar jadi tinggi sebuah almari.Ada siapa2 sanggup lintas? Insyaallah ada tapi mungkin kurang sikit orang yang sanggup dari yang melintasi antara meja tadi.

Kalau saya ubah dari tinggi meja kepada tinggi bangunan 3 tingkat.Ada yang sanggup lintas? Mungkin ada beberapa orang sahaja.Itupun dia akan tanya saya,apa yang saya nak bagi.Tapi bayangkan anak anda sendiri ada dekat tingkat 3 bangunan sebelah dan api sedang membakar tingkat 1 dan 2.Satu-satunya cara untuk selamatkan anak anda ialah dengan melalui papan ni.Sanggup nak lalu?

Kalau tiada nilai KASIH SAYANG,saya pasti tak da orang sanggup.

Kerana KASIH SAYANG, manusia suka untuk diarah.Kerana SAYANG,lautan api sanggup diredah.Itu yang ramai "couple" duk sibuk cakap tu,sampai lautan neraka sanggup direnangi. =.="

Dan kerana itu,Allah hadirkan guru untuk melatih anak-anak.Guru yang pertama ialah ibu bapa itu sendiri.Kerana apa yang ibu bapa ada adalah kasih sayang.Dan kuasa kasih sayang yang paling effektif dalam mendidik anak-anak.Saya boleh suruh bibik saya beri kasih sayang pada anak-anak saya,tapi kasih sayang tu takkan sama sepertimana saya yang memberinya,"

"bila ku melihat sebuah kelahiran,ku tersedar akan diriku menghampiri kematian..kerana sudah ada umat yang dilahirkan untuk menggantikan tempatku.." tintaibnumuslim


Wednesday, December 15, 2010

Erti Melihat dalam Al Quran







Bismillah.

Entah mengapa.Walaupun dah banyak kali cakap pasal melihat dan memandang ni tapi masih lagi rasanya perlu diulang tulis.Tak pe la.Benda baikkan? Moga mendapat manfaat Insyaallah.^^

Di dalam Al-Quran, perkataan melihat digunakan dalam perkataan yang berbagai seperti "basoro"(melihat dengan hati dan iman),"nazoro"(melihat dengan ilmu dan akal),"ra a"(melihat dengan mata) dan sesiapa yang melihat dengan pandangan nafsu dia dipanggil buta meskipun dia celik.

Saya kongsikan satu cerita,

Ada seorang pelajar yang menuntut di luar negara yang setibanya dia di rumah,dia melihat satu bungkusan yang diposkan dari Malaysia.

Lalu, dibukanya bungkusan itu dan terlihat di dalamnya sebekas kuih bahulu.

Kalau dilihat dengan mata kasar, apa yang dilihat oleh pelajar itu? Mestilah kuih bahulu bukan?

Kalau dia melihat dengan ilmu dan akal, dia akan menilai tekstur,warna dan kelembutan kuih bahulu berpandukan ilmu membuat kuih yang pelajar itu ada.

Tiba-tiba datang seorang sahabat pelajar yang terus amik kuih bahulu tadi lalu dimakannya.Dah telan dan habis dikunyah,baru dia bertanya,"ni kuih siapa?" Maka, orang ini dikategorikan orang yang melihat dengan nafsu.

Dan situasi yang terakhir,ialah apabila pelajar tadi melihat kuih bahulu sambil menitis air matanya kerana mngingatkan si ibu yang membuat kuih bahulu di kampung halaman.Pelajar ini melihat kuih bahulu dengan pandangan hati dan iman.

Jadi,satu benda iaitu kuih bahulu,tetapi masing-masing masing mendapat habuan yang berbeza berdasarkan bagaimana cara mereka memandang sesuatu.

Bak kata satu pepatah Inggeris, "What u see is what u will get"

Ibrahnya di sini, ingin saya kongsikan bagaimana banyak berlaku masalah dalam kehidupan seharian kita kerana salahnya cara kita memandang sesuatu.

Guru marah tak siapkan kerja sekolah.Kalau pelajar melihatnya dengan nafsu, dia akan berkata, "siaplah cikgu balik nanti". Kalau guru yang sama dilihat oleh pelajar yang menggunakan hati dan iman, dia akan berkata dalam hatinya, "cikgu ni marah sebab dia sangat sayang padaku".

Hebat bukan? Inilah yang saya ingin kongsikan sebagai mengubah sikap manusia INSIDE OUT.

Sedangkan memaksa pelajar berubah dengan rotan dan denda, itu digelar perubahan yang OUTSIDE IN.

