Assalamualaikum warahmatullah dan salam sejahtera..
Alhamdulillah.Sama2 kita panjatkan kesyukuran kepada Allah, kerana dengan limpah kurnia dan inayahnya, dapat kita sama2 merasai nikmat islam, nikmat iman,nikmat kesihatan tubuh badan dan sebagainya.Alhamdulillah.
Hadirin hadirat yang dihormati sekalian, insyaallah tajuk yang akan saya smpaikan pada hari ini amat berkait rapat dengan kehidupan kita sebagai manusia.Tajuknya: Apa yang kau cari di sini?
Hadirin hadirat yang saya hormati,
Cuba renung2kan tajuk yang bakal saya perkatakan ini. Bunyinya macam mudah difahami dan ringkas. Tetapi jika difahami secara mendalam, banyak manfaatnya.
Saya nak Tanya kalian semua. Apa yang anda semua cari di muka bumi ini? Harta? Wanita? Anak? Keluarga? Kereta besar? Rumah besar? Dan akhirnya????
Kalau kita inginkan harta, maka Allah akan bagi kita harta. Bagaimana? Dengan usaha kerana saidina umar r.a pernah berkata, janganlah kamu duduk dan berdoa sahaja kerana hujan emas tidak akan turun dengan sendirinya.Kalau kamu mahukan wanita, keluarga, anak..insyaallah, sampai masa dan dengan izinnya kita akan dapat.Kemudian?? apa lagi yang engaku mahukan? Adakah dengan ada semua ini kita akan bahagia?? Selepas semua yang kita hendak capai dapat kita peroleh, adakah kita akan bahagia.Apabila masa berlalu maka kita akan jadi semakin tua dan akhirnya MATI! Ya! Kesudahan hidup kita ialah mati.Bersediakah kita untuk mati??
Hadirin hadirat yang dirahmati Allah sekalian,
Atau mungkin saya boleh panggil bakal2 jenazah sekalian.Adakah anda bersedia menghadapi mati? Adakah anda tau bila masanya anda akan mati?? Tidak ada org tahu melainkn Allah.Tuhan yang mnciptakan sekalian alam.Jadi sebanarnya klu kita kaitkan balik dgn persoalan sy sebentar tadi.jelaslah, hidup kita ini sebnarnya terlampau singkat dan tujuannnya adalah untuk bersedia menghadapi mati.
Jadi ingatlah, sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda, mafhumnya, apabila anak adam itu mati, 3 perkara akan mengikutinya ke kubur. Harta, keluarga dan amalannya. Dan apabila selesai talking dibacakan, maka 2 daripadanya akan pergi.Hanya tinggal amalannya semasa dia hidup yang akan menemaninya.Jadi, renung2kan dan fikir2kanlah. Adakah kita telah banyak melakukan amalan baik dan amalan buruk? Adakah kita ada hutang yang tidak dilangsaikan? Adakah kita ada bergaduh dengan sahabat2 kita, ahli keluarga kita dan adakah kita memaafkan mereka dan meminta maaf dari mereka? Jika ditakdirkan anda mati pada hari ini, adakah anda sempat menyelesaikan semuanya? RENUNGKAN2..
sesungguhnya, ada tiga golongan dalam hidup ini.. orang yang ingat mati, orang yang lupa mati, dan orang yang takut mati..orang yang ingat mati sentiasa berusaha menambah amalnnya di muka bumi dan menjauhi maksiat.Ini kerana dia tahu bahawa maut itu sentiasa dekat dgannya dan dia sedar bahawa perjalanan hidup ini singkat semata.Golongan yang kedua yakni golongan yang lupa mati.Golongan ini menganggap dosa dan pahala hanya perkara remeh dan tidak perlu diambil berat.Mereka menganggap bahawa mati itu lambat lagi masanya dan masa hidup adalah masa untuk melakukan apa sahaja yang diingini .Golongan yang terakhir pula ialah golongan yang takut mati.golongan ini sentiasa takut dan memikirkan pasal kematian tetapi mereka sangat takut sehinggakan tidak mampu berfikir dengan waras.Ini adalah satu perkara yang boleh membawa mudarat dalam kehidupan manusia.Dan ada pula yang mereka takut mati kerana mereka takut harta mereka akan diambil oleh orang lain, anak2 mereka dan keluarga mereka ditinggalkan tanpa penjagaan dan sebagainya.Mereka lebih risaukan nasib saudara mara mereka sedangkan mereka sepatutnya merisaukan nasib mereka yang bakal ditanya dan disoal serta diseksa oleh malaikat maut di dalam kubur.Dan apabila tiba hari pembangkitan, tiada siapa pun yang akan peduli akan nasib kita melainkan diri kita sendiri.
Ingatlah wahai anak adam. Apabila kamu mati nanti, hanya doa anak yang soleh dan sedekah yang kamu lakukan dengan ikhlas yang akan membantumu di dalam kubur kelak.Tapi adakah anak2mu ingat pada tuhan pada saat ini. dan adakah mereka mendoakan engkau semasa kau masih hidup?? bagai mana selepas kau mati. aDAKAH MEREKA AKAN TERUS MENDOAKAN KAU ATAU MEREKA TIDAK MENGAMBIL KISAH TENTANG DIRIMU LAGI??? Adakah kau bersedekah semasa kau hidup.Atau kau tidak pernah ada niat untuk melakukan sedekah.????tepuk dada dan tanyalah iman..assalamualaikumwaramatullahiwabarakatuh
No comments:
Post a Comment