Friday, July 29, 2011

Mencari Ritma Yang Hilang


Hold My Hand Brothers.Lets us work for ummah!

Ketika saya bergelumang dengan pelbagai idea untuk ditulis dan dikongsi sama ada di blog atau status facebook, akhirnya keserabutan itu saya susun sedikit demi sedikit supaya dapat dijadikan bahan santai untuk diajak berbual dengan sahabat handai mahupun orang yang tidak pernah saya kenal.

Yang pentingnya,ia tidak perlu bersyarat.

Tidak kira anda seorang muslim atau non muslim, bumiputra atau bukan bumiputra, sebagai seorang manusia punya nama,pasti punya hasrat untuk berkongsi kebaikkan.

Saya dilontarkan dengan seribu satu soalan dan diuji dengan beribu kisah dalam kehidupan yang saya fikir ia satu peluang untuk dimanfaatkan untuk menjulang kembali takhta nilai kemanusian.

Dan ketika mana saya khusyuk membuat analisa dan menyusun tinta pembaharuan, saya terasa sepi disebabkan keseorangan. Dalam pada saya beriya-iya bangun untuk mendalami psikologi manusia untuk membangunkan dakwah(mengajak kepada kebaikkan) dan islah(membangunkan potensi diri) dengan lebih terarah, sahabat-sahabat dan saudara mara saya terus menari dengan pentas arus duniawi.

K-Pop itu dikejar, Harimau Malaya diagung-agungkan semahunya, novel cinta dikhatamkan sebanyak-banyakknya, Cinta Monyet digayut sehingga patah dahannya. Tidak kurang yang melayan perasaan dengan Drama Cinta yang panas di TV3!


Adakah salah berhibur? Haramkah memberi hiburan pada diri?

Ia berbalik pada konsep kesederhanaan. Ia berbalik pada meletakkan dunia pada tangan bukan pada hati. Bagaimana itu?

Bermakna kalau sekalipun tidak dapat tiket bola untuk menonton harimau Malaya lawan Chelsea,tidak perlu diperkotak katikkan oleh DJ hot.fm untuk mendapatkan sehelai tiket yang seronoknya hanya untuk 1 jam 30 minit!

Bermakna kalau ada masa tengok penari K-Pop dan pelakon hansem drama korea, tidak perlusehingga mempromosikan mereka di profil picture di facebook. Berangan-angan punya buayafren dan gelifren seperti orang korea sedangkan nama anda Muhammad dan Siti!

Untuk rebranding hiburan ini, belajarlah dari sudut yang positif. Misalnya dalam drama yang anda dan saya tonton itu, hadirkan akan satu analisa selain hanya menjadi seorang penonton tegar yang melayan perasaan lalu apabila cerita itu habis,maka yang kita dapat hanyalah ‘lelaki itu hansem dan perempuan itu cantik’ atau ‘nak lelaki baik macam tu dan ini’.

Letakkan diri pada sudut yang lebih tinggi. Ada mesej yang penerbit ingin sampaikan pada penonton. Ada mesej yang pelakon ingin sampaikan pada peminat. Jangan sempitkan pemikiran pada menghiburkan hati dan perasaan.

Orang yang melihat drama lalu dia belajar ‘body language’ pelakon untuk dipraktikkan dalam kehidupan itu lebih baik dari sekadar lihat dan melayan perasaan.

Orang yang memotivasikan diri dengan menjerit di dalam diri supaya jadi lebih rajin mentelaah buku itu lebih baik dari mereka yang hanya melaungkan ‘Hidup Harimau Malaya’ sekuatnya tapi semakin malas untuk menyempurnakan seruan Iqra’.

Kenapa malas untuk menari untuk menguruskan diri tetapi sibuk melayan K-Pop yang menyanyi dan menari tak henti? Rakyat Malaysia obesiti tapi malas nak berjalan kaki walau ke kedai yang jaraknya hanya beberapa inci.

Namun dalam berjuta pemuda di Malaysia,berapa ramaikah yang melihat dari sudut yang tinggi itu? Berapa ramaikah yang cuba mencari rentak kematangan dalam diri?

Berapa ramai pemuda yang sedar dibelakangnya punya abi dan ummi untuk dijaga pada masa emas nanti,dibelakangnya punya adik beradik untuk dimotivasi dan dibantu pada masa susah nanti, punya tanggungjawab pada anak-anak dan isteri?


Sibuk dengan perkataan ‘i love u’ sedangkan makan minum masih disara orang tua sendiri.Tak tau malukah pada diri?

Saya masih sunyi dalam jalan dakwah ini.

2 comments:

  1. mungkin itulah tarbiyah bagi orang-orang yang sedar. itulah peluang syurga bagi orang yang mencari erti dalam hidup,yakni terus berkongsi agar mereka kembali menunaikan hak pada diri,sebagai seorang muslim pilihan bukan sebagai muslim warisan..^^

    ReplyDelete
  2. Post ni sangat menarik..Ini mengingatkan bahawa perlunya kestabilan dalam diri sesorang dalam melakukan sesuatu yang harus.Contohnya macam berhibur.Jika tidak punya kestabilan maka sudah pasti,akan terjerumus ke lembah yang membawa kepada perkara yang leka yang teramat sangat.Tapi tak pula menghalang para remaja yang kebanyakannya suka berhibur,tetapi mungkin perlu disalurkan kepada saluran yang betul dan cara yang tepat agar benda yang harus seperti ini tidak membawa mereka ke arah kegagalan.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails

Popular Posts