Perubahan mana yang terbaik? Bukan saya yang menentukannya.Tetapi anda yang sedang membaca.

Jadi kepada semua di luar sana.Tak kiralah anda seorang pengawas,guru,wakil pelajar mahupun seorang daie yang inginkan perubahan dilakukan pada diri sendiri dan orang lain,maka UBAHLAH CARA MELIHAT itu dahulu.



Sekian^^

Saturday, December 11, 2010

Tolong Ibu Kena Tampar?!




Bismillah.

Seorang kanak-kanak sedang berada di dapur.Dia mundar mandir disekitar sinki yang sarat dengan pinggan mangkuk yang kotor.Lalu,dia cuba menggapai paip sinki tetapi tidak kesampaian.Ketinggiannya menghalang tindakannya itu.

Lalu dia terfikirkan satu idea.

Pinggan mangkuk yang kotor dialihkan ke lantai.Dia ke tandas lalu mengambil sebaldi air dan berjalan semula ke pinggan mangkuk yang kotor.Dicurahkan air di dalam baldi ke arah pinggan mangkuk yang bersepah di lantai.Luncai dapur.

Si ibu menjenguk ke dapur melihat kejadian itu.Panas hatinya tidak terkata.Dia hilang kata-kata.Sedangkan si anak tidak perasan ada mata yang memerhatikan tindak tanduknya.

Tiba-tiba kedengaran satu suara dari ruang tamu.

"Saya dah pulang,"kata si Ayah.

Si anak terus berlari meninggalkan dapur dan memeluk ayahnya.Lalu dia berkata,

"Ayah,saya anak yang baik."

Si ayah pelik dengan kata-kata anaknya itu.Si ibu yang berhampiran menggeleng-gelengkan kepala.Kemudian si isteri menceritakan segala-galanya kepada suaminya.Si suami juga menggeleng-gelengkan kepala tanda sedikit hampa.

Kemudian,dia bertanya kepada si anak.

"Apa yang telah kamu lakukan?"

Si anak berkata, "Saya tolong mak di dapur.Tolong mak basuh pinggan"

"Abis,kenapa tak basuh di singki?"

"Saya tak tinggi.Tak sampai nak buka paip air."

Si ayah mengangguk.

"Lain kali kalau adik nak tolong mak basuh pinggan, cakap kat mak,biar mak letak bangku supaya adik boleh buka paip dan basuh pinggan.Boleh? Ok?" si ayah memberikan cadangan sambil tersenyum.

"Ok." si anak juga tersenyum.

Ini adalah sebuah kisah yang saya petik dari sebuah buku.Menceritakan bagaimana seorang anak dilayan oleh ibu dan bapanya.

Kalau diikutkan amarah hati,si Ibu boleh sahaja menampar si anak.Tetapi...apa pengajaran yang si anak akan dapat? Kalau tolong Ibu,nanti kena penampar..Betul? Ya..betul..

Tetapi pendekatan yang diambil oleh si ayah,berjaya mengubah pandangan yang si anak akan terima.Dia akan lebih rajin dan bersemangat untuk membantu ibu di dapur.

Kisah yang sangat ringkas tapi penuh nilai di dalamnya.Saya tidak mahu mengupas.Anda fikirlah sendiri ibrah dari kisah ini..

sekian sahaja untuk kali ini.Nak balik kampung..bye! salam^^

Friday, December 10, 2010

Impian Menjadi Kaunselor


kenangan terakhir bersama rakan-rakan sekolah.rindu saat ini...

Bismillah.

"Cikgu, saya tension la cikgu.Budak-budak batch saya tu,saya dah tak tau nak buat apa dah.Ketega' sangat.Budak-budak junior boleh la saya basuh,budak yang sebaya saya,apalah yang saya boleh buat," saya mengeluh pada Cikgu Mahazan,guru kaunselor saya di Sbpi Kubang Pasu dahulu.

"Hannan,senang je.Awak dan semua kawan-kawan awak ialah remaja yang sedang mencari identiti diri.Alhamdulillah.Awak berfikiran lebih dewasa dan mencari identiti yang ada pada awak hari ini.Tapi Hannan,awak dan kawan-kawan awak yang lain takkan sama kerana Tuhan ciptakan manusia berbeza-beza.Dalam umur awak ni,menjadi perkara biasa untuk mencuba perkara baru dan nakal.Semuanya untuk mencari identiti diri.Jadi sebenarnya,awak tak perlu risau pun," dia tersenyum pada saya.

