Thursday, September 24, 2009

SA'ID BIN AMIR..PEMERINTAH YANG ZUHUD

kisah dia bermula pada zaman saidina umar, di mana said bin amir ni sahabat rasulullah yg sangat2 zuhud dan sangat2 takut akan dunia dan sgt cinta akan akhirat.. ketika saidina umar naik menjadi khalifah datanglah said kepada umar lalu dia berkata kpadanya, "wahai umar
ingatlah pangkat dan gelaran ini adalah amanah umat, jalankanlah tanggungjawab dgn sempurna dan perintah la dgn adil pangkat dan harta itu hanyalah nikmat dunia yang smentara".. kemudian saidina umar pun menerimanya lalu.. pada suatu ketika saidina umar telah menurunkan muawiyah dari jwatan gabenor di syam.Kemudian, dia memikirkan siapakah yang layak diganti menjadi gabenor di syam dan selepas lama berfikir akhirnya dia teringat kembali org yg menasihatinya dahulu, said bin amir.. Jadi dia pun pergi berjumpa said..lalu dia berkata, "wahai said, wahai manusia yg zuhud, sudikah engkau ak lantik untuk menjawat jawatan sebagai gabenor di syam?? said terkejut mendengarnya lalu dia berkata, " adakah kau ingin memberi ak dunia?? sesekali ak tidak ingin menerimanya" ..Umar kemudiannya berkata, "engkau dulu juga menasihati ak untuk menunaikan amanah umat tp kini ketika ak meminta pertolongn engkau dalam melaksanakannya engkau tolak dan kau biarkan ak sendirian!" perkataan yang kluar darii mulut umar seperti sindiran kepada said dan said termakan dgn kata2 umar lalu setelah dia menimbang kmbali, dia menerimanya walaupun dgn berat hati.. ketika dia menjadi gabenor dia hanya mengambil wang yg perlu untuk perbelajaan seharian sahaja yg selebihnya dia dermakan pada org di sekitar syam dan dia sgt miskin tetapi semua rakyat syam mencintainya kerana kemurahan hatinya dan kerana kezuhudannya.. dia membantu tak kira siapa.. sampai la satu ketika saidina umar melakukan pemantauan ke daerah2 islam ketika itu..sbgai khalifah, dia bertanggungjawab memastikan tiada penindasan berlaku dan keadilan ditegakkan jadi ketika pemantauan di syam dia telah pergi ke sekitar ibu kota dan beramah mesra dgn rakyat syam smbil bertanyakan tntg gabenor..semua menyukainya hinggalah dia bertemu dgn seorg fulan ini dia menyatakan ketidak puas hati kepada gabenor syam ketika itu..
maka terkejutlah saidina umar akan jawapan si fulan tadi maka dia pun memanggil said bin amir dan dia kumpulkan semua rakyat syam untuk pengadilan
maka
dia menyuruh si fulan tadi bertanya kepada said tntang apa yang dia sangsi akan apa yg dilakukan oleh gabenor said.
soalan pertama
si fulan bertanya, "knapa kau wahai said akan kluar rumah lpas waktu dhuha sahaja?? knapa tidak lebih awal dr itu?? maka said pun mnjawab, "demi Allah! aku bnci untuk mengatakannya.. ak seorang yang sangat miskin dan ak tidak punyai hamba sahaya yang akan menguruskan keluargaku.. oleh sbb itu ak terpaksa menguruskan hal keluargaku sebelum meninggalkan mereka..pagi2 ak akan uli tepung dan membakar roti untuk sarapan keluarga..ak akn membantu menyiapkan makan pakai keluargaku sebelum ak melangkah keluar dari rumah"..itu lah dia said org yang sgt2 miskin harta tetapi besar jiwa dan akhlaknya
soalan kedua
kata si fulan, "knpa jika waktu malam kami dtg kepadamu engkau tidak akan melayan kami??
lalu said menjawab, " demi Allah! ak benci nak mengatakannya sesungguhnya telah ak bahagikan hidupku kepada dua siang hariku untuk umat dan manusia dan pada malam hari hanya untuk Allah.. maka jika kamu ada masalah yg sgt penting skalipun ak tidak akan keluar rumah untuk melayan kamu kerana tuhanku lebih penting dari itu"..

mendengar akn jawapan said saidina umar sudah mula tersenyum dia tau sahabatnya itu mmg said yg dikenalnya dulu
si fulan bertnya lagi,
"kanapa dalam sebulan pasti kau tdak akan kluar rumah selama 2 hari?"
said menjawab, "demi Allah! ak benci nak memberitahu ak sgt la miskin
sehinggakan ak hanya ada 2 pasg pakaian untuk ditukar2 jadi jikalau pakaian ku kotor
maka ak akan membasuh kedua2nya dan ak tidak akn keluar rumah sehinggalah pakaian ku kering,".. bertapa miskinnya sahabat rasulullah ini sehinggakan pakaiannya hanya cukup ditukar pakai

akhirnya,
si fulan bertnya lagi, "wahai said ada satu perkara yang merisaukan kami.
kenapa kau selalu kami lihat kerap kali menangis lalu jatuh pengsan?"
said berkata, "demi Allah! ak benci nak bgtau ketika aku masih jahil di mekah,
sahabat nabi, khubaib bin adi telah diseksa di depan mataku sehinggalah beliau wafat
di tiang gantungan.. ak langsung tidak membantu apa2.. ak sangat sedih dan rasa bersalah
sehinggakan jika ak teringat akan peristiwa itu pasti ak akn resah dan menangis
mengenangkan peristiwa itu.................

