Tuesday, January 4, 2011

Bagaimana Solat Mengubah Manusia?


Bismillah..

"Macam mana solat mengubah manusia bang? Saya tak nampak pun apa hikmahnya solat selain kena patuh pada imam atau taat pada ketua," tanya seorang adik di sebuah program.

"Iye ke tak da? Kamu dah abis kaji dah ke?" saya bertanya dalam nada mesra.Dalam berdakwah,jangan ada nada memaksa apatah lagi nada yang menyakitkan.

"Entah..hehehe"si adik ketawa kecil.

Solat terdiri pada 3 iaitu hati,perbuatan dan lisan.

Hikmah solat dari perbuatan tak perlu lagi saya ceritakan.Telah banyak tersebar kebaikan perbuatan-perbuatan dalam solat.

Ketika saya ditanya tentang soalan bagaimana solat mampu menjana manusia yang hebat, saya pun buntu memikirkannya.

Alhamdulillah..saya akhirnya bertemu dengan sebuah jawapan.

Membaca ayat-ayat di dalam solat,bukan sekadar bacaan kosong..Tetapi ia perlu kepada penghayatan.Maka jika bacaan di dalam solat dihayati,maka hati yang merupakan raja dalam diri mampu mengatakan mahu untuk mentaati ilahi.

Penghayatan itu tidak mati di situ bahkan disuruh ulang oleh Allah s.w.t lima kali dalam sehari.Ini adalah satu pengukuhan dalam memberi perubahan dalam diri yakni yang pertama meyakini Allah sebagai illah dan rabbi dan yang keduanya mencari redha ilahi dengan sentiasa memberi yang terbaik pada diri dan masyarakat dalam hidup sehari-hari.

"Perubahan yang terbaik itu ialah perubahan yang bermula dari hati yang menghayati bukan pada kata yang disebut tanpa mengerti.Solat yang tidak dihayati,samalah seperti makan yang tidak penah kenyang."

Jadi jawapannya mudah.Umat Islam dahulu,sangat kuat,sangat berdisiplin dan sangat berusaha kerana hati mereka cinta pada Allah dan Rasulnya.Rahsianya dari mana? Dari solat yang dihayati bacaannya.Mereka manangis dan mereka tersenyum suka.

Kita? Kita menangis kerana solat? atau solat menangis mengenangkan malasnya kita?

Kekuatan yang paling kuat itu datangnya dari dalam hati dan rohani..

Boleh percaya ke? Nilailah dengan akal dan hati...^^

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Popular Posts