Thursday, November 25, 2010

Perayaan Islam Perayaan Terbaik?


Alhamdulillah.Malam tadi aku diberikan kesempatan untuk hadir ke sambutan Hari Deepavali yang diadakan di kolej.

Mula-mula memang rasa berat hati memandangkan beberapa khilaf ulama dalam hadir ke majlis agama bukan Islam.Tetapi selepas diteliti fatwa yang dikeluarkan oleh ulama’ terkemuka Imam Yusoff Al-Qaradawi menyatakan kita boleh menghadiri tetapi tidak boleh menyambut dan meraikan perayaan itu.

“Arvind,you tak dance ke malam ni?” aku berseloroh.

“Baju dah lawa dah,” seorang sahabat menambah.

Kami semua tertawa.

Persembahan malam tu dimulakan dengan nyanyian.Memang kami budak-budak ODC pun terpegun dengan seorang budak laki yang boleh buat bunyi muzik pakai mulut je ketika 3 orang yang lain menyanyi lagu dalam bahasa Tamil.Tabik spring!!

Dalam ramai-ramai duk hinga’ (bising kata orang utagha) tu, akal dan hati aku tiba-tiba terdetik (tak tau la yang mana satu dulu yang member tindakan).

Dalam semua perayaan yang aku pergi,setakat ini, ia hanya diisi dengan nyanyian dan tarian.Memang menghiburkan.Tapi itu hanyalah hiburan fizikal sedangkan hiburan rohaninya seakan-akan kosong.

Bebeza dengan semua perayaan dalam Islam.Perayaan yang membawa umatnya mengingati dan memuji Allah.Kita bertakbir.Kita mendengar khutbah.Amali sembelihan.Mengeratkan ukhuwah dengan gotong royong sembelihnya,open housenya dan macam-macam lagi.

Tidak dapat dinafikan ada nyanyian lagu raya,drama raya dan seumpamanya.Tetapi,ia hanya sekadar sampingan yang kadang-kadang melampau-lampau kerana masalah hendonisme masyarakat Islam.Haih!

ODC (Odah Comel Production)

Bila bercakap tentang nyanyi-nyanyi ni,aku pun kuat layan karaoke gak.Karaoke dalam bilik sorang-sorang bila orang tak da la.Kadang-kadang dengan kawan-kawan kat greenbox (bilik wuduk surau) masa basuh-basuh pinggan mangkuk lepas habis jamuan sempena ceramah kat surau.Berbeza ngan green box kat luar,sini free je..hehe

ODC ialah kumpulan nasyid yang aku dan sahabat tubuhkan untuk menyampaikan mesej Islam melalui hiburan.Insyaallah.

Walaupun suara tak la sesedap mana tapi dengan menggunakan nikmat mulut yang Allah beri ini,kami cuba membawa nasyid dengan lebih kreatif dengan menggunakan konsep acapella (bunyi muzik dengan menggunakan mulut).Kreatif kan?? xD

Dalam kami bergelak ketawa berlatih tu,kami kadang-kadang berlebih-lebih juga.Tapi sentiasa sebelum berlatih,mengingatkan diri agar semua yang dilakukan ini untuk menyebarkan mesej dakwah.Insyaallah.

Our next show will be on Friday evening.End of semester dinner.Please pray for us.

“Berhiburlah dengan cara bijaksana yakni berhibur dengan mengingatiNya kerana orang yang bijaksana itu ialah orang yang sedar Tuhan sentiasa melihat gerak gerinya dan sentiasa menilai niat yang disulamkan di hatinya”^^

Friday, November 19, 2010

DRAMA KOREA OOH DRAMA US

“Eh,kau tengok tak cerita korea yang tu.Pelakon dia hansem giler doe (doe to cara cakap budak-budak ky),”

“Aa’ah.Drama korea yang tu plak ko dah tengok? Sumpah rugi kau tak tengok.Lagi terbaik!”

“Eh Hannan,kau dah tengok GLEE? Belum! Tak da life la ko ni.”


Iniliah antara senarai perbualan yang aku dengar hampir setiap hari di KY mahupun di ruang legar facebook.Entahla.Kalau diberi sejam untuk cakap pasal cita korea,cerita glee dan semua ni,aku rasa diorang takkan rasa letih pun.

Tapi cuba kata suruh cerita kat aku kisah nabi Yusof dalam Al-Quran,aku boleh jamin Ju Gun Pyo diorang duk sibuk-sibuk cakap tu diorang lebih kenal.Haih.Bukankah kisah Nabi Yusuf itu “ahsanal qasas” yakni kisah yang terbaik tetapi manusia buta hati dalam menilainya.Ruginya kau wahai manusia buta jiwa.