Saya mengetuk kepala.Rasa sangat lembab dan bengap.Mudah sebenarnya jawapan bagi persoalan yg menghantui saya.

Sejak itu,saya fikir,betapa bodohnya manusia menilai keadaan tanpa ada ilmu...

Selalu saya terfikir kata-kata seorang Murabbi..katanya,

"Begitu ramai cerdik pandai yang memilih bidang untuk membangunkan teknologi..misalnya arikitek,jurutera,doktor,peguam dan sebagainya.Namun,mengapa golongan ini tidak memilih untuk menceburi bidang pembangunan manusia? Setelah bersepah dan bernanah masalah sosial di dalam masyarakat, masing-masing menuding jari pada kerajaan dan badan-badan Islam.Persoalannya,mengapa tidak dituding jari pada diri sendiri?"

Saya sering memikirkan persoalan sejarah yang diungkapkan oleh sejarawan.

Tamadun Greek yang dahulunya begitu gah dengan falsafah dan pemikiran yang tinggi, akhirnya musnah..sebabnya? Pemikiran hebat tak semestinya Akhlak pun hebat..tamadun Greek musnah kerana Akhlak dan moral manusianya punah..

Pengalaman saya di sekolah SBPI telah mengetuk hati saya untuk merubah pelajar dan manusia lain umumnya.Saya fikirkan subjek psikologi sangat penting dalam melatih Akhlak pelajar.

Psikologi jika digabungkan dengan sejarah,maka barulah intipati sejarah itu dapat diambil dan diserap pati manisnya sejarah itu.

Sebagai contoh,saya ambil dari kisah hijrah yang disampaikan oleh Ustaz Gunawan di Masjid T.Harmonis tempoh hari.

‎"kita belajar sirah bukan untuk hafal tarikh,masa,tempat..tetapi untuk kita rasa apa yang Nabi rasa waktu tu.7 kali Nabi paling ke Kaabah waktu Nabi nak berhijrah.Bayangkan rasa sayu Nabi waktu itu"


Kalau kita melihat peristiwa nabi berpaling ke arah kaabah sekadar dari mata kasar,maka kita melihatnya sebagai hanya satu pengorbanan tanpa sebarang erti yang mendalam.Sedangkan Nabi merasai lebih dari itu.

Insyaallah.Saya cuba menyiapkan sebuah kajian tentang masalah akhlak pelajar dan bagaimana kita mampu merubah mereka dengan usaha kita.Sesudah itu,berdoa dan bertawakal pada si dia..kerana kita hanyalah hamba dan Tuhan punya kuasa merubah segalanya..

Sejauh mana impian dan cita-cita saya ini saya pun masih samar-samar.Namun, saya yakin apa pun usaha untuk mencari redha Dia,Dia akan bersama saya..Insyaallah...



Wednesday, December 8, 2010

Nota Cintaku


Andainya dapatku menulis
Nota-nota cinta buat diri-Nya
Ingin ku titipkan bersama
Semua kuntuman bunga
Yang indah berseri

Ku sembur haruman mewangi
Bersama kata-kata puji
Sedang Dia tahu kasih dan cintanya aku
Menjalin ikatan menuju ke Syurga

Cintaku kepada Dia
Rinduku hanya pada-Nya
Kasihku tulus buat-Nya
Setiaku balas kasih-Nya
Kasihku kasih yang setia
Pada yang punya

Dambaku pada Yang Esa
Pujian hanya buat-nya
Akurku kebesaran-Nya
Teragung Maha Suci-Nya
Taatku hamba yang hina
Pada Pencipta

Kiranya aku hilang arah
Jalan hidupku berubah punah
Namun kasih-Nya tak pernah akan musnah
Belas rahmat-Nya terus mencurah-curah
Nur Hidayah-Nya semakin cera

Hadis 40: Hadis ke Dua oleh Imam Nawawi

Dari Umar Ibnul-Khattab r.a, katanya : Sedang kami duduk di dalam majlis bersama Rasulullah SAW pada suatu hari, tiba-tiba mucul di dalam majlis itu seorang laki-laki yang berpakaian serba putih, berrambut terlalu hitam, tiada kesan bahawa ia seorang musafir, dan tiada antara kami yang mengenalinya, lalu duduk ia bersama Rasulullah SAW, dan ditemukan kedua lututnya dengan kedua lutut Rasulullah SAW serta diletakkan kedua tapak tangannya ke atas kedua paha Rasulullah SAW, lalu berkata :

