Saturday, October 16, 2010

CINTA TIADA TARA




Itulah kisah saya.Manusia yang biasa yang persikatarannya menjadikan siapa saya pada hari ini.Saya pernah terfikir.Ketika saya kecil,ayah akan memberikan apa sahaja untuk saya terutamanya makanan.Jika diminta permainan pasti akan ditolak mentah-mentah.Sedangkan ibu saya cuba memenuhi setiap permintaan saya.Dulu saya masih ingat.Saya suka merengek di pasar malam inginkan permainan sehingga akhirnya ibu membelinya untuk menggembirakan hati saya.

Saya tidak pernah menyalahkan ayah. Dia cuba beri yang terbaik untuk saya.Buat apa menghabiskan wang untuk benda yang tidak member manfaat? Balik di rumah, saya muncung kerana permainan diambil oleh abang.Mak selalu kata, “napa nih? Muncung dah macam tikus.” Sehingga ke hari ini,muncung tikus itu terngiang-ngiang di benak saya. Tapi itulah kenangan manis saya dengan manusia bernama ibu.Seboleh-boleh dia akan menggembirakan saya.

Si ayah sangat garang ketika saya masih kecil.Semuanya gara-gara abang saya yang nakal.Mula-mula dia kata pada ayah saya dia ingin pergi belajar main kompang dengan arwah pak cik saya.Hari demi hari,lain pula jadinya.Dia entah kemana.Bersama kawan-kawan mat rempitnya. Saya pernah lihat banyak kali abang dilibas dengan tali pinggang oleh ayah. Tapi ayah sabar bila dirayu emak. Sejak hari itu,saya sangat taat kepada ayah dan ibu.Saya berjanji tak nak jadi anak yang nakal.

Sayang ayah tidak habis disitu.Dia pernah cerita kepada saya bahawa dia memang panas baran sejak muda.Namun,kerana nenek (mak kepada mak saya) ayah mula berubah.Nenek selalu menasihati ayah supaya berlemah lembut dengan kami barangkali. Tapi,dalam semua perkara,ayah paling marah jika kami adik beradik tidak solat.Saya hampir dirotan kerana malas solat.Pernah terdetik di hati saya, sebelum ayah balik keja dan sebelum ayah tanya, saya mesti akan solat.Pernah suatu ketika,saya solat sebelum masuk waktunya!

Cinta ayah dan ibu dan kasih mereka.Saya akan ingat.Kerana dari mereka,jadilah saya pada hari ini.Anak yang mencari cinta tuhannya.Saya pernah menangis ketika memeluk ibu dan ayah saya.Semuanya atas program sekolah SBPI. Walaupun ia hanya program,tapi cukup untuk menyedarkan saya atau memberi peluang kepada saya mengucapkan kata sayang dan maaf dari lubuk hati saya yang ikhlas.

Semuanya saya sedar ketika saya sudah hampir menjengah umur 20-an.Betulah kata pujangga, umur mematangkan manusia.

Mendidik Insan Bernama Khalifah

Itulah bagaimana saya dididik di rumah.Mungkin kebanyakkannya lucu belaka tapi dalam ketawa biar ada hikmahnya.

Merujuk kepada post saya sebelum ini, Ada Apa Dengan Manusia? Saya cuba menekankan bahawa antara 4 faktor dalam diri manusia iaitu ilmu,maklumat,kemahiran dan sikap ialah antara faktor menjadikan seseorang itu berjaya. Namun sikap yang paling utama.

Kita runsing kenapa hari ini begitu ramai remaja dan kanak-kanak yang terlibat dengan masalah sosial dan kita terfikir di mana silapnya. Saya sangat-sangat menyokong masalah sosial remaja dan kanak-kanak bermula di tempat asalnya.Rumah.
Perlu diingat,kanak-kanak ialah insan yang baru bertateh mengenal dunia. Saya teringat akan satu ungkapan yang saya cipta sewaktu bersiar-siar di keliling kolej pada suatu hari.

“Kelahiran bayi yang lahir di muka bumi ini samalah seperti sepohon pokok yang segar tumbuhnya,semakin kanak2 itu membesar, bersamanya tumbuh sikap mazmumah.samalah seperti si pohon yang padanya terdapat daun busuk dicelah-celah daun hijau yang merimbun.sikap mazmumah itu tidak akan gugur melainkan ia gugur seperti gugurnya daun2 busuk tadi.namun,daun sukar untuk gugur dgn sendirinya melainkan ia dipetik oleh manusia yang peduli hatinya.”

Benar atau tidak bahawa manusia itu semuanya sama seperti pohon yang saya katakan tadi. Itulah fitrahnya,manusia lahir ada mahmudah dan ada mazmumah dalam dirinya. Cuma, manusia yang peduli hatinya yang tidak wujud dalam masyarakat kita.Sedar atau tidak,masyarakat Malaysia pada hari ini terkena penyakit ‘Aku Tidak Pedulisme’.

Biarlah anak tu tak pakai tudung.Biarlah dia keluar dengan kawan-kawan dia.Biarlah dia nak bercinta dengan siapa.Biarlah. Itu sahaja yang selalu manusia ungkapkan dan kemudian harinya menyalahkan si anak. “Kenapa kau ni degil sangat ha? Kau tak malu ke kena tangkap berzina? Kau tak kesian pada keluarga yang menanggung malu?” Sedangkan keluarga yang tidak peduli menyebabkan si anak rosak binasa. WHAT YOU GIVE IS WHAT YOU WILL GET.

1 comment:

  1. aku tidak pedulisme??>>hm..cam penah dengar jek..point usrah akhirnya diabdikan kt snie...gud2..^^

    nice post..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails

Popular Posts