Ya.Aku mengaku cerita-cerita ni semua memang bes.Pelakonnya hansem,cantik,comel dan sebagainya.Dan sememangnya itulah umpan iblis dan syaitan yang paling berjaya.
Cerita Korea yang berepisod-episod.Satu jam satu episode.Kalau kena 20 episod,20 jam masa yang dihabiskan untuk kisah khayal dan lagha itu.

Di akhirat kelak,malaikat akan tanya,20 jam yang Allah beri dahulu kau habiskan dengan tengok cerita korea? Apa yang engkau dapat? Keseronokan sementara? Sia-sialah amalan kau selama 20 jam itu.

Menurunlah produktiviti umat Islam,apabila 20 jam berdakwah habis dek kerana menonton manusia hansem dan manusia lawa.

ADAKAH LANGSUNG TAK BOLEH?

“Abih,takkan tak boleh nak tengok cerita-cerita kat tv? Tak cool langsung la.”

Sesungguhnya dalam Islam itu,ada 4 cara melihat. Melihat dengan mata.Melihat dengan dengan ilmu dan akal.Melihat dengan nafsu.Dan melihat dengan hati dan iman.

Manusia mana yang paling beruntung? Tepuk dada tanya selera.Kalau syurga yang kau cinta lihatlah dengan atma dan iman tetapi kalau panas neraka yang kau cari,lihatlah dia sekadar lihat dengan mata..

Lihatlah! Kerana manusia yang tidak suka melihat dengan hati dan iman itu paling banyak dikeji dalam Al-Quran. Afala Yubsiruunnn???

hati letih,jiwa pedih.Tetapi kalau syurga penawarnya,biarlah ia pahit sedikit agar manisnya dapat dirasa di akhirat sana.

Milionnaire First Love

Cerita yang mengisahkan bagaimana seorang pemuda hilang hak memiliki pewarisan takhta atuknya yang bernilai berjuta-juta.

Dia hanya dibenarkan untuk mewarisinya apabila dia graduate dari sekolah menengah dan apabila dia menjumpai apa yang lebih berharga dari kehilangan harta.Dan dia menjumpainya.

Aku rasa cerita ini sangat simple tetapi mesej yang cuba disampaikan sangat jelas dan bernilai.Bukan macam kebanyakkan cerita koera yang hanya berdasarkan ceritera cinta semata-mata akhirnya membuatkan jiwa leka.

Lihatlah.Dan carilah hikmahnya disebalik ilham manusia kurniaan yang maha Esa.^^

Thursday, November 18, 2010

Bapa kambing,mAk kambing dan AnAK kAmBING sapa punya?


Hari ni tiba-tiba aku teringat pasal kambing semalam yang aku pilih dengan CK kat kandang kambing Tanjung Malim.CK punya la sayang kat kambing tu sampai tak nak pi tengok dia kena sembelih sempena Hari Raya Qurban..pelik gak kawan aku sorang nih. =.=”

Tapi itulah,kalau dah namanya manusia mestilah punya rasa kasih sayang dan punya rasa cinta. Jangan kata kita ni yang ada teman ni je sunyi kalau tak da kasih sayang, orang yang meringkuk dalam penjara tu pun jauh dari sudut hatinya mesti ada rasa untuk dikasihi dan untuk dicintai.

Bak kata pepatah melayu, bagaimana acuan begitulah kuihnya. Tapi bagi aku pulak, bagaimana sifat si Pencipta,begitulah sifat makhluk-makhluk ciptaanNya.

Percaya atau tidak,sebab ALLAH itu pengasih la kita manusia punya rasa Kasih.Sebab Allah itu Maha Adil la kita juga sukakan Keadilan dan pembelaan.Kerana nama Al-Hakim itulah,kita sangat suka menjadi bijaksana.

INGATAN YANG SEMALAM

Sedang aku seronok-seronok melapah kambing semalam, (aku tak tau la aku kambing ke kambing tu kambing sebab bau kami macam dah sama dah) dalam gelak ketawa kami beramai-ramai tu aku teringatkan arwah Syazwan.Macam mana la keadaan dia di sana.Dalam hati aku berdoakan agar dia bersama orang-orang yang dijanjikan kemanisan syurga.

Masih aku ingat,waktu arwah di ICU dulu,aku datang melawat dan lawatan itu disambut oleh ibu dan ayahnya.Lidah aku kelu dan mulut hanya diam seribu bicara.
“Sabar la pak cik.Ini semua dugaan dari Allah,” seorang sahabatku dengan rendah diri berbicara.

Dalam benakku, terngiang ngiang kata Ustaz Hasrizal. Kisah tetang keluarga kambing.

