Friday, July 9, 2010

Susah ke nak jadi Cemerlang??

Bismillahirrahmanirrahim.In the name of Allah the most gracious and the most merciful. Subhanallah, walhamdulillah, walailahailallah, Allahuakbar.

Insyallah.Apa khabar iman kita hari ini?? Moga2 sihat sejahtera dan bertambah dari sehari ke sehari insyaallah. Jadi setelah sekian lama tidak memegang pena, agak janggal untuk kembali merungkai kata2 untuk dikongsi buat bekalan untuk kita semua insyaallah bukan sahaja bagi mencapai kebahagiaan di dunia malah di akhirat sana.
MENJADI MUSLIM YANG CEMERLANG

Suka saya mengutarakan topik ini kerana sebagai seorang pelajar, diri saya dan sahabat2 handai di luar sana selalu tertanya-tanya,rahsia atau arah tuju bagi menjadikan seseorang itu cemerlang. Secara ringkasnya, saya tidak suka untuk memanjangkan pendahuluan kerana jarang selalunya orang rajin membaca pendahuluan.Jadi saya teruskan kepada isi.



Jadi nak cemerlang ada 3 faktor.Process,Purpose dan kena ada People.Jadi 2 perkara yang ingin sy bincangkan di sini ialah purpose dan people.Nak Berjaya kena ada matlamat.Klu hidup tanpa matlamat samalah ia dengan main bola tanpa tiang gol.Ibarat orang yang main golf tanpa lubang dan sebagainya.Jadi hidup kena ada matlamat dan kejayaan boleh dikatakn dicapai sekiranya anda mencapai matlamat itu.Jadi klu kita tengok, apa sebenarnya matlamat hidup manusia di muka bumi ini? Di sekolah rendah, anda bermatlamat untuk masuk ke SBP dan MRSM misalnya.Setelah itu, ada yang bercita2 untuk ke Universiti2 dalam dan luar Negara, setelah itu bercita-cita2 untuk mendapatkan kerja,berkahwin, mendapatkan zuriat dan akhirnya? Semuanya bercita-cita untuk sampai ke tempat yang sama iaitu mati dan bertemu Allah di syurga yang kekal selama-lamanya.


Dalam buku yang ditulis oleh Steven Covey yang bertajuk 7 sifat yang terkesan menceritakan tentang 7 sikap yang perlu ada untuk menjadikan dia manusia yang berjaya iaitu Begin With The End In Mind.Yg bermaksud,fikirkan akibatnya dahulu sebelum membuat sesuatu tindakan.Jadi ia membawa kita kepada the end of this life iaitu kematian.Jadi,boleh kita simpulkan bahawa kematian itu adalah matlamat kita.Oleh itu, sebagai remaja muslim, tindakan perlu berdasarkan niat kerana Allah kerana kita tahu bahawa apa yang kita lakukan di muka bumi ini, setiap satunya akan dihitung oleh Allah subhanahuwataala.

Sahabat2 sekalian, di akhirat kelak hanya ada dua pilihan, syurga dan neraka. Tidak seperti di dunia, kita ada rumah banglow,rumah teres hinggalah ke rumah setinggan.Jadi kalau tak mampu duduk umah banglow,boleh pilih duduk umah setinggan atau rumah teres atau rumah-rumah lainnya.Tetapi di akhirat nanti tidak ada pilihan! Kalau tak dapat masuk syurga masuk ke neraka adalah jawapannya. Tidak ada istilah syurga setinggan di akhirat!

Saidina Ali r.a pernah berkata,
“Beribadatlah kamu sepertimana esok adalah hari kematianmu dan berkerjalah sepertimana kamu akan hidup untuk selama-lamanya.”

Ada satu kisah yang ingin saya kongsikan bersama sahabat semua sebagai penutup kepada topik Matlamat ini.

Ada seorang hamba Allah ini bernama Muslim.Dia ditugaskan untuk membuat kerja khusus Kajian Tempatan.Jadi dengan niat ingin membuat bancian, dia pun pergi ke tapak pembinaan sebuah kawasan perumahan.Di tengah hari yang terik itu dia berjumpa denga tiga orang pekerja yang melakukan kerja yang sama iaitu menyimen dinding.Jadi perbualannya seperti ini,

Muslim: Assalamualaikum pakcik.

Pakcik 1:Waalaikumsalam (dengan nada selamba)

Muslim: Pakcik tengah buat apa tu?

Pakcik 1:Eh! Kau tak nampak ke aku tengah buat apa?!

Muslim: Oh.Tak pe la pakcik.Maaf ganggu.

Muslim pun kecewa lalu berjalan menemui pekerja yang kedua dengan hati yang sabar dan cekal.

Muslim: Assalamualaikum pakcik.

Pakcik 2: Waalaikumsalam (dengan nada biasa)

Muslim:Pakcik tengah buat apa nih?

Pakcik 2:Oooh..Pak cik tengah sain cek pakcik.(Dengan nada berseloroh)

Muslim: ooh..haha..(pak cik ni buat lawak plak)

Setelah itu, muslimpun berjalan lagi menemui pekerja yang ke 3.

Muslim: Assalamualaikum pakcik.

Pakcik 3: Waalaikumsalamwarahmatullah. Ye nak? (dengan nada ramah mesra)

Muslim: Pak cik tengah buat apa nih?

Pakcik 3:Pakcik tengah simen rumah ni.Ada la sikit lagi supaya rumah ni siap sepenuhnya.Nanti dapatlah sebuah keluarga duduk di rumah ni.Pak cik dah dapat bayangkan dah.Anak2 dia akan belajar di sini, si emak akan memasak di kawasn ni dan si ayah pula sedang berehat-rehat sini.So, pakcik dah boleh Nampak kebahagiaan sebuah keluarga yang hidup di sini dan pakcik tumpang bahagia dapat menyumbang dalam membina rumah ni.

Jadi, 3 orang pekerja yang dibayar gaji yang sama, bekerja di bawah matahari yang sama teriknya dan membuat pekerjaan yang sama.Namun matlamat dan niatyang berbeza menyebabkan mereka mempunyai mood yang berbeza ketika bekerja.Jadi, anda di kategori yang mana??? Renung2kan dan selamat beramal! ^^




Bersambung ke Faktor yang kedua iaitu people......akan datang
Related Posts with Thumbnails

Popular Posts