Tuesday, December 7, 2010

Kisah Terbaik Dalam Al-Quran (bahagian 1)

Bismillah.Segala puji bagi Allah.Moga apa yang disampaikan ini,jika ada yang kurang,kau ampunkanlah pemilik hati ini.Jika ada kebaikan walau sekecil zarah,dengan belas kasihMu,kau terimalah ya Allah.

Kisah Nabi Yusuf di dalam surah Yusuf ialah kisah yang terbaik dalam Al-Quran.Tak percaya? Baiklah, saya datangkan buktinya.

“Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) seindah-indah kisah dengan jalan Kami wahyukan kepadamu Al-Quran ini, padahal sebenarnya engkau sebelum datangnya wahyu itu, adalah dari orang-orang yang tidak pernah menyedari akan halnya” surah Yusuf ayat 3.

Di dalam ayat dalam surah Yusuf,kalau kita perhatikan ayat 3,Allah menggunakan perkataan “Ahsanal Qasas” yang bermaksud,sebaik kisah.Menarik bukan? Sebelum ni anda mungkin tak tau,dan saya juga.Tetapi bukankah baik jika kita berkongsi dengan orang lain? ^^

Sebelum saya meneruskan coretan yang lebih lanjut tentang kisah ini,kita tengok pada ayat ke 2 dalam surah Yusuf.

“Sesungguhnya Kami menurunkan kitab itu sebagai Quran yang dibaca dengan bahasa Arab, supaya kamu (menggunakan akal untuk) memahaminya” surah Yusuf ayat 2.

Saya suka untuk membincangkan topik Bahasa dalam hal ini iaitu bahasa Arab.Tahukah anda bahawa bahasa Arab ialah bahasa paling awal wujud dalam sejarah manusia? Dari manusia pertama,Nabi Adam alaihissalam.

Telah banyak bahasa yang telah pupus di muka bumi ini kerana bahasa yang lebih majoriti penggunaannya akhirnya mengurangkan bilangan orang yang mampu berbicara dalam bahasa ibunda mereka.Misalnya,Chamicuro di Peru,Dumi di Nepal,dan Tanema di kepulauan Solomon.

Namun bahasa Arab ialah bahasa yang tidak akan pupus di muka bumi ini.Ini kerana bahasa Arab digunakan pakai di dalam Al-Quran seperti mana yang telah Allah berfirman dalam Al Quran bahawa kitab ini akan dipelihara olehNya sampai ke hari Kiamat kelak.Hebat bukan bahasa Arab? ^^

Seterusnya,jika dilihat secara umum,Nabi Yusuf menghadapi pelbagai mehnah dan halangan dalam rentetan hidupnya.Namun,meletakkan Allah dalam di lubuk hatinya menguatkan dirinya bahawa apa sahaja yang berlaku pasti ada hikmah dan kebaikkan.Nabi Yusuf tidak pernah sekali berprasangka buruk pada Allah.

Namun hari ini,apabila kita diuji dengan sedikit kesusahan,kita mula mempersoalkan keadilan tuhan.Ketika diri tidak mahu berubah,kita mengatakan Tuhan masih belum beri hidayah untuk kita berubah.Kita berprasangka buruk dengan Allah tanpa kita sedar.Sedangkan kita punya akal dan iman untuk berfikir..Astaghfirullah.

Dan ingatlah,

“Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.(Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.” Surah As Syarh ayat 5 dan 6

Dan dalam Al Quran sendiri menyatakan bahawa setiap kesusahan itu akan disertai dengan kesenangan.Jadi,jika berhadapan dengan kesusahan,berhentilah mengeluh dan berprasangka baiklah pada Allah.^^


[7]
Demi sesungguhnya! (Kisah) Nabi Yusuf dengan saudara-saudaranya itu mengandungi beberapa pengajaran bagi orang-orang yang bertanya (tentang hal mereka untuk mengambil iktibar).

Dalam Al-Quran,Allah menurunkan ayat ini,memberitahu manusia bahawa begitu banyak pelajaran yang boleh diambil dari Al Quran.Ianya tidak habis di situ tetapi bersambung dengan ayat bagi orang-orang yang bertanya tentang hal mereka untuk mengambil iktibar.

Ramai di kalangan kita,memandang Al-Quran sebagai kitab suci semata-mata.Tiada yang hebat padanya.Sesetengahnya sangat mngaguminya kerana itu ialah mukjizat yang wujud secara jelas dan nyata dari zaman dahulu sehingga sekarang.Nah,anda dikalangan mana?

Kadang-kadang kita membaca tafsir Al-Quran tetapi malangnya kita tidak pernah berfikir disebalik kata-kata itu unutk mengambil iktibar.Alangkah malangnya bagi kita. (Lain kali belajar bahasa Arab =.=” )

Akan bersambung..Insyaallah.doakan diberikan kekuatan oleh Allah^^

4 comments:

  1. eh2, da guna ccolour font nmpk? :P heee.

    ReplyDelete
  2. betulkah bahasa arab merupakan bahasa pertama??mner tau nie???just curious....

    ReplyDelete
  3. rujukan majalah i- isu disember 2010^^

    ReplyDelete
  4. dari majalah i..merujuk kepada Al-Quran: "Allah telah mengajar Adam pengetahuan tentang segala nama" (Al-Baqarah ayat 31).
    Dari dalil ini,mereka berpendapat bahawa nama2 benda dan berbagai hal telah diajarkan Allah kpd Adam dalam bahasa Arab.Bahkan wujud sesetengah pengikut pendapat ini yang mengatakan bahawa huruf Arab telah dikuasai oleh Adam tanpa belajar dan dianggap sebagai sebuah mukjizat.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails

Popular Posts