Thursday, January 27, 2011

Nasyid,Cinta dan Sederhana

Ahli-ahli Pengasas ODC Nasyid Group

Kami tidak lain bermula atas dasar minat yang sama.Bermula sekadar suatu bualan.Tetapi bualan mesra yang penuh azam itu tidak penah terhenti di situ, tetapi berlarutan dan mencari sebuah dakwah berkonsepkan kesederhanaan.

“Nak join nasyid?” singkat sebuah persoalan.

“Jom.Kita create satu team,” kata sebuah teman.

Mulut terus menjual senyuman dan menjual kata.Mengharapkan balasan dari hati yang punya minat yang sama.

Akhirnya sempurna sebuah kumpulan.ODC namanya.Bukan nama yang hendak diperjuangkan tetapi dakwah sederhana yang hendak disajikan.Bukan utntuk santapan mata dan halwa telinga,tetapi sebagai penawar hati yang sedih dan luka.Bukan suara merdu yang kami dendangkan itu penawarnya,tetapi kalam Tuhan dan selawat Nabi yang jadi intinya.

Manis dan pahit,kami gigit dan telan kerana melahirkan sebuah persembahan cukup memerlukan ketelitian.Masa ditarik sedikit demi sedikit.Namun,kalau dakwah mulut yang berat susah untuk dilaksanakan mengapa tidak dakwah santai iringan acapella jadi taruhan.

ODC.Acapella Voice Team.

KIWEE Nasyid Antara Rumah

Kita tidak pernah mengidamkan sebuah kemenangan,melainkan memberi peluang mereka merasai sebuah alunan memuji tuhan.Kalau selama ini lidah sakit berbicara kata kosong,biarlah ia terubat dengan fitrah sebuah penciptaan mulut.Fitrah suka akan kebaikan.Fitrah suka kembali kepada Tuhan.

Mungkin kesannya bukan hari ini,esok mahupun lusa..tetapi ruang kesedaran itu biarkan wujud walaupun seketika moga menjadi peringatan tatkala alpa.^^


Bertukar ahli setelah masing-masing mempunyai tanggungjawab yang lain.

Saturday, January 22, 2011

Sibukknya Hidup

"Aku sibuk la"
"Mak ayah aku tak bagi join la.Diorang suruh aku belajar"
"Aku rasa aku ada kepentingan pada keluarga aku"

Ayat-ayat di atas ialah ayat biasa budak KY untuk menjauhkan diri dari aktiviti kolej yang sangat banyak.Akibatnya,orang-orang yang sudah sibuk pun disibukkan lagi dengan aktiviti yang lain.

"Penting diri la korang semua ni," kadang-kadang batin saya menjerit.

Sibuk dengan menyiapkan design yearbook dan mengulangkaji subjek fizik yang terpaksa diulang ambil menyebabkan saya mengalami sedikit tekanan dalam sem ini.Rasanya itu sudah cukup.

Dan masa yang sudah pahit itu saya telan dengan hadirnya tawaran supaya menjadi penyanyi utama bagi nasyid di antara rumah sukan.Saya menolaknya.Tetapi masih terus dipaksa.

Dan selepas ini, peperiksaan untuk IELTS (International English Language System) pula akan menjelma.Saya agak susah hati.Dengan lidah yang sangat petah untuk berbicara dalam bahasa Melayu, akhirnya perlu dipetahkan untuk berbicara bahasa Inggeris. Nak pegi London la katakan!

Namun,hasrat untuk belajar ke luar negara itu,saya tidak penah beriya-iya.Cuma bagi saya,kalau ada rezki ada la.Walaubagaimana pun,tiket usaha tetap saya jalankan.Apakah tidak malu kita meminta pada Tuhan kalau diri sendiri malas untuk memenuhi tuntutan?

Doa.Doa dan doa..Saya tetap teruskan..

Baru-baru ni,cermin mata saya rosak.Terus saya menelefon ibu.Minta dibawa pulang Sabtu ini.Kagumnya saya dengan sabar si ayah dan kasih si ibu,hari Khamis (Cuti Thipusam),mereka hadir berdua dan membawa saya ke Tanjung Malim.

Caknanya ibu.Kasihnya ayah.Sebuah kurniaan Tuhan yang paling bernilai.

Saya belajar akan pengalaman kehidupan ini kerana semua yang berlaku ialah satu tarbiyah dari Allah.Sungguh! jika berprasangka baik seperti ini pada Allah lebih baik dari kita berprasangka buruk pada manusia yang kita benci tanpa sebab, saya akan meneruskannya.

