Monday, March 15, 2010

Setitis dari pengembaraan hidupku...

Bismillahirrahmanirrahim..segala puji bagi Allah..alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah..kerana dengan keizinan kau aku masih dapat menulis dan berkongsi dengan saudara2 seagamaku..

Hari ini, setelah sekian lama tidak mencoretkan kata2 dan ilmu, kelapangan masa yang ana ada ini ingin ana kongsikan bersama para sahabat semua.Sbenarnya hari ini, ana rasa berat nak menulis kerana terlalu banyak dugaan yang menimpa hamba Allah yang kerdil ini.Namun ana akan cuba tulis sebaik mungkin dengan harapan apa yang ana coretkan ini dapat menjadi iktibar buat kita semua..

Hari ini, ana baru smpai dari penang.Pada hari sabtu lpas, setelah pulang dari KYUEM,petang itu juga ana dan bonda dan ayahnda tercinta bertiga bergerak menuju ke Changlun, Kedah.Perjalanan memakan masa lebih kurang 6 ke 7 jam.Dalam pukul 2 pagi kami smpai di Teja Homestay.Alhamdulillah, keesokannya, di sebelah tghhari kami pergi ke chuping, Perlis, untuk menghadiri kenduri kahwin kawan ibunda ana.Subhanallah.Cantik kedua2 mempelai.sama padan sama semuanya.Semoga Allah mengurniakan kesejahteraan dan kesetiaan cinta buat pasangan.
Setelah itu kami bergerak ke Padang Besar, Perlis, tmpat yang terkenal dgn barang2 murah dari negara jiran.Ramai sungguh pelawat dan peniaga di sana.Pelbagai jenis barang dari baju hingga ke beg tangan wanita, gelang dan sebgainya.Bagi para wanita di luar sana, tidak rugi anda datang ke sini.Barang2nya murah dan berpatutan.huhu..Di kesempatan itu ana belikan sedikit buah tangan untuk kawan2 di kolej.tapi tak banyak.sapa yang dapat dia beruntunglah ye,,huhu

Di sebelah petangnya, kami bergerak menuju ke Changlun kmbali, ke rumah bekas guru ana di SBPIKP dulu..Alhamdulillah..dia masih sihat seperti biasa. walaupun makin jelas dia semakin berusia, namun senyumannya masih manis seperti dulu.Senyuman ikhlas yang datang dari hati.
Puan Faridah Ibrahim..dialah guru yang aku maksdkan..dialah org yang banyak memberiku peluang untuk membangun di sekolah yang berstatus SBP dulu. Banyak perkara yang kami bualkan..maklum la dah lama tidak berjumpa..sekali bertemu pasti banyak yang ingin diluahkan.Alhamdullillah.Di rumahnya, kami anak beranak dapat layanan yang istimewa, juadah yang enak, puding koktail dan roti jala menjadi santapan..hebat tukang masaknya ^_^
Bukan sekadar juadah, umi ana juga turut dihadiahkan 2 tudung buatan sendiri cikgu faridah..Secara tidak langsung, kedua2nya sudah seperti kawan lama, berbual dan berjenaka..senyuman terukir pada wajah kedua2nya..Wahai guruku, semoga Allah merahmati hidupmu dan keluargamu..semoga murah rezkimu dan berkat hidupmu...

Setelah selesai solat di Masjid Abu Bakar, kami bergerak meninggalkan insan yang banyak jasanya padaku di Changlun sana.Bergerak menuju ke Penang, destinasi selanjutnya.Alhamdulillah.Dalam pukul 10, akhirnya kami smpai di Penang dan menetap di rumah tumpangan di Bahagian Teknologi Malaysia.Pada keesokan harinya, setelah sarapan pagi, bersama bonda tercinta, ana menuju ke Kolej Matrikulasi Pulau Pinang, Kolej yang penuh dengan pelbagai kenangan yang tidak dapat ana lupakan..Jasa guru2nya,pelajar2nya yang mesra..Subhanallah..ya Allah, engkaulah yang mengatur hidup ini supaya menjadi indah ya Allah..Di kesempatan itu, ana sempat berjumpa sahabat lama ana, Afiq, president surau dan ajk2 surau, sahabat seperjuangan ketika ana menuntut di KMPP untuk dua bulan setengah dulu..Setelah puas menatap wajah2 sahabat yang sangat ana sayangi itu, dengan langkah yang ringan, kaki bergerak menuju ke bangunan pentadbiran,niat ingin berjumpa guru2 yang tercinta..Alhamdulillah, semua guru yang pernah mengajar, masih lagi ingat pada nak muridnya yang penuh jahil ini..Semua mereka mendoakan kejayaanku.Aalhamdulillah..wahai guru, kaulah pelangi dan kaulah cahaya dalam hidupku...

Akhirnya, perjalann itu tamat pada hari ini..setelah kami smpai ke Gombak, tmpt ana menetap sekarg..The moral of the story is..wahai guruku, wahai sahabatku, ana sangat menyayangimu..sangat merinduimu..walaupun semuanya hanya kenangan..walupun semuanya hanya nostalgia yang telah berlalu..kadang2 ana menangis sendirian..mengenangkan saat2 manis kita bersama dahulu..

Perkara terakhir yang menyedihkan ana, pemergian saudara Adham, junior ana di sekolah SBPI dulu ke rahmatullah pada petang td..meninggal kerana lemas ketika mandi manda di Sabah.Ya Allah,rahamtilah rohnya..ampunkan dosanya..dan tempatkanlah dia di kalangan org yang soleh..

Tidak lupa sahabatku yang berada di luar negara, tidak kira mesir,rusia,UK , US dan korea, serta jepun..jaga diri jaga iman..sahabatmu di sini sentiasa mendoakan kejayaan antum semua..

1 comment:

  1. salam..
    seron0knye dpt jumpe kwn lme..
    ape khabar mdm faridah..sbpikp..kmpp..???
    tempat n org yang sme b'jse kt syira..
    miss em'..
    i really wanna see em..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails

Popular Posts