“Dalam satu keluarga kambing,ada mak kambing,ayah kambing,anak kambing dan sedara mara kambing.Katakanlah,anda sebagai pemiliknya,nak amik anak kambing untuk korban.Perlu ke anda minta permission bapak kambing? “Bapak kambing boleh saya amik anak kambing? Nak sembelih buat aqiqah.” Rasa rasa perlu ke? Tidak bukan. Begitulah dengan manusia.Semuanya milik Allah,kalau dia nak amik kita, bila-bila masa dia boleh amik dan dia tak perlu minta izin manusia.”

Syazwan,kau milik Allah dan aku juga milik Allah.Giliran kau bertemu si Dia sudah tiba sedangkan giliranku bakal menurutimu. Tapi entah la,aku pun tak banyak amal.Kadang kadang aku sendiri lalai dalam mengingati si Pencipta dalam kesibukanku berdakwah dan menguruskan hal dunia.

Moga Allah tempatkan aku,kau dan semua bakal jenazah bersama orang yang kita cintai, Allah dan Rasulnya.Amin...

Wednesday, November 17, 2010

Imam Dan Khutbah Jumaat : MANA TARIKANNYA?

Boringnya dengar khutbah orang baca teks ni.Macam tak da beza dengan Perdana Menteri beri ucapan kat tempat awam plak.

Pastu aku mula mengantuk,mata makin berat dan stuktur badan makin senget lalu BUM! Muka tersembam ke tanah sampailah ada orang tepuk belakang kejut untuk solat Jumaat.

Haish! Sampai bila la nak berubah aku ni? Aku pun tak tahu.Aku yang kena berubah ke Imam Masjid yang jadi khatib tu yang patut diubah.Haish,ckp mcm aku ni terror sgt la plak bab-bab agama ni.

Tapi ye atau tak,itulah masalah khutbah di Malaysia.JAKIM sediakan teks sebagai garis panduan,tetapi apabila khatib yang bertugas hanya membacanya seperti seorang murid sekolah ditugaskan untuk membaca maka hilang perencah manisnya.

Teks yang diberikan memang bermanfaat tapi pada masa yang sama ia mengurangkan produktiviti dan kualiti imam dan khatib di Malaysia.

KENAPA TANYA ANDA?

Sebabnya, sebagai seorang imam dan khatib,mereka sepatutnya mencari sendiri bahan dan menyediakannya.Rujukan dan kajian akan mematangkan imam dan pada masa yang sama mereka perlu mengenal pasti tajuk yang disampaikan perlu bersesuaian dengan masalah umat pada masa kini.Tidak begitu?

Perlu diingat apa yang disampaikan itu akan menjadi tanggungjawab yang akan dipikul oleh imam. Jadi, Imam perlu sentiasa UP TO DATE dengan hujah bagi menangani masalah kontemporari masyarakat agar ia boleh diterima oleh waras akal tanpa menolak hujah-hujah agama yang sahih dan benar.

Oh,Gaya penulisan blog ni sentiasa berubah? Sebenarnya orang yang tengah tulis ni pun sedang berfikir sama ada gaya penulisan yang formal (saya atau ana) atau santai (aku) yang lebih menarik dan ternyata disebabkan oleh faktor usia dan umur para pembaca yang lebih kurang sebaya jadi molek sekiranya blog ini diubah gaya tulisannya.

Selalu berangan-angan nak tulis gaya santai dan berat macam saifulislam.com tapi bak kata orang kan, “beginner tu buat cara beginner la..”

Haih,knapalah orang tak penah komen gaya tulisan aku ye? Tension keseorangan =.=”

Macam mana nak sampai khutbah atau ucapan yang bagus? Senang je.Ada 3 benda.

Berdasarkan video ceramah Nouman Ali Khan (penceramah bebas UK) yang aku suka sangat tengok tapi sangat jarang-jarang disebabkan faktor IELTS (International English Languange) aku yang hanya band 6,so 3 benda je la yang aku faham. *padahal banyak lagi =.=”*

1.Speaker

2.The content of the speech

3.The way you deliver the speech.

Korang nak tau isi lebih lanjut.Korang tengok la sendiri.Aku ngantuk dah ni.Huaargh~

Tuesday, November 16, 2010

Islam Sebelum Islam?



Ketika saya membaca surah Yusof yang membicarakan tentang ‘Ahsanal Qasas’ yakni kisah yang terbaik yang Allah wahyukan di dalam Al Quran, saya tersentak apabila berhenti pada ayat 101.

Ia menimbulkan persoalan dalam diri saya,adakah ada Islam sebelum Islam yang kita anuti pada hari ini?

Islam yang saya maksudkan ialah Islam Pilihan dan bukan Islam Warisan seperti sebilangan masyarakat kita yang Islam pada IC tapi Islam dalam diri tidak diketahui pasti.