Sipemuda : Khabarkan aku tentang Islam ?
Rasulullah : Islam, iaitu hendaklah mengucap syahadat - bahawa tiada Tuhan melainkan Allah Ta'ala dan bahawasanya Muhammad itu Rasulullah, dan hendaklah bersembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa pada bulan Ramadhan dan menunaikan haji ke Baitullah apabila berdaya ke sana.
Sipemuda : Benar katamu.
( Berkata Umar r.a : Kami merasa hairan kepada tingkah laku sipemuda itu, dia yang bertanya dan dia pula yang mengiyakannya )


Sipemuda : Khabarkanlah kepada ke tentang Iman ?
Rasulullah : Hendaklah engkau beriman kepada Allah, Malaikat-MalaikatNya, Kitab-KitabNya, Rasul-RasulNya, Hari Akhirat dan hendaklah engkau beriman kepada taqdir Allah yang baikNya atau yang burukNya.


Sipemuda : Benar katamu ! Khabarkanlah kepadaku tentang Ihsan ?
Rasulullah : Hendaklah engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya. Sekiranya engkau tidak dapat melihatNya sesungguhnya Allah sentiasa dapat melihat engkau.


Sipemuda : Khabarkan padaku tentang hari kiamat ?.
Rasulullah : Tiadalah orang yang ditanya itu lebih mengetahui dari orang yang bertanya.


Sipemuda : Khabarkan padaku tentang tanda-tandanya ?
Rasulullah : Apabila hamba perempuan melahirkan tuannya sendiri ; Apabila engkau melihat orang yang berkaki ayam, tidak berpakaian, pengembala kambing ( berbangga ) membina bangunan yang tinggi-tinggi.
( Kemudian beredar keluar sipemuda itu dari majlis tersebut ) :


Rasulullah : Tahukan anda wahai Umar siapakah pemuda yang menyoal kau tadi ?
Umar Al-Khattab : Allah dan RasulNya jua yang mengetahui.
Rasulullah : Itulah Jibril a.s yang telah mendatangi aku untuk mengajarkan kamu pelajaran agama kamu.

Tuesday, December 7, 2010

Kisah Terbaik Dalam Al-Quran (bahagian 1)

Bismillah.Segala puji bagi Allah.Moga apa yang disampaikan ini,jika ada yang kurang,kau ampunkanlah pemilik hati ini.Jika ada kebaikan walau sekecil zarah,dengan belas kasihMu,kau terimalah ya Allah.

Kisah Nabi Yusuf di dalam surah Yusuf ialah kisah yang terbaik dalam Al-Quran.Tak percaya? Baiklah, saya datangkan buktinya.

“Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) seindah-indah kisah dengan jalan Kami wahyukan kepadamu Al-Quran ini, padahal sebenarnya engkau sebelum datangnya wahyu itu, adalah dari orang-orang yang tidak pernah menyedari akan halnya” surah Yusuf ayat 3.

Di dalam ayat dalam surah Yusuf,kalau kita perhatikan ayat 3,Allah menggunakan perkataan “Ahsanal Qasas” yang bermaksud,sebaik kisah.Menarik bukan? Sebelum ni anda mungkin tak tau,dan saya juga.Tetapi bukankah baik jika kita berkongsi dengan orang lain? ^^

Sebelum saya meneruskan coretan yang lebih lanjut tentang kisah ini,kita tengok pada ayat ke 2 dalam surah Yusuf.

“Sesungguhnya Kami menurunkan kitab itu sebagai Quran yang dibaca dengan bahasa Arab, supaya kamu (menggunakan akal untuk) memahaminya” surah Yusuf ayat 2.

Saya suka untuk membincangkan topik Bahasa dalam hal ini iaitu bahasa Arab.Tahukah anda bahawa bahasa Arab ialah bahasa paling awal wujud dalam sejarah manusia? Dari manusia pertama,Nabi Adam alaihissalam.

Telah banyak bahasa yang telah pupus di muka bumi ini kerana bahasa yang lebih majoriti penggunaannya akhirnya mengurangkan bilangan orang yang mampu berbicara dalam bahasa ibunda mereka.Misalnya,Chamicuro di Peru,Dumi di Nepal,dan Tanema di kepulauan Solomon.

