Sunday, October 31, 2010

Sakit Itu Ujian, Sihat Itu Pun Ujian



"Innalillah.Syazwan masuk ICU? Tadi elok je dia berlari?" kata saya kepada seorang sahabat.

"Ntah.Aku pun tak tau.Dalam 200m nak sampai penamat dia jatuh pengsan,"

Musibah itu berlaku secara tiba-tiba.Tanpa sebarang isyarat mula.Tanpa kita minta.

Sahabat juga ahli usrah saya dimasukkan ke ICU Slim River pada petang itu.Dehydration ketika marathon antara punca buah pinggangnya berhenti berfungsi seterusnya menyebabkan heat stroke.Sedih saya melihat sahabat itu terbaring di atas katil putih.Bersamanya dua orag doktor sedang memeriksa manakala seorang jururawat sedang sibuk membasahkan badan Syazwan dan menggantikan tuala basah di badannya.Suhu naik dengan sangat cepat.Tekanan darahnya tidak stabil.

UJIAN ITU TIDAK MENGENAL MANUSIA

Tanpa kita sedar, tuhan sentiasa menguji kita. Nikmat sihat itu satu ujian meski kita tidak merasainya.Dan sakit itu satu ujian tanpa kita menyedarinya.

Ramai diantara kita yang tuhan kurniaankan tubuh badan yang sihat, tetapi sesetengah mereka sangat tidak mensyukurinya dengan sanggup menjadi Tentera Berani Mati.Rokok merbahaya? tak kisah.Tak hisap sehari rasa tak puas.Tak pa.Hisaplah lagi sampai paru-paru sudah pedih.Biar badan sudah tidak mampu berdiri.Masa tu mungkin dah puas dah hisap rokok.

Nikmat sihat yang tuhan bagi percuma tu selalu dipersia-siakan.

Jom pegi surau.Jom baca Quran.Jom dengaR Tazkirah.Ucapan yang kadang kala berulang kali diucap.Namun jawapannya,

Kau pegilah.Aku nak belajar kejap.Ah,malasla.Aku solat kat bilik je.Dapat apa duduk surau? Baik lepak cafe.

Kadang-kadang darah daie berderau tetapi saya faham.Hidayah itu bukan milik hamba tetapi milik tuhan.Apalah kudrat yang saya ada melainkan berkata-kata dan mencoret kata.

Kita kadang kala panas apabila menerima kritikan dan reaksi yang sangat negatif.Namun,kalau kita diletakkan dalam situasi mereka,mungkinkah tidak kita juga akan bercakap begitu?

Setiap kali saya melihat orang tua melintas atau berada di sekeliling,sering kali saya katakan pada diri.Sampai satu masa,saya akan menjadi seperti mereka sama ada saya mahukan atau tidak.Dan setiap kali satu jenazah dimasukkan ke liang lahad walaupun dalam drama TV3,hati saya selalu kata,itulah saya suatu hari nanti.Dia akan datang walaupun saya tidak meminta.

Seperti kata Rasulullah,mafhumnya.

"Cukuplah mati itu menjadi peringatan bagi kamu"

Cuba kita lihat,walau siapapun dia.Baik yang menjaga agamanya atau tidak,apabila salah seorang ahli keluarganya meninggal dunia, pasti Imam juga yang akan dipanggil untuk menguruskan jenazah.Ketika diri susah,barulah imam dan ustaz dicari.Ketika itulah hati mula berharap pada ilahi.

Namun hati mana yang mampu kembali apabila diri sudah jauh dari si pemilik hati?

Tatkala itu Allah berbicara dalam kitab sucinya,mafhumnya.

"Ketika kau datang padaku sejengkal,aku akan datang padamu sehasta.Kau datang padaku sehasta,akan aku datang padamu sedepa.Dan jika kau datang padaku berjalan, aku akan hadir padamu dengan berlari."


No comments:

Post a Comment

There was an error in this gadget
There was an error in this gadget
Related Posts with Thumbnails

Popular Posts