"Akan aku cincang kau Zionis Laknatullah!" batin dia menjerit.Tangannya menghentak hentak kerusi.
Tidak mampu lagi dia menahan.Nafasnya kasar menahan sebak.Satu persatu wajah saudaranya dirobek peluru hidup.Lebih memilukan apabila ada yang tinggal tulang dimamah bom phosphorus putih.
Akhirnya video itu berhenti jua.Dadanya sebak.Akalnya berserabut memikirkan gambaran suasana di Gaza.Hatinya tidak henti-henti meratapi kesedihan.Sedih melihat saudara semuslim syahid atas jalan Rabbi.Sedih mengenangkan betapa kufurnya diri dengan nikmat aman yang Tuhan beri.
"Saya lihat remaja mereka,apabila tidak ada kerja,mereka duduk dan buka Quran.Malangnya bagi kita,ada yang pakaian dan macam ustaz dah,tapi bila tak da kerja,duduk baca komik,"kata Dr Syed,penceramah Cakna Palestine yang murah senyumannya itu.
Sekali lagi hatinya tersentap.Menunduk malu pada diri sendiri.
"Apa yang telah aku lakukan di masa lapangku? Untuk surah Yusuf itu masih merangkak-rangkak.Di mana tempohnya sebulan yang diperuntukkan?"
Malu.Malu dengan Dia yang maha Satu.
"Orang Palestina,dari tukang sapu sampah hingga kepada pemimpin teratas, semua mereka bercakap tentang perjuangan.Itu jiwa orang-orang besar," tambah Dr Syed bersungguh-sungguh.Dia mendengarnya tanpa sebarang kelipan mata.
Gambar demi gambar dipertontonkan oleh doktor yang ke Gaza untuk misi kemanusian itu.Kali ini,gambar itu menyegarkan benaknya.
Satu persatu wajah-wajah mujahid palestina tersenyum.Ibarat medan tempur itu medan mainan mereka.Dari si kecil tidak berdosa sehingga si askar sasa bersama senjata.Senyum.Tidak ada senyuman yang lebih ikhlas dan mesra dari itu.Hanya warga palestina mewarisinya.
Perluru berpandu itu mereka yang menciptanya sendiri.Gabungan usaha pensyarah dan darah muda palestina.Di negara yang separa musnah itu,masih ada kekuatan untuk mengerah ilmu untuk menyembelih zionis gila.
"Itulah jihad.Berbuat kebaikan sampai rasa letih," kata Shaheer.
"Palestin itu bukan milikku.Ia milik semua umat Islam.Tidak akan aku benarkan tanah suci ini jatuh kepada bukan pemiliknya," Sultan Abdul Hamid 3.
Setelah beliau ditangkap dan dikurung oleh si celaka,jatuhlah khilafah.Menangislah tanah palestin dengan darah rakyatnya.
"Di mana Engkau umat Islam? Di mana Engkau orang yang berbaiah dengan Allah dan Rasulnya?!!!!!"
Dia terkedu.Insaf.
Salam rindu dan doa buatmu sayangku palestina.Hanya doa yang tidak putus-putus mampu aku curahkan.Semoga ada juga ruang untukku di syurga, walau jalan jihad kita berbeza.
TAKBIRRR!!!!!!!!!!!! ALLAHUAKBAR
salam.
ReplyDeletedi sini saya tidak mahu menafikan perihal peri penting juang dan sayang kita terhadapa Palestin,
tetapi mahu berkongsi, apakah penindasan ini hanya berlaku semata mata di Palestin?
saya kira, di Selatan Thailand, Muslim di sana turut bergelut dengan pembantaian,
saya kira, di Acheh, militerisme masih membelenggu akan kehidupan mereka,
saya kira, di Myanmar, kaum Rohingya masih ada tertindas dilepas tanggunjawab asasinya,
jadi molek kiranya, mana mana NGO di Malaysia ini juga turut memfokuskan kepada usaha serantau,
dan sebaiknya turut membebaskan Muslim di Malaysia ini, dari sindrom " Kuman Di Seberang Laut Nampak, Gajah Di Hadapan Mata Tak Nampak".
saya merasakan seakan ada satu pandangan 'juling' tentang perlunya pembebasan bagi umat Islam, di mana titik fokus hanya ada pada Palestin, sebaliknya, penindasan yang berlaku di dalam rantau kita ini dipandang sepi, mungkin kerana mahu menjaga hubungan baik antara negara jiran mungkin?
jikanya begitu, jelas, kita bersikap hipokrit dalam memperjuang kebebasan, melepaskan keterikatan penindasan!