Bismillah..
Alhamdulillah.ucapan syukur memuji tuhan yang maha penyayang.
Seronoknya bersahabat kerana Allah.Hari ini tanggal 3 september ialah malam terakhir moreh sempena bulan Ramadan di Surau As-saad.Krew pembersih dan krew tukang perabih semua menjalankan tugas dengan penuh dedikasi. Di bilik wuduk green box beberapa lagu didendangkan oleh saudara Syukri,Addin and the Gang.Lagu apa? Lagu RAYA la apa lagi...
Antara banyak banyak perkara di Kolej Yayasan UEM ni, satu benda yang sentiasa bermain di benakku. Sememangnya seronok semasa tubuh masih sihat dan muda.Ketika sahabat-sahabat masih dikeliling menemani kita. Aku pilu menatap wajah sahabat-sahabtku yang sentiasa berdekatan bila aku terkenangkan satu masa nanti mesti tuhan akan menjemput kami satu persatu. Mungkin ketika itu tiada lagi hilai tawa bersama,tiada lagi saat duka yang ditangisi bersama.Namun,aku sentiasa berdoa,semoga Allah meletakkan kami di dalam golongan yang bertemu keranaNya dan berpisah keranaNya.Sahabatku,aku menyayangimu sepertimana aku menyayangi diriku...
Coretan kata penuh emosi di atma..3 sept 2010
like :)
ReplyDeleteya..sangat bertuah orang2 yang ada sahabat...
ReplyDeleteoh teringat plak peristiwa kehilangan sahabat..
like =) weyh,gambaq ak??heheh :P
ReplyDeletelike =) weyh,gambaq ak mana? ^_^!
ReplyDeletehang mana boleh masuk team ni..hang makan sikit je.,ni team pperabih makanan..hang tak layak kot.hahaha
ReplyDeletebtoi3.ukuwah fillah sgt indah!
ReplyDelete