kenangan terakhir bersama rakan-rakan sekolah.rindu saat ini...
"Cikgu, saya tension la cikgu.Budak-budak batch saya tu,saya dah tak tau nak buat apa dah.Ketega' sangat.Budak-budak junior boleh la saya basuh,budak yang sebaya saya,apalah yang saya boleh buat," saya mengeluh pada Cikgu Mahazan,guru kaunselor saya di Sbpi Kubang Pasu dahulu.
"Hannan,senang je.Awak dan semua kawan-kawan awak ialah remaja yang sedang mencari identiti diri.Alhamdulillah.Awak berfikiran lebih dewasa dan mencari identiti yang ada pada awak hari ini.Tapi Hannan,awak dan kawan-kawan awak yang lain takkan sama kerana Tuhan ciptakan manusia berbeza-beza.Dalam umur awak ni,menjadi perkara biasa untuk mencuba perkara baru dan nakal.Semuanya untuk mencari identiti diri.Jadi sebenarnya,awak tak perlu risau pun," dia tersenyum pada saya.
Saya mengetuk kepala.Rasa sangat lembab dan bengap.Mudah sebenarnya jawapan bagi persoalan yg menghantui saya.
Sejak itu,saya fikir,betapa bodohnya manusia menilai keadaan tanpa ada ilmu...
Selalu saya terfikir kata-kata seorang Murabbi..katanya,
"Begitu ramai cerdik pandai yang memilih bidang untuk membangunkan teknologi..misalnya arikitek,jurutera,doktor,peguam dan sebagainya.Namun,mengapa golongan ini tidak memilih untuk menceburi bidang pembangunan manusia? Setelah bersepah dan bernanah masalah sosial di dalam masyarakat, masing-masing menuding jari pada kerajaan dan badan-badan Islam.Persoalannya,mengapa tidak dituding jari pada diri sendiri?"
Saya sering memikirkan persoalan sejarah yang diungkapkan oleh sejarawan.
Tamadun Greek yang dahulunya begitu gah dengan falsafah dan pemikiran yang tinggi, akhirnya musnah..sebabnya? Pemikiran hebat tak semestinya Akhlak pun hebat..tamadun Greek musnah kerana Akhlak dan moral manusianya punah..
Pengalaman saya di sekolah SBPI telah mengetuk hati saya untuk merubah pelajar dan manusia lain umumnya.Saya fikirkan subjek psikologi sangat penting dalam melatih Akhlak pelajar.
Psikologi jika digabungkan dengan sejarah,maka barulah intipati sejarah itu dapat diambil dan diserap pati manisnya sejarah itu.
Sebagai contoh,saya ambil dari kisah hijrah yang disampaikan oleh Ustaz Gunawan di Masjid T.Harmonis tempoh hari.
"kita belajar sirah bukan untuk hafal tarikh,masa,tempat..tetapi untuk kita rasa apa yang Nabi rasa waktu tu.7 kali Nabi paling ke Kaabah waktu Nabi nak berhijrah.Bayangkan rasa sayu Nabi waktu itu"
Kalau kita melihat peristiwa nabi berpaling ke arah kaabah sekadar dari mata kasar,maka kita melihatnya sebagai hanya satu pengorbanan tanpa sebarang erti yang mendalam.Sedangkan Nabi merasai lebih dari itu.
Insyaallah.Saya cuba menyiapkan sebuah kajian tentang masalah akhlak pelajar dan bagaimana kita mampu merubah mereka dengan usaha kita.Sesudah itu,berdoa dan bertawakal pada si dia..kerana kita hanyalah hamba dan Tuhan punya kuasa merubah segalanya..
Sejauh mana impian dan cita-cita saya ini saya pun masih samar-samar.Namun, saya yakin apa pun usaha untuk mencari redha Dia,Dia akan bersama saya..Insyaallah...
Moga dimudahkan.. Amin.
ReplyDeletep/s : Cabaran sebagai pendidik ni bukan senang. Bila kita berada kat tmpatnya, baru kita faham.. n_n
hanan!! Bukak syarikat consultancy nanti aku hantar anak aku kat tpt ko! (bagi free dah ah..harga kawan..haha)
ReplyDeleteckin: amin..thanks^^
ReplyDeleteck: kawan2 la aku nak charge lebih sikit...hehe