Sunday, October 10, 2010

Bertakteh Erti Sebuah Cinta



Ketika di sekolah rendah.Paginya saya ke sekolah kebangsaan dan petangnya pula ke sekolah rendah agama.Saya suka belajar di sekolah agama.Ustazahnya baik sangat dan saya selalu dimanjakan.Saya seronok belajar bahasa arab,fikah,sirah nabawi,tilawah quran,tauhid,akhlak,jawi dan khat. Di sebelah petangnya pula saya akan membaca Al-Quran bersama Ustazah Rahimah.Rahimah.Indah bunyinya seindah maknanya iaitu rahmat.Saya rindu pada wajah itu.Wajah yang mengajar saya membaca dan mengenal ayat quran.Beliaujuga guru yang pandai melukis untuk muridnya agar mereka bersungguh belajar nama haiwan dalam bahasa arab.

Sungguh,walaupun ketika masih kecil.Saya pernah hampir terjebak dengan cinta.Cerita drama yang ditayangkan ketika zaman itu ialah Romeo and Juliet gandingan Umi Aida dan Ahmad Idham.Cerita cinta dua manusia. Tanpa saya sedar,saya sendiri cuba mencari cinta manusia.

“Nan,ko minat kat sesapa tak?” Tanya seorang sahabat saya.

“Tak da,”saya menyangkalnya.

“Tak payah bohong la.Aku tau kau suka budak perempuan tu kan? Setiap kali ustazah suruh tulis nama sapa buat bising dalam kelas,mesti kau tak tulis nama dia walaupun dia buat bising.”

“Aku kesian je.”

Saya dahulu buta cinta.Saya pernah suka pada si dia bernama hawa.Suka atau cinta tidak pasti.Namun perasaan itu ada.Perasaan untuk menyayangi dan disayangi.Sehingga satu masa aku sedar rupanya aku membuang masa.Mana mungkin tidak saya dapat larikan perasaan ini.Di sekolah rendah kebangsaan pun akan berselisih dan di sekolah agama pun kami sekelas.

Di rumah, ayah selalu bertanya.Yang budak perempuan kawan ngan adik tu sapa nama? Duduk mana? Saya menjawab namun dalam keadaan endah tak endah.Bukankah ia sepatutnya rahsia saya.Datang si emak dari dapur.

“Adik jangan nak bercinta-cinta lagi.Belum sampai masanya lagi.Belajar tinggi tinggi dulu.Pastu dah keja baru kahwin.Jangan nak menggatal ye,” Aku hanya mengangguk. Sejak itu,aku padamkan niat berkasih-kasih itu.Niat kononya untuk berkenal-kenalan itu.

“Kau tak suka kat dia nan?”

“Tak.Aku dah berazam kat diri aku.Aku nak belajar tinggi-tinggi dulu.Ada keja.Pastu aku tak nak cinta-cinta.Aku kenal je latar belakang dia baik.Aku kahwin.Aku tak nak berzina!” meski masih kanak-kanak,ayat la taqrabuzzina itu selalu aku dengar entah dari mana sehingga aku hafal.

Saya seorang manusia yang berat mulut.Saya suka bermain dengan beberapa orang sahabat yang rapat dengan saya sahaja.Tidak bersosial dengan orang lain.Saya dulu anti budak nakal! Sebaik mana pun seseorang ,dia mesti pernah membuat salah.Saya pernah dicubit di kelas bahasa inggeris oleh guru yang paling garang ketika itu kerana tidak siap homework dan saya pernah dirotan ustazah kerana bermain di luar kelas. Tetapi pengalaman mengajar saya untuk lebih teliti dalam membuat tindakan.

Suatu ketika,ketika saya masih dalam dilemma cinta kanak2..cinta monyet..Ustazah rahimah berborak dengan saya selepas abis kelas. Masih terpahat kata-kata dia dalam memori saya.

“Tundukkan pandangan bila berjalan.Awak tengok kalau ada sampah awak tolong kutip.”

“Kenapa tak boleh pandang atas ustazah?” Tanya saya.

“Sebab ustazah tak nak anak didik ustazah tengok maksiat.Tengok dosa.Awak tahukan,perempuan terutamanya.Seluruh tubuh mereka aurat kecuali muka dan tapak tangan.Kalau kamu renung mata mereka,pasti kamu akan terpedaya dengan cinta pandang pertama.Kalau mereka tidak menutup aurat dengan sempurna,kamu pula yang berdosa.Faham?” saya mengangguk dalam kebingungan bersama hati seorang kanak-kanak yang taat pada gurunya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Popular Posts