Namun bahasa Arab ialah bahasa yang tidak akan pupus di muka bumi ini.Ini kerana bahasa Arab digunakan pakai di dalam Al-Quran seperti mana yang telah Allah berfirman dalam Al Quran bahawa kitab ini akan dipelihara olehNya sampai ke hari Kiamat kelak.Hebat bukan bahasa Arab? ^^

Seterusnya,jika dilihat secara umum,Nabi Yusuf menghadapi pelbagai mehnah dan halangan dalam rentetan hidupnya.Namun,meletakkan Allah dalam di lubuk hatinya menguatkan dirinya bahawa apa sahaja yang berlaku pasti ada hikmah dan kebaikkan.Nabi Yusuf tidak pernah sekali berprasangka buruk pada Allah.

Namun hari ini,apabila kita diuji dengan sedikit kesusahan,kita mula mempersoalkan keadilan tuhan.Ketika diri tidak mahu berubah,kita mengatakan Tuhan masih belum beri hidayah untuk kita berubah.Kita berprasangka buruk dengan Allah tanpa kita sedar.Sedangkan kita punya akal dan iman untuk berfikir..Astaghfirullah.

Dan ingatlah,

“Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.(Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.” Surah As Syarh ayat 5 dan 6

Dan dalam Al Quran sendiri menyatakan bahawa setiap kesusahan itu akan disertai dengan kesenangan.Jadi,jika berhadapan dengan kesusahan,berhentilah mengeluh dan berprasangka baiklah pada Allah.^^


[7]
Demi sesungguhnya! (Kisah) Nabi Yusuf dengan saudara-saudaranya itu mengandungi beberapa pengajaran bagi orang-orang yang bertanya (tentang hal mereka untuk mengambil iktibar).

Dalam Al-Quran,Allah menurunkan ayat ini,memberitahu manusia bahawa begitu banyak pelajaran yang boleh diambil dari Al Quran.Ianya tidak habis di situ tetapi bersambung dengan ayat bagi orang-orang yang bertanya tentang hal mereka untuk mengambil iktibar.

Ramai di kalangan kita,memandang Al-Quran sebagai kitab suci semata-mata.Tiada yang hebat padanya.Sesetengahnya sangat mngaguminya kerana itu ialah mukjizat yang wujud secara jelas dan nyata dari zaman dahulu sehingga sekarang.Nah,anda dikalangan mana?

Kadang-kadang kita membaca tafsir Al-Quran tetapi malangnya kita tidak pernah berfikir disebalik kata-kata itu unutk mengambil iktibar.Alangkah malangnya bagi kita. (Lain kali belajar bahasa Arab =.=” )

Akan bersambung..Insyaallah.doakan diberikan kekuatan oleh Allah^^

Sunday, December 5, 2010

1001 Cabaran Daie


"Kenapa u ni? U dah lain sekarang ek? kenapa u layan i tak sama dengan u layan perempuan lain.Apa beza i dengan perempuan-perempuan kolej lain? I ni jahat sangat ke?"

Ahmad terdiam. Fikirannya ligat memikirkan mesej yang baru diterimanya.Jauh dari sudut hatinya berbisik,

"Betul ke apa yang aku buat ni? Adakah ini cara dakwah yang betul? Aaargh...Bukan tak pernah aku menasihati dia.Setiap kali dia lambat ke kelas, aku mesej suruh dia cepat sikit.Bila ada program agama kat surau,mesti aku mesej dia.Ajak dia sama-sama hadir.Niatku tak da lain.Nak mengajak kawan-kawanku kembali dekat kepada Allah.Namun kenapa manusia mudah salah tafsir?

"Dia minta aku nasihat dia sebab dia kata dia nak berubah.Aku cuba nasihat dia.Kadang-kadang aku tegur dia pakai baju jarang ke kelas.Aku tegur dia pakai tudung tapi tak pakai anak tudung.Sudah berulang kali.Aku pelik.Bila aku tanya dia tahu tak bagaimana tutup aurat sempurna.Dia kata dia tahu.Semuanya aurat kecuali muka dan tapak tangan.Kena pakai stoking,kena pakai handsock kalau suka senteng lengan dan tudung mestilah labuh menutupi dada.Tetapi aku pelik.Kenapa meski dia tahu tapi dia tidak menutup aurat dengan sempurna?

“Adakah perlu aku berhentikan persahabatan ini.Kalau ya bagaimana? dan apa akibatnya?” Ahmad bingung.

Jari-jari Ahmad menari dengan pantas di atas papan sesentuh telefon bimbitnya,

"Salam.Maafkan i.Setelah i fikir-fikir balik.I rasa apa yang i buat ni dah lebih dah.Meski kita adalah kawan tapi sebetulnya i laki dan u perempuan.Dan ada benteng antara kita berdua.I rasa i nak jaga hati i.Jadi,maaflah.Mulai hari ini, i takkan amik berat pasal u lagi.Jaga diri dan berubahlah perlahan-lahan." mesej dihantar.

