Tuesday, November 16, 2010

Islam Sebelum Islam?



Ketika saya membaca surah Yusof yang membicarakan tentang ‘Ahsanal Qasas’ yakni kisah yang terbaik yang Allah wahyukan di dalam Al Quran, saya tersentak apabila berhenti pada ayat 101.

Ia menimbulkan persoalan dalam diri saya,adakah ada Islam sebelum Islam yang kita anuti pada hari ini?

Islam yang saya maksudkan ialah Islam Pilihan dan bukan Islam Warisan seperti sebilangan masyarakat kita yang Islam pada IC tapi Islam dalam diri tidak diketahui pasti.

Ayat 101, Surah Yusuf.Maksudnya,

"Wahai Tuhanku! Sesungguhnya Engkau telah mengurniakan daku sebahagian dari kekuasaan (pemerintahan) dan mengajarku sebahagian dari ilmu tafsiran mimpi. Wahai Tuhan yang menciptakan langit dan bumi Engkau Penguasa dan Pelindungku di dunia dan di akhirat; sempurnakanlah ajalku (ketika mati) dalam keadaan Islam, dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh"

Nabi Yusuf berdoa kepada Allah agar dikurniakan mati dalam keadaan Islam!

Jadi, Islam yang kita anuti pada hari ini,bukanlah agama yang baru tetapi ia adalah agama yang telah diwahyukan sejak moyang kita Adam alaihissalam.

Sahabat saya Luqman memperkukuhkan hujah ini dengan memberikan saya tafsiran surah Al-Baqarah ayat 133.

Allah berfirman,

“Adakah kamu hadir ketika Ya'kub kedatangan (tanda-tanda) maut, ketika ia berkata kepada anak-anaknya: "Apa yang kamu sembah sepeninggalku?" Mereka menjawab: "Kami akan menyembah Ilah-mu dan Ilah nenek moyangmu, Ibrahim, Isma'il, dan Ishaq, (yaitu) ilah Yang Maha Esa dan kami termasuk dalam kalangan orang-orang Muslim". (QS. 2:133)

Perkataan akhir dalam ayat ini menyatakan Nabi Yaqub,Ismail,Ibrahim dan Ishak Alaihissalam ialah Muslimuun iaitu orang-orang muslim! Subhanaallah.

Mungkin hanya saya yang teruja dengannya kerana ini ilmu yang sungguh sukar untuk saya belajar.Tetapi pada hari ini Allah memberikan hidayah agar surah Yusuf itu saya buka dan isinya dikongsi bersama sahabat semua.

Hebat bukan? Al-Quran mukjizat terbesar itu sentiasa ada dekat dengan kita tetapi kita memandangnya dengan bersahaja sedangkan umat terdahulu memandang mukjizat itu satu benda yang sangat mengagumkan.

Wahai manusia alpa manusia leka,Al-Quran itu mukjizat yang paling hebat.Kenapa kau tidak mahu membaca dan memahaminya?



Hmm.Mungkin selepas ini boleh dikongsikan terjemahan surah Yusof secara detail?

Insyaallah,doa-doakan ya! Moga diberikan kelapangan masa untuk memacu diri dalam urusan agamaNya.^^

1 comment:

Related Posts with Thumbnails

Popular Posts