Thursday, November 4, 2010

Andai Kau Pergi Hilanglah Arahku


Andai Kau Pergi Hilanglah Arahku

Gamabar dari kanan:hafidzi, arwah Syazwan dan Razin

Andai kau pergi,
Andai kau pergi,
Andai kau pergi hilanglah arahku,
Jangan kau pergi,
Usah kau pergi,
Andai kau pergi hampir pasti
Berteman pilu sepanjang hayatku...

“Bagus do idea kau.Aku suka.Aku suka,” itulah kata arwah Syazwan Asyraf yang paling saya ingat.

Mungkin saya terlalu sedih untuk mencoretkan kata.

Hati terlalu letih untuk bersuara,lidah sudah kelu untuk berbicara dan semangat sudah hilang entah ke mana..

Namun,mungkin satu yang saya pinta kepada pembaca setia.Doakanlah dia, arwah Syazwan Asyraf,meski kau tak mengenalinya,meski kau tak penah bersua,kerana hakikatnya dia adalah saudara sekandung kita yang asalnya sama, dari Nabi Adam alaihisalam.

Satu hari Rasulullah dan para sahabat berjalan menziarahi kubur.Baginda berkata,

“Salam sejahtera buat penduduk tanah perkuburan,”

Kemudian,Rasulullah berkata,

“Aku rindu kepada saudara-saudaraku,”

“Bukankah kami saudara-saudaramu ya Rasulullah?” kata para sahabat.

“Kamu adalah sahabat-sahabatku dan mereka adalah ahli keluargaku,”

“Siapakah saudara-saudaramu yang kau rindui itu ya Rasulullah?” tanya para sahabat.

“Mereka ialah orang yang tidak pernah berjumpa denganku tetapi beriman dan mengamalkan sunnahku,”

Tahukah saudara dan saudari budiman sekalian? Nabi terlebih dahulu merindui kita sebelum kita dilahirkan ke dunia lagi!

Allahumma solli ala saidina Muhammad waala ali Muhammad.

Salam junjungan buat Nabi yang dicintai.Salam sayang buat Nabi yang berjuang bermati-matian untuk agama Islam yang kami anuti dan kami cintai...

1 comment:

Related Posts with Thumbnails

Popular Posts