Sunday, December 5, 2010

1001 Cabaran Daie


"Kenapa u ni? U dah lain sekarang ek? kenapa u layan i tak sama dengan u layan perempuan lain.Apa beza i dengan perempuan-perempuan kolej lain? I ni jahat sangat ke?"

Ahmad terdiam. Fikirannya ligat memikirkan mesej yang baru diterimanya.Jauh dari sudut hatinya berbisik,

"Betul ke apa yang aku buat ni? Adakah ini cara dakwah yang betul? Aaargh...Bukan tak pernah aku menasihati dia.Setiap kali dia lambat ke kelas, aku mesej suruh dia cepat sikit.Bila ada program agama kat surau,mesti aku mesej dia.Ajak dia sama-sama hadir.Niatku tak da lain.Nak mengajak kawan-kawanku kembali dekat kepada Allah.Namun kenapa manusia mudah salah tafsir?

"Dia minta aku nasihat dia sebab dia kata dia nak berubah.Aku cuba nasihat dia.Kadang-kadang aku tegur dia pakai baju jarang ke kelas.Aku tegur dia pakai tudung tapi tak pakai anak tudung.Sudah berulang kali.Aku pelik.Bila aku tanya dia tahu tak bagaimana tutup aurat sempurna.Dia kata dia tahu.Semuanya aurat kecuali muka dan tapak tangan.Kena pakai stoking,kena pakai handsock kalau suka senteng lengan dan tudung mestilah labuh menutupi dada.Tetapi aku pelik.Kenapa meski dia tahu tapi dia tidak menutup aurat dengan sempurna?

“Adakah perlu aku berhentikan persahabatan ini.Kalau ya bagaimana? dan apa akibatnya?” Ahmad bingung.

Jari-jari Ahmad menari dengan pantas di atas papan sesentuh telefon bimbitnya,

"Salam.Maafkan i.Setelah i fikir-fikir balik.I rasa apa yang i buat ni dah lebih dah.Meski kita adalah kawan tapi sebetulnya i laki dan u perempuan.Dan ada benteng antara kita berdua.I rasa i nak jaga hati i.Jadi,maaflah.Mulai hari ini, i takkan amik berat pasal u lagi.Jaga diri dan berubahlah perlahan-lahan." mesej dihantar.

Ini ialah sebuah cerita benar seorang sahabat yang berkongsi dengan saya.Bagaimana dia dilema dalam berdakwah kepada golongan Hawa sedangkan dia adalah Adam yang juga punya perasaan dan jiwa untuk dibimbingnya.Persoalan dia ajukan kepada saya.Bagaimna berdakwah kepada berlawanan jantina dan apa had dan batasnya?

“Tetapi,macam mana kalau aku terus putus kawan dengan dia,selepas itu dia jadi lebih teruk? Sebab dah tak da orang nasihat dia.Aku plak yang akan rasa bersalah nanti,”Ahmad terus bertanya dengan jiwanya masih berbolak balik antara betul atau salah tindakannya itu.

“Macam ni.Kau tak boleh nak letakkan semua beban dan kesalahan itu di bahu kau.Sesungguhnya tuhan juga beri dia akal untuk berfikir dan membuat keputusan.Katakan pada dia supaya carilah muslimah yang baik untuk berkongsi ilmu dan menasihati dirinya.Bukankah itu lebih baik? Bukankah sesame jantina itu lebih memahami?” Aku memberikan hujah.

“Aku dah cakap macam tu.Tapi dia kata usrah muslimah itu pendekatan mereka tidak menarik dan rasa tak selesa bila berada di kalangan mereka.Haih! Entahlah,”Ahmad mengeluh.

Ibrah Kisah Ahmad

Mahu atau tidak,itulah cabaran daie masa kini.Saya bukanlah orang yang bijak pandai dalam urusan agama apatah lagi punya hadis dan ayat Al Quran untuk mendifinisikan semuanya.Tetapi saya juga punya akal tuhan beri untuk berfikir dan menyampaikan apa yang lahir dari jiwa.

Pertamanya,apabila berbicara tentang dakwah dengan berlainan jantina,beberapa had perlu digariskan.

1.Penyampaian itu berbentuk ilmu di khalayak ramai misalnya Adam memberi tazkirah kepada satu kumpulan Hawa.Mengapa? Kerana dengan itu ia terhindar dari sebarang fitnah.Jikalau namanya tazkirah,tetapi berdua-duaan antara priya dan wanita,maka ia boleh menimbulkan fitnah dan buruk sangka oleh kebanyakan orang.Kita orang timur dan budaya ketimuran juga mengajar supaya kita menjaga hubungan berlainan jantina.

2.Tidak menimbulkan perasaan syahwat.Perlu diingat bahawa lelaki itu manusia biasa dan wanita itu wanita biasa yang Allah tanamkan nafsu dalam diri mereka.Kita boleh kata, ‘alah,kawan biasa-biasa sahaja.Bukan ada rasa apa-apa pun’Tapi perlu diingat.Hari ini anda mungkin mampu berkata tidak pada nafsu bisikan syaitan.Tetapi esok atau lusa? Anda yakin mampu menang dengan pertarungan nafsu itu?

3.Mengutamakan jantina yang sama.Seperti yang saya katakan tadi.

“Man knows man better than woman.”*ayat ini hanya sesuai digunakan untuk kalangan kita2 sahaja.tentunya Ibu saya lebih memahami saya dari sahabat lelaki saya.^^

Yang terakhirnya,saya rasakan bahawa pendekatan daie itu sendiri yang sebetulnya memainkan peranan.Apabila kita mengajak orang untuk hadirkan jiwa mereka kepada agama,mesejnya perlu rabbani (bersifat ketuhanan) tetapi pendekatannya biar manusiawi.

Buktinya?

Mengapa tidak nabi itu wujud dalam kalangan malaikat?

Malaikat semestinya tidak sama dengan manusia.Jadi Allah wahyukan manusia untuk mentarbiyah manusia.Kerana manusia lebih memahami tindak tanduk dan perasaan manusia.
Kita tidak boleh memaksa mereka berubah dalam keadaan tiba-tiba.Perubahan itu mengambil masa yang sangat lama.Kerana sikap sangat sukar untuk diubah.

Perlu diingat! Perubahan itu perlu bukan OUTSIDE IN tetapi INSIDE OUT.
Perubahan yang baik bukanlah perubahan yang dipaksa oleh egen luar seperti memukul dengan rotan,arahan yang menghukum tetapi ia perlu perubahan yang ikhlas yakni perubahan yang bermula dari dalam diri yang ikhlas.

Bagaimana untuk membuat perubahan dari dalam ke luar adalah dengan cara Merubah Cara Pandang.

Memandang dengan mata kasar.Memandang dengan ilmu dan akal.Memandang dengan nafsu.Dan memandang dengan hati dan iman.

Wahai daie,bagaimana kita memandang mereka dan bagaimana mereka memandang kita dan agama Islam itu sendiri?

Tepuk dada tanya hati dan iman.

Alhamdulillah..

2 comments:

Related Posts with Thumbnails

Popular Posts