Dan hidup ini,saya terus dikalahkan.Sukan dan belajar seolah-olah bukan bidang pilihan.Saya terus jatuh dan bangkit dalam pedih hati keseorangan.Sentiasa saya mengharapkan Tuhan mengurniakan teman.Namun, budaya masyarakat mengubah nilai kasih sayang nikah menjadi zalim manusia zina membuang anak.

Majoriti tak selalunya benar.Warisan dahulu tak semuanya boleh dipercayai.

"Jangan buka payung dalam rumah,nanti ular masuk" si anak pelik mendengar nasihat ibu.

"Jangan makan berpindah pindah,nanti isteri ramai," lagi rajin si anak makan berpindah randah.Poligami sunnah Rasulullah kata anak.

Kata wanita,seronok la budak laki bila cakap pasal kahwin ramai.Kata brother Syahkirit, penceramah Friendly Comparative Religion, Allah benarkan lelaki kawen ramai,antara sebabnya, lelaki kalau dia dah ada isteri,jika dia jatuh cinta pada wanita lain (isteri kedua), maka dia mampu memberi cinta yang sama pada kedua-dua isterinya.Dia boleh cinta pada ramai dalam masa yang sama.

Dan Allah ciptakan wanita itu, makhluk yang sangat setia sikapnya.Kerna itulah mereka selalu marahkan lelaki kerana tidak setia.Sedangkan wanita asalnya ialah tulang yang bengkok,tak boleh diluruskan.Dan lelaki tulang yang lurus,tak boleh dibengkokkan.

Kenapa saya cakap bab ini? Wallahualam..

Muslim! teruskan berdoa dan berusaha...^^

Friday, January 7, 2011

Sila Cintai Saya

"Sila cintai saya!" jerit si Al Quran.

Namun kita tidak mampu untuk mendengari luahan hati mukjizat terbesar itu.Kita letakkan dia di tempat tertinggi dalam rumah menandakan rasa hormat.Namun hormatnya kita pada dia sehingga berhabuk tidak disentuh.Kita gantung ayat2nya di ruang tamu mahupun ruang kedai, tetapi amat sedikit manusia membaca dan mengamalkannya.

"Sila cintai saya!" rintih Al Quran.

Anda! Anda! dan Anda! yang memandang di skrin ni.Al Quran tidak pernah rugi sekiranya kita tidak membacanya tetapi kitalah sebenarnya yang akan rugi.Ingatlah bahawa sesungguhnya Al Quran akan menjadi hujjah bagi kamu (yakni pembela bagi kamu) atau menjadi hujjah (yakni menghukum) kamu diatas usaha yang kamu letakkan atas Al Quran.

Al Quran-Input,Process dan Output.Itulah tajuk yang saya mula-mula fikirkan untuk artikel ini.Namun,memikirkan bahawa ramai pembaca lebih suka membaca artikel yang mempunyai tajuk yang 'cache',maka saya ubah tajuk ulasan ini kepada Sila Cintai Saya.

Ya atau tidak tapi itulah hakikatnya.Ramai pembaca mudah tertipu dengan tajuk.Tapi saya tidak mengatakan itu satu kekurangan kerana itulah sifat manusia.Jadi saya tampilkan tajuk yang lebih santai daripada tajuk yang rata-rata agak 'ekstrem' atau bersikap 'agama'.

Cukuplah ini sekadar pendahuluan.Bak kata orang,apalah sebuah hasil tulisan tanpa pendahuluan ibarat manusia tiada kepala.Perlu diingat di kepalalah terletak muka dan di mukalah terpancarnya sikap dan budi.Begitulah dengan pendahuluan apalah jika pendahuluannya sudah bosan,apatah lagi isinya.Namun masih ada manusia yang menilai dari awal sehingga akhir dan ada setengahnya pula cukup pandangan awal membuatkan dia mampu terjun kepada satu konklusi.

Input Process dan Output

Seperti biasa,ini adalah catatan sebuah kembara ilmu sebenarnya.Saya menyampaikan kembali hasil perkongsian ilmu yang diulas oleh guru kegemaran saya Ustaz Hasrizal yang terkenal dengan blognya www.saifulislam.com.

"Dan di antara mereka pula ada yang (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka". ayat 201 surah Al Baqarah.