Ini ialah sebuah cerita benar seorang sahabat yang berkongsi dengan saya.Bagaimana dia dilema dalam berdakwah kepada golongan Hawa sedangkan dia adalah Adam yang juga punya perasaan dan jiwa untuk dibimbingnya.Persoalan dia ajukan kepada saya.Bagaimna berdakwah kepada berlawanan jantina dan apa had dan batasnya?

“Tetapi,macam mana kalau aku terus putus kawan dengan dia,selepas itu dia jadi lebih teruk? Sebab dah tak da orang nasihat dia.Aku plak yang akan rasa bersalah nanti,”Ahmad terus bertanya dengan jiwanya masih berbolak balik antara betul atau salah tindakannya itu.

“Macam ni.Kau tak boleh nak letakkan semua beban dan kesalahan itu di bahu kau.Sesungguhnya tuhan juga beri dia akal untuk berfikir dan membuat keputusan.Katakan pada dia supaya carilah muslimah yang baik untuk berkongsi ilmu dan menasihati dirinya.Bukankah itu lebih baik? Bukankah sesame jantina itu lebih memahami?” Aku memberikan hujah.

“Aku dah cakap macam tu.Tapi dia kata usrah muslimah itu pendekatan mereka tidak menarik dan rasa tak selesa bila berada di kalangan mereka.Haih! Entahlah,”Ahmad mengeluh.

Ibrah Kisah Ahmad

Mahu atau tidak,itulah cabaran daie masa kini.Saya bukanlah orang yang bijak pandai dalam urusan agama apatah lagi punya hadis dan ayat Al Quran untuk mendifinisikan semuanya.Tetapi saya juga punya akal tuhan beri untuk berfikir dan menyampaikan apa yang lahir dari jiwa.

Pertamanya,apabila berbicara tentang dakwah dengan berlainan jantina,beberapa had perlu digariskan.

1.Penyampaian itu berbentuk ilmu di khalayak ramai misalnya Adam memberi tazkirah kepada satu kumpulan Hawa.Mengapa? Kerana dengan itu ia terhindar dari sebarang fitnah.Jikalau namanya tazkirah,tetapi berdua-duaan antara priya dan wanita,maka ia boleh menimbulkan fitnah dan buruk sangka oleh kebanyakan orang.Kita orang timur dan budaya ketimuran juga mengajar supaya kita menjaga hubungan berlainan jantina.

2.Tidak menimbulkan perasaan syahwat.Perlu diingat bahawa lelaki itu manusia biasa dan wanita itu wanita biasa yang Allah tanamkan nafsu dalam diri mereka.Kita boleh kata, ‘alah,kawan biasa-biasa sahaja.Bukan ada rasa apa-apa pun’Tapi perlu diingat.Hari ini anda mungkin mampu berkata tidak pada nafsu bisikan syaitan.Tetapi esok atau lusa? Anda yakin mampu menang dengan pertarungan nafsu itu?

3.Mengutamakan jantina yang sama.Seperti yang saya katakan tadi.

“Man knows man better than woman.”*ayat ini hanya sesuai digunakan untuk kalangan kita2 sahaja.tentunya Ibu saya lebih memahami saya dari sahabat lelaki saya.^^

Yang terakhirnya,saya rasakan bahawa pendekatan daie itu sendiri yang sebetulnya memainkan peranan.Apabila kita mengajak orang untuk hadirkan jiwa mereka kepada agama,mesejnya perlu rabbani (bersifat ketuhanan) tetapi pendekatannya biar manusiawi.

Buktinya?

Mengapa tidak nabi itu wujud dalam kalangan malaikat?

Malaikat semestinya tidak sama dengan manusia.Jadi Allah wahyukan manusia untuk mentarbiyah manusia.Kerana manusia lebih memahami tindak tanduk dan perasaan manusia.
Kita tidak boleh memaksa mereka berubah dalam keadaan tiba-tiba.Perubahan itu mengambil masa yang sangat lama.Kerana sikap sangat sukar untuk diubah.

Perlu diingat! Perubahan itu perlu bukan OUTSIDE IN tetapi INSIDE OUT.
Perubahan yang baik bukanlah perubahan yang dipaksa oleh egen luar seperti memukul dengan rotan,arahan yang menghukum tetapi ia perlu perubahan yang ikhlas yakni perubahan yang bermula dari dalam diri yang ikhlas.

Bagaimana untuk membuat perubahan dari dalam ke luar adalah dengan cara Merubah Cara Pandang.

