Sunday, July 19, 2009

Nikmat Kehidupan Di KMPP bab 1


Alhamdulillah..Segala puji bagi Allah yang masih menyayangi hambanya yang hina ini..Allah jualah yang maha berkuasa atas tiap2 sesuatu..dan ana sebagai hamba kekal sebagai hamba yang akan terus patuh akan perintah tuhannya selagi mampu..moga2 kisah yang diceritakan di bawah naungan-NYa…bismillah

TEKANAN!!!!Hidup di matrik memang satu bebanan besar.Ana akui bukan mudah.Jika dulu di asrama penuh semuanya mengikuti jadual tetapi sekarang berbeza.Semuanya diurus sendiri,segalanya tanggungjawab sendiri.Makan,minum dan perbelanjaan ditanggung sendiri.Berbekalkan Rm 250 sebulan dari kerajaan, hanya cukup-cukup makan.Tolak makan,duit photostat dan buku serta alatan tulis hanya cukup2 makan..ana cuba lakukan bajet,memastikan tidak ada wang yang keluar tanpa ada sebarang kepentingan..mengurangkan topup adalah satu cara paling baik..memandangkan sudah biasa tanpa handset,jadi masalah topup tidak menjadi masalah.Jika ada yang mesej tanpa kepentingan tidak perlu dilayan..Kalau untuk ilmu,perkongsian pendapat atau dakwah mesti diutamakan..Kadang2 ana heran melihat rakan2 yang lain,dengan mudah menghabiskan wang mereka untuk menambah reload prabayar semata2 untuk bermain cinta dengan wanita bukan muhrim..adakah mereka tidak rasa membazir dan berdosa?? zina hati(mengingati lelaki/prmpuan bukan muhrim) juga sudah dianggap dosa inikan pula mengunakan wang untuk perkara yang tidak bermanfaat..teringat pesan ustaz Suhaimi, Pensyarah Matematik yang sangat mesra pelajar.Dalam tazkirah minggunannya,pasti ramai pelajar yang akan memenuhi Surau An-nur yang ana cintai itu.”Di akhirat nanti akan ditanya pelbagai soalan.Antaranya, masa muda kamu,apa yang kamu lakukan?? harta yang kamu ada, ke mana yang kamu belanjakan?? Ilmu yang kamu ada kemana kamu manfaatkan dan pelbagai lagi…Ana rasa nasihat itu sgt bermanfaat..sebagai manusia mati adalah satu kemestian dan kita mesti sentiasa bersedia untuk mati, sama ada mati dalam jihad peperangan, jihad menuntut ilmu atau jihat menegakkan kebenaran..tetapi kadang2 hati ini sentiasa ragu,tatkala iman masih naik turun, adakah mampu ana semaikan semangat jihad ini..Ya Allah kurniakanlah ana kekuatan dalam zaman yang penuh pancaroba ini,kurniakanlah ana sahabat sejati yang akan menemani ana ketika senang dan susah,yang sama2 menangis bila ditimpa musibah dan bersyukur apabila mendapat nikmatmu..Lindungilah perjuanganku di matrik ini Ya Allah…ana berserah diri kepada-Mu

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Popular Posts