Friday, January 7, 2011

Sila Cintai Saya

"Sila cintai saya!" jerit si Al Quran.

Namun kita tidak mampu untuk mendengari luahan hati mukjizat terbesar itu.Kita letakkan dia di tempat tertinggi dalam rumah menandakan rasa hormat.Namun hormatnya kita pada dia sehingga berhabuk tidak disentuh.Kita gantung ayat2nya di ruang tamu mahupun ruang kedai, tetapi amat sedikit manusia membaca dan mengamalkannya.

"Sila cintai saya!" rintih Al Quran.

Anda! Anda! dan Anda! yang memandang di skrin ni.Al Quran tidak pernah rugi sekiranya kita tidak membacanya tetapi kitalah sebenarnya yang akan rugi.Ingatlah bahawa sesungguhnya Al Quran akan menjadi hujjah bagi kamu (yakni pembela bagi kamu) atau menjadi hujjah (yakni menghukum) kamu diatas usaha yang kamu letakkan atas Al Quran.

Al Quran-Input,Process dan Output.Itulah tajuk yang saya mula-mula fikirkan untuk artikel ini.Namun,memikirkan bahawa ramai pembaca lebih suka membaca artikel yang mempunyai tajuk yang 'cache',maka saya ubah tajuk ulasan ini kepada Sila Cintai Saya.

Ya atau tidak tapi itulah hakikatnya.Ramai pembaca mudah tertipu dengan tajuk.Tapi saya tidak mengatakan itu satu kekurangan kerana itulah sifat manusia.Jadi saya tampilkan tajuk yang lebih santai daripada tajuk yang rata-rata agak 'ekstrem' atau bersikap 'agama'.

Cukuplah ini sekadar pendahuluan.Bak kata orang,apalah sebuah hasil tulisan tanpa pendahuluan ibarat manusia tiada kepala.Perlu diingat di kepalalah terletak muka dan di mukalah terpancarnya sikap dan budi.Begitulah dengan pendahuluan apalah jika pendahuluannya sudah bosan,apatah lagi isinya.Namun masih ada manusia yang menilai dari awal sehingga akhir dan ada setengahnya pula cukup pandangan awal membuatkan dia mampu terjun kepada satu konklusi.

Input Process dan Output

Seperti biasa,ini adalah catatan sebuah kembara ilmu sebenarnya.Saya menyampaikan kembali hasil perkongsian ilmu yang diulas oleh guru kegemaran saya Ustaz Hasrizal yang terkenal dengan blognya www.saifulislam.com.

"Dan di antara mereka pula ada yang (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka". ayat 201 surah Al Baqarah.

"Mereka itulah yang akan mendapat bahagian yang baik dari apa yang telah mereka usahakan; dan Allah amat cepat hitunganNya." ayat 202 surah Al Baqarah.

Perlu difahami bahawa ayat Al Quran terbahagi kepada tiga iaitu input, process dan output.

Inputnya- Orang yang berdoa,(
"Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka")

Processnya- berusaha dengan sungguh-sungguh.(
apa yang telah mereka usahakan)

dan Outputnya- dikurniakan balasan dari Allah (
"Mereka itulah yang akan mendapat bahagian yang baik.)

Jika kita lihat penerangan bagi ayat ini,Allah nyatakan bahawa dia akan membalas kebaikan.Itu ialah output bagi ayat ini.Tetapi siapakah yang akan dibalas kebaikkan itu?

Jawapannya ada pada input.Yakni orang yang berdoa dengan istiqamah dan rasa rendah diri.

Namun kita pelik.Mengapa umat hari ini, meskipun berdoa, namun tidak mendapat kebaikan di dunia? Masalah datang melanda dengan bertimpa-timpa.Susah nak dapat kerja.Miskin dan papa kedana.Tiada rumah untuk tinggal.Dah lama bekerja namun tak dapat naik pangkat.

Jawapannya ada pada process.Kita hilang dan kurang usaha.

Ingat! Bahawa Allah tidak akan kurniakan kebaikan dan balasan yang baik sekiranya kita orang yang kuat berdoa namun kita kurang usaha.Maka perlu diingat,bahawa ramai di antara kita memandang kasar ayat Al Quran sehingga terlepas beberapa prasyarat yang diletakkan oleh Allah s.b.t.

Jadi,cintailah Quran.Rindulah untuk membacanya.Dan sayanglah dia seperti mana kau mencintai dirimu sendiri.Ok?^^

Alhamdulillah selesai.

Tak cukup panjang? Sikit2 cukup kot.Orang Malaysia kan malas membaca...xp

1 comment:

Related Posts with Thumbnails

Popular Posts