tersenyumlah saidina umar lalu dicium dan didakapnya said
dan bergembiralah rakyat syam pada hari itu kerana dikurniakan seorng pemimpin yang sgt cinta akan Tuhannya

Wednesday, September 23, 2009

GAMBAR YANG DIAMBIL GUNA NIKON SLR..ADA STAIL TAK...BERPELUH ANA NAK AMIK GAMBAR NI..HUHU




my cousin-che'piah

my uncle garden

my uncle garden 2

Thursday, August 20, 2009


Bismillahirrahmanirrahim..selawat dan salam atas junjungan besar nabi Muhammad S.A.W..segala puji bagi Allah,tuhan yang menciptakan alam dan sekalian manusia..Alhamdulillah..Di bumi Kolej Yayasan United Engineer Malaysia ini,ana masih diberikan kesempatan oleh Allah untuk mengisi ruang maya yang serba luas ini dengan karya ana tersendiri melalui akal yang Allah berikan kepada hamba Allah yang kerdil ini..

Bercakap tentang KYUEM,tempat baru yang ana baru sahaja duduki tidak sampai sebulan,namun cukup memberikan makna yang besar dalam hidup ana.Di mana rasanya ingin ana mulakan?? hmm..

Kolej diiktiraf sebagai kolej A level terbaik di Malaysia dan pernah beberapa kali menjadi kolej terbaik antara negara2 Asia..kolej ini serba moden dan selesa yang menempatkan hampir 400 lebih pelajar yang majoritinya di bawah tajaan Bank Negara,Yayasan Khazanah,TNB,TM,UEM,Yayasan Terengganu dan ada juga yang dibawah biayaan sendiri..

Lumrah kehidupan, setiap yang dijadikan pasti ada dan buruk baiknya..Alhamdulillah,di sini kemudahan yang disediakan lengkap..setiap pelajar akan memperoleh sebuah bilik dari 4 bilik di dalam sebuah chalet..komputer dan air cond disediakan di ruang tamu menambahkan lagi keselesaan untuk menuntut ilmu di bumi KYUEM ini..Kemudahan perpustaakaannya baik dengan lab IT dan pelbagai lagi..Segala Puji Bagi Allah..sahabat2 dan teman2 di sini semuanya ramah2 dan pandai2 semuanya.Tidak dinafikan ana kadang2 merasa rendah diri apabila lebih mengenali latar belakang pelajar2 di sini..ada yang wakil kebangsaan,wakil negeri,ketua pelajar,para debaters dan macam2 lagi..Subhanallah,hari ini ana dapat duduk dengan manusia yang hebat2 yang bakal membimbing negara pada masa hadapan..

Wlaubgaimanapun,masih ada lagi lorong-lorong yang masih terbuka luas untuk diperbaiki..Kadang2 timbul rasa sedih melihat sahabat2 yang hebat2 ini semakin jauh dan cuba lari dari agama Allah..Apabila ditegur ada yg buat2 tak paham,ada yang buat tak kisah..di manakah sepatutnya ana mulakan usaha dakwah ini..Wahai sahabat!! Ana saudaramu!! Ana nasihat demi kebaikan semua..adakah engkau lupa AKAL yang Allah beri itu supaya engkau bersyukur..Ana sedih melihat sahabat2 yang waktu solatnya tidak dijaga,ada juga yang solat mengikut mood dan kerajinan..Nauzubillah..sudahkan engkau lupa akan janjimu pada tuhanmu wahai sahabatku??!! Engkau telah bersaksi dihadapan tuhanmu bahawa Allah itu tuhanmu..setiap kali dalam solat kau lafazkan ucapan innasolati wanusuki wamayahyawamaamati lillahirabbil alamin tapi hatimu lalai dalam mengingati tuhanmu...

Tidak dinafikan..masalah sosial dan pergaulan bebas ada di mana2 sahaja termasuklah di tempat ana belajar ini..Ana rasa terhina melihat sesetengah sahabat muslimin dan muslimat menjatuhkan Islam dengan perbuatan2 mereka..Budaya FREE HAIR dikalangan wanita tak dibendung..masing2 bebas bawa diri..yang muslimat sentuh muslimin seperti kucing diusap dan dibelai oleh tuannya..boleh dicubit2, boleh ditampar2..adakah mereka tak tau malu?? Ya Allah, apakah ini tanda2 kiamat akan berlaku?? Manusia hebat yang engkau cipatakan tapi hati nurani mereka kosong dan tidak lagi mengenalimu dan kekasihmu..Kadang2 ana terpikir,di manakah mereka letakkan tuhan kita??Nabi kita?? Agama kita?? adakah di dalam loker baju...adakah ianya selepas pakwe dan makwe kita??Selepas diri sudah puas melempiaskan nafsu baru ingin kembali bertemu tuhan memohon taubat?? Innalillah..

Ya Allah,ana mohon hidayahmu pada diri hambamu yang kerdil ini dan kepada sahabat2ku yang jahil..lindungilah kami ya Allah dari kemurkaanmu..
Related Posts with Thumbnails

Popular Posts