Wednesday, October 6, 2010


Mahalnya Sebuah Pengalaman

“Insyaallah.Usrah kita kali ni,yang pertamanya,kita akan bertaaruf dengan semua ahli kumpulan.Kalau boleh beritahu nama,nama panggilan dan ceritakan pengalaman yang tak dapat dilupakan,”kata saudara Isa’,seorang graduan dari Imperial Universiti di London.

Belum sempat Isa menyambung ucapnya.Saya mengangkat tangan.

“Boleh saya mulakan dulu?” Semua terdiam.Terkejut memandang reaksi saya.Isa mengiyakannya.

“Saya Muhammad Hannan.Boleh panggil hannan.Asal Gombak, Selangor.Adik beradik 3 orang dan saya yang bongsu.Alhamdulillah.Ayah dan ibu masih sihat dan bekerja di jabatan kerajaan.Sekolah lama SBPI Kubang Pasu.”

“SBPI? Apa tu?” seorang sahabat bertanya.

“SBP Integarsi.Bukan integrasi kaum tapi integrasi 3 aliran sains.Tulen, Agama dan Teknikal.Saya dulu bidang teknikal.” Mereka mengangguk.

“Pengalaman saya.emmm.Saya suka cerita kisah diri saya yang satu ni pada semua orang.Bagi setengah-setengah orang, mungkin orang gelar saya SS (Syok sendiri), tapi asalkan ia bermanfaat saya pasti akan menyampaikannya.Yelah.Satu kajian dibuat.Sebenarnya,manusia ini suka jika diberikan peluang untuk menonjol diri atau kata lainnya berkongsi.Manusia mana tak suka memberi? Manusia mana yang lebih bahagia jika diberi peluang berkongsi dan menyimpan sendiri?”

“Saya belajar di sek rendah kebangsaan di Gombak.Result UPSR saya 4a dan 1b.B saya bahasa Inggeris sebab saya tak suka bahasa inggeris.Saya bercita-cita masuk sekolah asrama,tapi SBP yang pada masa itu baru saya ketahui tidak menerima result 4a.Saya agak kecewa dan saya katakan pada ayah saya,yang saya nak belajar hidup berdikari.Saya nak duduk asrama.”

“Bulan 7 2004.Ibu saya di Kementerian Pelajaran memberitahu saya tentang sebuah sekolah yang baru dibuka.Lokasinya.Kedah darul Aman.Saya dalam dilema.Memang kuat keinginan untuk berdikari tapi takkan sejauh itu? Saya bermonolog sendirian.Dan ia berlaku dengan pantas.Tanpa saya sedar.Saya akhirnya menjejakkan kaki di bumi Bukit Kayu Hitam.Tanah di hujung Malaysia tercinta.”

“Lima tahun saya belajar di SBPI sehinggakan lidah seorang orang Selangor sejati bertukar menjadi lidah anak Kedah.Setelah saya renung balik,rupanya banyak pengorbanan yang saya lakukan untuk menuntut ilmu.Berulang alik dari Selangor ke Kedah yang memakan masa hampir 6 ke 7 jam amat memenatkan.Namun itulah perjuangan paling besar dalam hidup saya.Di akhir tingkatan lima, keputusan SPM diumumkan dan Alhamdulillah saya berjaya mendapat 10A dan 1B dan B saya ialah bahasa Inggeris.”

“Satu perkara yang tertanya-tanya sehingga ke hari ini.Meskipun saya benci terhadap bahasa Inggeris,namun,Allah masih letakkan saya di KYUEM ini untuk melanjutkan pelajaran ke UK.Mengapa Allah mengatur semua ini.Demi Allah yang nyawaku di tangannya,Dia lebih mengetahui.”

Firman Allah,

“Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan), sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadikamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu.Dan ingatlah,Allah jualah yang mengetahui, sedang kamu tidak mengetahuinya” Al-Baqarah ayat 216.

Namun saya percaya,ada hikmah pada setiap perkara di sekeliling.Mana mungkin Allah jadikan sesuatu tanpa tujuan sedangkan sekecil-kecil semut sehingga sebesar-sebesar matahari mempunyai fungsi dan tujuan mereka diciptakan.Subhanaallah.

3 comments:

  1. ak suka entri ni hannan.mmg sepatutnya mendidik hati dr kecik.bila da besar,nk ubah benda2 yg da biasa buat susah sikit.tp still boleh ^_^ kim salam kt ustazah ko.ngeh3 :P

    ReplyDelete
  2. thanks..ko kena baca balik..aku baru edit..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails

Popular Posts