Ayat 101, Surah Yusuf.Maksudnya,

"Wahai Tuhanku! Sesungguhnya Engkau telah mengurniakan daku sebahagian dari kekuasaan (pemerintahan) dan mengajarku sebahagian dari ilmu tafsiran mimpi. Wahai Tuhan yang menciptakan langit dan bumi Engkau Penguasa dan Pelindungku di dunia dan di akhirat; sempurnakanlah ajalku (ketika mati) dalam keadaan Islam, dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh"

Nabi Yusuf berdoa kepada Allah agar dikurniakan mati dalam keadaan Islam!

Jadi, Islam yang kita anuti pada hari ini,bukanlah agama yang baru tetapi ia adalah agama yang telah diwahyukan sejak moyang kita Adam alaihissalam.

Sahabat saya Luqman memperkukuhkan hujah ini dengan memberikan saya tafsiran surah Al-Baqarah ayat 133.

Allah berfirman,

“Adakah kamu hadir ketika Ya'kub kedatangan (tanda-tanda) maut, ketika ia berkata kepada anak-anaknya: "Apa yang kamu sembah sepeninggalku?" Mereka menjawab: "Kami akan menyembah Ilah-mu dan Ilah nenek moyangmu, Ibrahim, Isma'il, dan Ishaq, (yaitu) ilah Yang Maha Esa dan kami termasuk dalam kalangan orang-orang Muslim". (QS. 2:133)

Perkataan akhir dalam ayat ini menyatakan Nabi Yaqub,Ismail,Ibrahim dan Ishak Alaihissalam ialah Muslimuun iaitu orang-orang muslim! Subhanaallah.

Mungkin hanya saya yang teruja dengannya kerana ini ilmu yang sungguh sukar untuk saya belajar.Tetapi pada hari ini Allah memberikan hidayah agar surah Yusuf itu saya buka dan isinya dikongsi bersama sahabat semua.

Hebat bukan? Al-Quran mukjizat terbesar itu sentiasa ada dekat dengan kita tetapi kita memandangnya dengan bersahaja sedangkan umat terdahulu memandang mukjizat itu satu benda yang sangat mengagumkan.

Wahai manusia alpa manusia leka,Al-Quran itu mukjizat yang paling hebat.Kenapa kau tidak mahu membaca dan memahaminya?



Hmm.Mungkin selepas ini boleh dikongsikan terjemahan surah Yusof secara detail?

Insyaallah,doa-doakan ya! Moga diberikan kelapangan masa untuk memacu diri dalam urusan agamaNya.^^

Thursday, November 4, 2010

Andai Kau Pergi Hilanglah Arahku


Andai Kau Pergi Hilanglah Arahku

Gamabar dari kanan:hafidzi, arwah Syazwan dan Razin

Andai kau pergi,
Andai kau pergi,
Andai kau pergi hilanglah arahku,
Jangan kau pergi,
Usah kau pergi,
Andai kau pergi hampir pasti
Berteman pilu sepanjang hayatku...

“Bagus do idea kau.Aku suka.Aku suka,” itulah kata arwah Syazwan Asyraf yang paling saya ingat.

Mungkin saya terlalu sedih untuk mencoretkan kata.

Hati terlalu letih untuk bersuara,lidah sudah kelu untuk berbicara dan semangat sudah hilang entah ke mana..

Namun,mungkin satu yang saya pinta kepada pembaca setia.Doakanlah dia, arwah Syazwan Asyraf,meski kau tak mengenalinya,meski kau tak penah bersua,kerana hakikatnya dia adalah saudara sekandung kita yang asalnya sama, dari Nabi Adam alaihisalam.

Satu hari Rasulullah dan para sahabat berjalan menziarahi kubur.Baginda berkata,

“Salam sejahtera buat penduduk tanah perkuburan,”

Kemudian,Rasulullah berkata,

“Aku rindu kepada saudara-saudaraku,”

“Bukankah kami saudara-saudaramu ya Rasulullah?” kata para sahabat.

“Kamu adalah sahabat-sahabatku dan mereka adalah ahli keluargaku,”

“Siapakah saudara-saudaramu yang kau rindui itu ya Rasulullah?” tanya para sahabat.

“Mereka ialah orang yang tidak pernah berjumpa denganku tetapi beriman dan mengamalkan sunnahku,”

Tahukah saudara dan saudari budiman sekalian? Nabi terlebih dahulu merindui kita sebelum kita dilahirkan ke dunia lagi!

Allahumma solli ala saidina Muhammad waala ali Muhammad.

Salam junjungan buat Nabi yang dicintai.Salam sayang buat Nabi yang berjuang bermati-matian untuk agama Islam yang kami anuti dan kami cintai...
Related Posts with Thumbnails

Popular Posts