bismillahirrahmanirrahim..selawat dan salam atas junjungan besar nabi muhammad S.a.w..Alhamdulillah..bersyukur ke hadrat Allah atas nikmatnya yang tidak terkira..
Alhamdulillah.Beribu kali ingin ana ucapkan kalimah syukur ini.Peperiksaan Ujian Pertengahan Semester di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang memang agak mencabar..namun semuanya dapat ana lalui dengan berkat ilmu yang pensyarah beri dan perkongsian ilmu dari rakan2..terima kasih guru terima kasih sahabat semua..Ketika kisah ini ditulis,ana berada di rumah yaitu di Gombak,sedang mengahabiskan masa 2 minggu berehat selepas penat lelah menuntut ilmu di KMPP selama 2 bulan lebih..agak mencabar menjalani kehidupan di KMPP kerana gaya pembelajarannya yang agak laju disebabkan masa yang singkat dan sibuk menguruskan pelbagai aktiviti..namun dengan kasih dan sayang Allah,semuanya dapat dilalui dengan baik..
Rezki Yang Tidak Disangka-Sangka
Kring!! Kring!! Telefon rumah berbunyi..ana yang ketika itu asyik membaca blog saifulislam.com tersentak..Berlari mendapatkan telefon di ruang tamu..
"Assalamualaikum"
mendengar suara yang penuh ramah itu,ana terus menjawab
"Waalaikumsalamwarahmatullah.Ya yah?"(bukan cik Kiah, tapi ayah ana)
"Ni, adik ada buat permohonan untuk minta tajaan UEM ke??"
ana terkejut..cuba mengingati kmbali zaman selepas result SPM diumumkan..
"ya, ada..napa yah?"
"Tadi ada org call dari UEM..dia nak tawarkan adik blaja di kolej UEM lembah beringin..buat a-level 2 tahun..dia taja penuh..jurusan business and management"
"Alhamdulillah.." terpacul keluar kalimah hamdalah..ana terkejut bercampur gembira..
bulan 7 ana ingatkan tiada lagi sebarang kemasukan ke ipta mahupun ke ipts..memang rasa agak terkilan pada mulanya apabila ramai sahabat2 sepengajian di SBPIKP dulu mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di luar negara..sedangkan hamba Allah yang kerdil seperti ana ini mungkin Allah sudah mentakdirkan rezki di tempat lain..Alhamdulillah,rupanya inilah rezki yang Allah dah takdirkan untuk ana..Melanjutkan pelajaran bawah tajaan UEM (United Engineer Malaysia) tanpa perlu mengeluarkan sebarang modal, mereka menyediakan penginapan,makanan,dan duit bulanan sbnyak 200 sebulan..semuanya disediakan dan ana tidak ada sebarang ikatan dengan UEM..sekiranya result bagus,mereka akan menghantar ana sama ada ke UK atau Australia..jika tidak ana boleh mencari sponsorship sendiri bagi meneruskan pengajian dalam degree..
keesokan harinya....di pejabat UEM
"Do you want to accept this offer hannan?"ulas Encik Azman.Pengurus scholarship UEM..
"Yes" dengan hati yang mantap.Selepas penerangan yang panjang lebar dari encik Azman,ana rasa inilah peluangnya..
"Do you have any question??"
"Sir,actually i am more interested to continue my study in science field sir..Can i change to the mechanical engineering field..?" tanpa berlatar belakangkan account,ana sangat takut jika tidak boleh membawa subjek pengurusan itu..
Sehari selepas itu eN.aZMAN menelefon ana.."Tahniah! Anda telah dapat apa yang anda minta..boleh datang esok ke UEM untuk ambil surat tawaran dan taklimat..Awak boleh mendaftar di Kolej UEM pada 27 Julai ini..tahniah sekali lagi"
"terima kasih en Azman"
Alhamdulillah..ana akan mendaftarkan diri di sana dan menuntut selama dua tahun..ini adalah rezki yang Allah bagi atas doa kedua ibu bapa ana, guru2 ana dan sahabat2 ana yang ana kasihi..terima kasih semua..semoga Allah melimpahkan rahmat ke atas kita semua..aminn..
No comments:
Post a Comment