Bersyukur dengan nikmat lapang yang Allah beri. 7 hari mendatang maka tamatlah kisah cerita kehidupan sebagai pelajar asasi. Paper 1 physic bakal menjadi taruhan sebagai salah satu penyumbang A dalam subjek physics yang cukup digemari.
Namun entri kali ini bukan untuk mengupdate status diri apatah lagi mencari populariti. cukuplah saya katakan hati saya berbisik bahawa saya bakal rindukan kolej ini. Rindukan biah Islam yang mendidik, rindukan biah manusia berwajah barat yang membuka mata untuk lebih celik tentang dunia yang semakin pelik.
Kisah awal kehidupan di sini,mungkin lebih syadid diri ini.Lebih menjaga menjaga percakapannya dan lebih menjaga pergaulannya. Semenjak mengenali insan bernama teman, pandangan itu mula berubah.Mula melihat Islam dicelah-celah watak barat.Melihat Islam dicelah-celah manusia keliru erti kebebasan.
Aku menghargai insan bernama sahabat.Sahabatku di waktu kecil mengajarku erti belajar mengenal manusia tanpa ada prejudgement terhadap manusia.alangkah indah.aku tidak memilih kawan sewaktu kecil.Bersihnya sangkaan ketika itu.
Aku menghargai insan bernama sahabat di SMK Gombak Setia,kerana hadir mereka membuat aku tertawa.Membuat aku kenal erti sekolah menengah biasa. Erti cabaran menjadi seorang pelajar sekolah harian walau 7 bulan tetapi ia penuh dengan ujian dan pengajaran dari Tuhan.
Aku menghargai insan bernama sahabat di SBPIKP kerana disitu lidahku hilang perkataan E dan diganti perkataan A. Aku terkenang sahabat seperjuangan dalam menempuh hidup berdisiplin kerana merekalah cermin.dan aku cermin bagi mereka.
Aku menghargai seorang insan bernama sahabat di Kolej Matrikulasi Penang. Walau perkenalan hanya sebulan lebih tetapi ku ikhlaskan diri menjadi teman dan sahabat terpilih. Meski aku lupa menghubungi bukan bermakna aku tidak merindui.Cuma ku kirimkan doa untuk semua sahabat yang pernah kenal pada diri yang rendah ini.
Aku menghargai insan bernama sahabat di Kolej Yayasab UEM ini kerana hadir mereka mengubah sistem pandang ku pada kehidupan realiti. Mengajarku hidup untuk berdikari dan mengajar berdakwah dengan cara terbuka dan lebih berisi. Kadang-kadang hidup ini seperti cerita drama, kita bayangkan yang indah-indah pengakhiran dan jalan ceritanya.Namun, dari masa ke semasa muncul watak-watak manusia yang kita tidak pernah kenal nama mereka. Membantu mungkin bukan pada kata tetapi pada doa yang terus dibaca. Membantu bukan pada harta dan wang semata tetapi pada kata-kata cakna yang membakar semangat membara.
Kepada mereka yang ikhlas dan sabar membaca, tegurlah aku walau di mana jua.Kerana aku rindu untuk saling berbicara.Aku rindu teguran yang membina. Aku rindu untuk kenal semua insan bernama manusia. Jangan prasangka pada wajahku yg serius sentiasa,kerana dalam hati punya rasa untuk berukhuwaah selamanya..
"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)." Al Hujurat ayat 13
Semoga bertaqwa dalam persahabat kita.^^
No comments:
Post a Comment