Thursday, December 2, 2010

Ingat Lima Sebelum Lima : Syukur atau Kufur?



Pagi itu bersama Ustaz Nizam,kami didedahkan dengan hadis tentang 5 sebelum 5.Korang tau apa benda lima sebelum 5 tu?

“Ingatlah lima perkara sebelum datang lima perkara”

Sihatmu sebelum sakitmu

Mudamu sebelum Tuamu

Kayamu sebelum Miskinmu

Lapangmu sebelum Sempitmu

Hidupmu sebelum Matimu....

Alhamdulillah.Kita semua yang masih sihat ini Allah kurniakan nikmat kekuatan rohani dan jasmani untuk berpijak dan meneroka alam ciptaan Tuhan.Betapa ramai yang Allah tarik nikmat sihat itu kerana pertama mereka mengkufurinya dan kedua sebagai ujian Allah untuk hambanya.

Betapa ramai hari ini tubuhnya yang sihat digunakan untuk hadir berjemaah di surau?

Betapa ramai hari ini akal yang sihat digunakan untuk berfikir untuk membangunkan manusia dan Islam?

Betapa ramai hari ini mata yang sihat digunakan untuk melihat dan menilai dengan hati dan Iman tentang ciptaan tuhan dan mukjizat Al Quran? Atau adakah kebanyakkanya habis dengan melihat cerita ciptaan manusia yang tidak sempurna?

Betapa ramai hari ini Allah beri nikmat mulut yang sihat untuk berkata baik dan menyuruh kepada maaruf dan mencegah yang mungkar?

Akal yang sihat sentiasa meletakkan Allah pertama dalam hatinya.Dan jika akal dan jiwa yang sakit, sebenarnya manusia itu ada masalah dengan Tuhannya.Percayalah! dan Kembalilah! Dia tidak pernah berpaling dari kau meski segunung dosamu ketika bertemu dengan Dia wahai sahabat.

Astaghfirullah.Aku pun tidaklah termasuk dalam golongan yang masa sihatnya betul-betul dimanfaatkan.Tapi,bukankah lebih baik aku menyampaikan dari membiarkan nasihat ini mati bersama jasad ditelan zaman?

Aku bersyukur Allah beri aku nikmat sihat.Dan bersyukur masih mampu beribadat dengan sempurna tatkala melihat ramai yang telentang sakit di hospital.Sehinggakan terpaksa orang lain mewudukkan diri mereka..adakah ketika itu baru aku menyesal ketika nasib sama seperti mereka kelak..?

Astaghfirullah...

1 comment:

Related Posts with Thumbnails

Popular Posts