Friday, August 27, 2010

Ada Apa Dengan Manusia?




“Kau ni hannan,asyik bagi konklusi sama je.Faktor manusia,faktor manusia dan faktor manusia..tak da faktor lain ke..?” sahabat saya mencelah.

“Ada..tp aku rasa yg keempat pun faktor manusia.Kau nak dengar ke?” saya berseloroh. Menggeleng sahabat saya mendengarnya.

Manusia

“Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan mereka sendiri yang mngubahnya”

Faktor untuk mencetus kecemerlangan,yang keduanya adalah Manusia itu sendiri.Sebab apa saya katakan manusia? Sebab berbalik pada firman Allah di atas, nak berjaya atas usaha manusia.Allah tidak kata atas kucing,monyet,pokok paku pakis ke..tak..Allah kata atas usaha manusia itu sendiri.

Mari kita buat sedikit pemerhatian.Sebuah organisasi yang hebat,pekerjanya ilmu tinggi,graduan first class semuanya, komputer dan peralatan canggih semuanya dan gaji dibayar mahal.Tetapi tak cemerlang-cemerlang.Apa puncanya? Komputer? Gaji tak cukup tinggi? Bangunan tak cukup besar? Saya yakin semua sependapat bahawa sebab manusia yang bekerja itulah faktornya.

Saya ambil satu lagi contoh. Sebuah sekolah misalnya. Bangunan besar,kelas kondusif, alat bantuan mengajr canggih-canggih, perpustakaan sebesar-besar perpustakaan di Negara. Tetapi tak cemerlang juga. Apa puncanya? Setelah disiasat, rupa-rupanya manusia di dalamnya mentaliti rendah. Si guru masuk kelas sepatutnya pukul 8 masuk pukul 8.30.Para pelajarnya yang tidak berdisiplin.Meniru dalam kelas,cakap perkara kesat,suka ponteng.Jadi,berilah komputer secanggih mana pun, perpustakaan sebesar mana pun, kelas pasang air cond ke.Kalau manusianya rosak,maka rosak la organisasi tersebut.

Kalau kita kaji tamadun manusia kita akan dapat lihat.Bangun jatuhnya sesebuah tamadun itu bergantung pada manusia itu sendiri. Kita ambil Baghdad misalnya,tamadun Bani Abbasiyah,musnah disebabkan manusia sudah hilang moralnya. Minum arak,berjudi dan sebagainya sehingga dating tentera Monghul, bunuh semua umat Islam disitu dengan kematian mencecah ratusan ribu. Namun setelah mereka yakni puan Moghul tewas di Andalusia,para ulama’ memainkan peranan dengan berdakwah kepada mereka,akhirnya mereka pula menjadi pembangun Islam di Pakistan tak silap saya di mana Taj Mahal dibina.

Perlu diingat,dalam diri manusia itu pula pecah kepada 4 perkara yakni ilmu,maklumat, kemahiran dan juga sikap. Yang mana paling penting? Jom kita buat survey.

Ilmu.Kita ada kawan yang pandai semua benda. Fizik dia tahu,kimia dia faham, mathematic dia petik jari je. Tapi nak Tanya,ada ke kita sayang dia sebab dia banyak ilmu? Sebab dia pandai? Mungkin ada. Mungkin 3 dari sepuluh mengatakan ya.

Maklumat.Kawan kita sorang lagi ni tau macam macam.Tanya la dia apa yang berlaku di Iraq.Dia tahu.Tanya la apa berlaku di Venezuela.Dia tahu.Ribut di Afrika,banjir di Sweeden dan macam-macam lagi.Semua dia tahu.Kalau zaman moden ni kita panggil dia haji google.com. Tapi adakah kita sayang dia kerana dia serba tahu? Mungkin 5 dari 10 orang mengiyakannnya.

Kita lihat pula kemahiran.Ada orang yang tahu buat semua benda.Main sukan dia boleh, makan apa pun dia boleh, design pun dia cekap, menulis,mengira, baiki mesin basuh.Senang cerita dia ni manusia serba boleh.Ada ke kita sayang dia sebab dia boleh buat semua benda.Mungkin ada.sedikit.

Sikap. Ini perkara yang paling penting.Saya kaitkan dengan 3 perkara di atas.Ilmu,maklumat dan kemahiran.Kita mungkin tak sayang mereka sebab kelebihan yang mereka ada, tetapi kita suka mereka kerana sikap yang mereka tunjukkan.Yang banyak ilmu ajar orang yang kurang ilmu.Itu adalah sikap.Yang banyak maklumat,kongsi dengan orang yang jahil.Itu pun sikap. Orang yang berkemahiran,dia tolong orang yang memerlukan.Itu adalah sikap.Maka,sekarang ingin saya bertanya,antara keempat2 faktor yang telah kita bincangkan,manusia mana yang paling kita sayang?

Walaupun kita berbeza pendapat dalam berbagai perkara, tapi saya rasa dalam hal ni kita sepakat.Sikaplah perkara yang paling perlu kita tekankan.Namun ingin diberitahu bahawa meskipun kita tahu sikap adalah faktornya,namun sikaplah yang paling sukar untuk diubah. Tetapi,itulah yang diubah oleh Islam sewaktu zaman Nabi S.a.w.

Jadi,bagaimana nak ubah sikap? Kita sambung di post berikutnya...salam alaik..alhamdulillah

2 comments:

  1. true~
    sikap..akhlak..dan kebrgantungan manusia terhadap pegangan ajaran Islam y sebenar..

    If only they knew, and understand this....

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails

Popular Posts