Memandang dengan mata kasar.Memandang dengan ilmu dan akal.Memandang dengan nafsu.Dan memandang dengan hati dan iman.

Wahai daie,bagaimana kita memandang mereka dan bagaimana mereka memandang kita dan agama Islam itu sendiri?

Tepuk dada tanya hati dan iman.

Alhamdulillah..

Friday, December 3, 2010

Pemuda: Pemangkin Sejarah Emas Islam



Ketika saya membaca buku Ahmadinejad (Singa Baru Dunia Islam), saya kagum dengan mahasiswa-mahsiswa yang memperjuangkan hak-hak pelajar dan berpolitik. Ini termasuklah Ahmadinejad itu sendiri yang menyokong perjuangan Imam Khomeini dalam membebaskan pemerintahan sekularisme di Iran bawah pimpinan Syah Pahlevi.
Setelah itu,terngiang-ngiang di fikiran saya tentang ucapan Ustaz Nizam,

“Pemuda itu sendiri memainkan peranan penting dalam membangunkan agama.Cuba kamu lihat,apabila Nabi bersabda,mafhumnya,Konstantinapol itu akan dibuka oleh sebaik-baik askar dan sebaik-baik pemimpin.Akhirnya,setelah hampir 800 tahun mencuba,seorang pemuda bernama Mehmed Fatih berjaya menawan Kota Konstantinapol”

Saya cuba meyakinkan lagi fakta kehebatan zaman Muda ini dengan melihat kepada sirah Hijrah Nabi Muhammad s.a.w.Saidina Ali merupakan kanak-kanak atau boleh dikatakan pemuda yang sangat berani kerana menggantikan tempat tidur Rasulullah sebelum berhijrah.Dan dia juga pernah menjadi salah seorang panglima tentera Islam yang telah banyak mengetuai peperangan sehinggakan dia mampu untuk mengalahkan Panglima Tentera musuh yang lebih berpengalaman daripadanya dengan izin Allah s.b.t.

Dalam sebuah hadis,mafhumnya,

“Aku adalah gedung ilmu dan Ali itu adalah pintunya.Siapa yang inginkan ilmu maka masuklah dari pintu itu”

Menunjukkan Ali seorang yang sangat berilmu dan kuat pada zaman mudanya.

Jika anda bertanya kepada saya.Mengapa fakta sejarah yang saya selalu ungkapkan?
Kerana sejarah itu akan terus berulang dan berulang.Meski ramai orang berkata,berhentilah menoleh ke belakang dan teruslah mengejar impian di hadapan.Tetapi bagi saya,memandanglah ke belakang supaya menjadi semangat untuk maju kehadapan itu lebih relevan.

Mengapa?

Kerana Allah telah mewahyukan di dalam Al-Quran,kisah-kisah tentang umat terdahulu yang Dia binasakan kerana kezaliman mereka.

Adakah kita tidak menyedari?

Atau

Kita sebenarnya lupa dan sudah lama tidak menyentuh kitab suci itu?

Atau

Kalam Suci itu masih berhabuk di atas almari?



Sejarah akan terus berulang..dan anda dan saya..kita generasi muda...kita syabab pemacu dan
pembela agama...

Thursday, December 2, 2010

Ingat Lima Sebelum Lima : Syukur atau Kufur?



Pagi itu bersama Ustaz Nizam,kami didedahkan dengan hadis tentang 5 sebelum 5.Korang tau apa benda lima sebelum 5 tu?

“Ingatlah lima perkara sebelum datang lima perkara”

Sihatmu sebelum sakitmu

Mudamu sebelum Tuamu

Kayamu sebelum Miskinmu

Lapangmu sebelum Sempitmu

Hidupmu sebelum Matimu....

Alhamdulillah.Kita semua yang masih sihat ini Allah kurniakan nikmat kekuatan rohani dan jasmani untuk berpijak dan meneroka alam ciptaan Tuhan.Betapa ramai yang Allah tarik nikmat sihat itu kerana pertama mereka mengkufurinya dan kedua sebagai ujian Allah untuk hambanya.

Betapa ramai hari ini tubuhnya yang sihat digunakan untuk hadir berjemaah di surau?

Betapa ramai hari ini akal yang sihat digunakan untuk berfikir untuk membangunkan manusia dan Islam?

Betapa ramai hari ini mata yang sihat digunakan untuk melihat dan menilai dengan hati dan Iman tentang ciptaan tuhan dan mukjizat Al Quran? Atau adakah kebanyakkanya habis dengan melihat cerita ciptaan manusia yang tidak sempurna?