"Mereka itulah yang akan mendapat bahagian yang baik dari apa yang telah mereka usahakan; dan Allah amat cepat hitunganNya." ayat 202 surah Al Baqarah.

Perlu difahami bahawa ayat Al Quran terbahagi kepada tiga iaitu input, process dan output.

Inputnya- Orang yang berdoa,(
"Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka")

Processnya- berusaha dengan sungguh-sungguh.(
apa yang telah mereka usahakan)

dan Outputnya- dikurniakan balasan dari Allah (
"Mereka itulah yang akan mendapat bahagian yang baik.)

Jika kita lihat penerangan bagi ayat ini,Allah nyatakan bahawa dia akan membalas kebaikan.Itu ialah output bagi ayat ini.Tetapi siapakah yang akan dibalas kebaikkan itu?

Jawapannya ada pada input.Yakni orang yang berdoa dengan istiqamah dan rasa rendah diri.

Namun kita pelik.Mengapa umat hari ini, meskipun berdoa, namun tidak mendapat kebaikan di dunia? Masalah datang melanda dengan bertimpa-timpa.Susah nak dapat kerja.Miskin dan papa kedana.Tiada rumah untuk tinggal.Dah lama bekerja namun tak dapat naik pangkat.

Jawapannya ada pada process.Kita hilang dan kurang usaha.

Ingat! Bahawa Allah tidak akan kurniakan kebaikan dan balasan yang baik sekiranya kita orang yang kuat berdoa namun kita kurang usaha.Maka perlu diingat,bahawa ramai di antara kita memandang kasar ayat Al Quran sehingga terlepas beberapa prasyarat yang diletakkan oleh Allah s.b.t.

Jadi,cintailah Quran.Rindulah untuk membacanya.Dan sayanglah dia seperti mana kau mencintai dirimu sendiri.Ok?^^

Alhamdulillah selesai.

Tak cukup panjang? Sikit2 cukup kot.Orang Malaysia kan malas membaca...xp

Tuesday, January 4, 2011

Bagaimana Solat Mengubah Manusia?


Bismillah..

"Macam mana solat mengubah manusia bang? Saya tak nampak pun apa hikmahnya solat selain kena patuh pada imam atau taat pada ketua," tanya seorang adik di sebuah program.

"Iye ke tak da? Kamu dah abis kaji dah ke?" saya bertanya dalam nada mesra.Dalam berdakwah,jangan ada nada memaksa apatah lagi nada yang menyakitkan.

"Entah..hehehe"si adik ketawa kecil.

Solat terdiri pada 3 iaitu hati,perbuatan dan lisan.

Hikmah solat dari perbuatan tak perlu lagi saya ceritakan.Telah banyak tersebar kebaikan perbuatan-perbuatan dalam solat.

Ketika saya ditanya tentang soalan bagaimana solat mampu menjana manusia yang hebat, saya pun buntu memikirkannya.

Alhamdulillah..saya akhirnya bertemu dengan sebuah jawapan.

Membaca ayat-ayat di dalam solat,bukan sekadar bacaan kosong..Tetapi ia perlu kepada penghayatan.Maka jika bacaan di dalam solat dihayati,maka hati yang merupakan raja dalam diri mampu mengatakan mahu untuk mentaati ilahi.

Penghayatan itu tidak mati di situ bahkan disuruh ulang oleh Allah s.w.t lima kali dalam sehari.Ini adalah satu pengukuhan dalam memberi perubahan dalam diri yakni yang pertama meyakini Allah sebagai illah dan rabbi dan yang keduanya mencari redha ilahi dengan sentiasa memberi yang terbaik pada diri dan masyarakat dalam hidup sehari-hari.

"Perubahan yang terbaik itu ialah perubahan yang bermula dari hati yang menghayati bukan pada kata yang disebut tanpa mengerti.Solat yang tidak dihayati,samalah seperti makan yang tidak penah kenyang."

Jadi jawapannya mudah.Umat Islam dahulu,sangat kuat,sangat berdisiplin dan sangat berusaha kerana hati mereka cinta pada Allah dan Rasulnya.Rahsianya dari mana? Dari solat yang dihayati bacaannya.Mereka manangis dan mereka tersenyum suka.

Kita? Kita menangis kerana solat? atau solat menangis mengenangkan malasnya kita?

Kekuatan yang paling kuat itu datangnya dari dalam hati dan rohani..

Boleh percaya ke? Nilailah dengan akal dan hati...^^

Related Posts with Thumbnails

Popular Posts