Saturday, December 11, 2010

Tolong Ibu Kena Tampar?!




Bismillah.

Seorang kanak-kanak sedang berada di dapur.Dia mundar mandir disekitar sinki yang sarat dengan pinggan mangkuk yang kotor.Lalu,dia cuba menggapai paip sinki tetapi tidak kesampaian.Ketinggiannya menghalang tindakannya itu.

Lalu dia terfikirkan satu idea.

Pinggan mangkuk yang kotor dialihkan ke lantai.Dia ke tandas lalu mengambil sebaldi air dan berjalan semula ke pinggan mangkuk yang kotor.Dicurahkan air di dalam baldi ke arah pinggan mangkuk yang bersepah di lantai.Luncai dapur.

Si ibu menjenguk ke dapur melihat kejadian itu.Panas hatinya tidak terkata.Dia hilang kata-kata.Sedangkan si anak tidak perasan ada mata yang memerhatikan tindak tanduknya.

Tiba-tiba kedengaran satu suara dari ruang tamu.

"Saya dah pulang,"kata si Ayah.

Si anak terus berlari meninggalkan dapur dan memeluk ayahnya.Lalu dia berkata,

"Ayah,saya anak yang baik."

Si ayah pelik dengan kata-kata anaknya itu.Si ibu yang berhampiran menggeleng-gelengkan kepala.Kemudian si isteri menceritakan segala-galanya kepada suaminya.Si suami juga menggeleng-gelengkan kepala tanda sedikit hampa.

Kemudian,dia bertanya kepada si anak.

"Apa yang telah kamu lakukan?"

Si anak berkata, "Saya tolong mak di dapur.Tolong mak basuh pinggan"

"Abis,kenapa tak basuh di singki?"

"Saya tak tinggi.Tak sampai nak buka paip air."

Si ayah mengangguk.

"Lain kali kalau adik nak tolong mak basuh pinggan, cakap kat mak,biar mak letak bangku supaya adik boleh buka paip dan basuh pinggan.Boleh? Ok?" si ayah memberikan cadangan sambil tersenyum.

"Ok." si anak juga tersenyum.

Ini adalah sebuah kisah yang saya petik dari sebuah buku.Menceritakan bagaimana seorang anak dilayan oleh ibu dan bapanya.

Kalau diikutkan amarah hati,si Ibu boleh sahaja menampar si anak.Tetapi...apa pengajaran yang si anak akan dapat? Kalau tolong Ibu,nanti kena penampar..Betul? Ya..betul..

Tetapi pendekatan yang diambil oleh si ayah,berjaya mengubah pandangan yang si anak akan terima.Dia akan lebih rajin dan bersemangat untuk membantu ibu di dapur.

Kisah yang sangat ringkas tapi penuh nilai di dalamnya.Saya tidak mahu mengupas.Anda fikirlah sendiri ibrah dari kisah ini..

sekian sahaja untuk kali ini.Nak balik kampung..bye! salam^^

2 comments:

Related Posts with Thumbnails

Popular Posts