Betapa ramai hari ini Allah beri nikmat mulut yang sihat untuk berkata baik dan menyuruh kepada maaruf dan mencegah yang mungkar?

Akal yang sihat sentiasa meletakkan Allah pertama dalam hatinya.Dan jika akal dan jiwa yang sakit, sebenarnya manusia itu ada masalah dengan Tuhannya.Percayalah! dan Kembalilah! Dia tidak pernah berpaling dari kau meski segunung dosamu ketika bertemu dengan Dia wahai sahabat.

Astaghfirullah.Aku pun tidaklah termasuk dalam golongan yang masa sihatnya betul-betul dimanfaatkan.Tapi,bukankah lebih baik aku menyampaikan dari membiarkan nasihat ini mati bersama jasad ditelan zaman?

Aku bersyukur Allah beri aku nikmat sihat.Dan bersyukur masih mampu beribadat dengan sempurna tatkala melihat ramai yang telentang sakit di hospital.Sehinggakan terpaksa orang lain mewudukkan diri mereka..adakah ketika itu baru aku menyesal ketika nasib sama seperti mereka kelak..?

Astaghfirullah...

Wednesday, December 1, 2010

Satu Rehlah Sejuta Hikmah




Alhamdulillah.

Jam 4 petang,Akmal Amri, super senior KYUEM yang sekarang bekerja di Bank Negara Malaysia datang ke Ky untuk ambil aku,CK dan Aizuddin. Perjalanan ke INTEKMA,Shah Alam amik masa lebih kurang 1 jam lebih.

Ini kali yang entah keberapa,bila aku nak menulis,aku rasa macam satu catatan kembara je hidup aku nih.Kadang-kadang rasa macam nak sampaikan isi je terus lebih baik.Tapi mungkin untuk rehlah kali ini kena spesifik kan sikit.Baru la rasa teruja sikit bila nak cerita kan...xp

Sepanjang perjalanan,tak da apa pun yang menarik.Hujan mengiringi perjalanan kami di sepanjang highway.Punya la sejuk sampai aku dengan Aizudin a.k.a Adin tertidur kat belakang.Kesian plak tengok Akmal Amri dengan perut yang lapar tambah ngantuk memandu keta dalam keadaan hujan lebat tu.Nasib baik ada CK teman Akmal berborak...^^

Akhirnya,sampai juga kami ke destinasi.Kagum dengan rumah penginapan INTEKMA.Dengan 3 bilik tidur dan 2 tandas serta bilik mandi,ruang masak dan dapur serta ruang tamu yang luas,dalam fikiran aku mahu cecah 400 semalam nih!

Fathul Usrah

Pada sebelah malamnya,kami mulakan dengan sesi taaruf bersama senior-senior terutamanya.Alhamdulillah.Tapi semua senior yang ada malam tu semua aku kenal dah.=.=”

Ada saudara Abdul Muiz,Dzar Abdullah (abang kepada Talhah Abdullah,senior sek aku dulu),Afiq Kamarudin yang sedang tahun 3 di Australia dan Akmal Amri.
Setiap orang diminta untuk memperkenalkan nama,memberi tahu tentang; program agama terakhir yang diikuti,minat tentang isu apa,sensitive isu apa,personaliti diri dan komen terhadap isu Flotilla.

Dari situ, aku sedar rupanya aku tidaklah sangaat mengenali sahabat-sahabat yang belajar denganku di kolej.Pembukaan kata oleh Akmal Amri pada malam itu sangat bermakna sehingga terngiang-ngaing kat telinga aku nih.

Sabda Nabi s.a.w,mafhumnya,

“Kamu tidak akan mengenali saudara kamu itu,sehingga kamu keluar bermusafir dengannya selama 3 hari”

Dan setelah 3 hari duk tido sekali,makan sekali,gaduh sekali,main Twister sekali dan dengar ceramah pun sekali (walaupun ramai gak yang tesengguk terutama pengisian waktu petang),aku makin kenal sikap dan perangai sahabat-sahabatku.Inilah Ukhuwwah! ^^

Sebelum kami dibenarkan untuk bebas beraktiviti,sempat kami main game Bingo (menggunakan personality ahli usrah) dan game minda yang Akmal amik dari buku mana ntah.Tapi sangat mencabar! Oye la paling syok sekali sebab dia suka teka-teki..haha xp

catatan rehlah bahagian 1..to be continue^^
Related Posts with Thumbnails

Popular Posts