Tuesday, September 7, 2010

Sahabat sejati sehidup semati



“Salam.Jom jumpa.lama tak dengar cerita kau.jom la kita borak-borak.Restoran A Malik ek..set!!”

Alhamdulillah.malam ni dapat berjumpa Zuhri dan Silamudin.Kawan sekolah rendah yang rapat dahulu.

“Ane! Roti Nan satu!” terliur dengan Sila yang sedang menjamah hidangan menarik itu di depan mata.

Kemudian datang 2 orang lagi sahabat lama menepuk bahuku dari belakang.
Wajah itu.Hatiku dibalut rasa rindu.Hilang semuanya tatkala berjabat tangan dengan Faris Razak dan Anuar Muhammad.Kami berborak-borak.Menceritakan nasib dan hidup selama beberapa tahun yang sudah ditinggalkan.

“Kau belaja mana nan?”Tanya si Faris.

“Kolej Yayasan UEM.Aku buat A-level.”

“Ooh.Bagus la kau.Aku ni tak pandai.Duduk kelas D je dulu.”

“Haha” aku tersenyum sendiri

“Ko tak payah risau la.Suma orang ada rezki masing-masing.Kat muka bumi tuhan ni,tak da lagi orang mati sebab dia tak pandai.Tapi ada je orang pandai yang tak tahu nak menghargai cara hidup. Bukan ilmu aku kisahkan. Asal kita semua tau nak hidup.Tak buat benda-benda tak senonoh.Alhamdulillah.Senang hati aku dengar.”

“Aku bangga tengok Sila.Dia tolong jual-jual kat pasar malam.Ko ingat aku boleh buat keje macam tuh? Mati.Esok pun tak terjual barang-barang tu.Rezki Allah tu luas sahabatku.Sangat luas.Apa yang kau risaukan?”

Buat sahabat-sahabat lama di luar sana.Aku mendoakan korang semua bahagia dan menjalani hidup dalam keadaan seperti biasa.Moga yang jauh menyimpang kembali kepada ajaran agama,yang derita dan susah hidupnya,semoga Allah permudahkan segalanya.Aku tidak ada harta untuk dikongsi.Tapi mungkin doa yang ikhlas dari seorang sahabat untuk diberi.Amin.

1 comment:

  1. Beruntung kalau dikurniakan sahabt yang prihatin macam abang hanan.. ameen..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails

Popular Posts