Bismillahirrahmanirrahim..selawat dan salam atas junjungan besar nabi Muhammad S.A.W..segala puji bagi Allah,tuhan yang menciptakan alam dan sekalian manusia..Alhamdulillah..Di bumi Kolej Yayasan United Engineer Malaysia ini,ana masih diberikan kesempatan oleh Allah untuk mengisi ruang maya yang serba luas ini dengan karya ana tersendiri melalui akal yang Allah berikan kepada hamba Allah yang kerdil ini..
Bercakap tentang KYUEM,tempat baru yang ana baru sahaja duduki tidak sampai sebulan,namun cukup memberikan makna yang besar dalam hidup ana.Di mana rasanya ingin ana mulakan?? hmm..
Kolej diiktiraf sebagai kolej A level terbaik di Malaysia dan pernah beberapa kali menjadi kolej terbaik antara negara2 Asia..kolej ini serba moden dan selesa yang menempatkan hampir 400 lebih pelajar yang majoritinya di bawah tajaan Bank Negara,Yayasan Khazanah,TNB,TM,UEM,Yayasan Terengganu dan ada juga yang dibawah biayaan sendiri..
Lumrah kehidupan, setiap yang dijadikan pasti ada dan buruk baiknya..Alhamdulillah,di sini kemudahan yang disediakan lengkap..setiap pelajar akan memperoleh sebuah bilik dari 4 bilik di dalam sebuah chalet..komputer dan air cond disediakan di ruang tamu menambahkan lagi keselesaan untuk menuntut ilmu di bumi KYUEM ini..Kemudahan perpustaakaannya baik dengan lab IT dan pelbagai lagi..Segala Puji Bagi Allah..sahabat2 dan teman2 di sini semuanya ramah2 dan pandai2 semuanya.Tidak dinafikan ana kadang2 merasa rendah diri apabila lebih mengenali latar belakang pelajar2 di sini..ada yang wakil kebangsaan,wakil negeri,ketua pelajar,para debaters dan macam2 lagi..Subhanallah,hari ini ana dapat duduk dengan manusia yang hebat2 yang bakal membimbing negara pada masa hadapan..
Wlaubgaimanapun,masih ada lagi lorong-lorong yang masih terbuka luas untuk diperbaiki..Kadang2 timbul rasa sedih melihat sahabat2 yang hebat2 ini semakin jauh dan cuba lari dari agama Allah..Apabila ditegur ada yg buat2 tak paham,ada yang buat tak kisah..di manakah sepatutnya ana mulakan usaha dakwah ini..Wahai sahabat!! Ana saudaramu!! Ana nasihat demi kebaikan semua..adakah engkau lupa AKAL yang Allah beri itu supaya engkau bersyukur..Ana sedih melihat sahabat2 yang waktu solatnya tidak dijaga,ada juga yang solat mengikut mood dan kerajinan..Nauzubillah..sudahkan engkau lupa akan janjimu pada tuhanmu wahai sahabatku??!! Engkau telah bersaksi dihadapan tuhanmu bahawa Allah itu tuhanmu..setiap kali dalam solat kau lafazkan ucapan innasolati wanusuki wamayahyawamaamati lillahirabbil alamin tapi hatimu lalai dalam mengingati tuhanmu...
Tidak dinafikan..masalah sosial dan pergaulan bebas ada di mana2 sahaja termasuklah di tempat ana belajar ini..Ana rasa terhina melihat sesetengah sahabat muslimin dan muslimat menjatuhkan Islam dengan perbuatan2 mereka..Budaya FREE HAIR dikalangan wanita tak dibendung..masing2 bebas bawa diri..yang muslimat sentuh muslimin seperti kucing diusap dan dibelai oleh tuannya..boleh dicubit2, boleh ditampar2..adakah mereka tak tau malu?? Ya Allah, apakah ini tanda2 kiamat akan berlaku?? Manusia hebat yang engkau cipatakan tapi hati nurani mereka kosong dan tidak lagi mengenalimu dan kekasihmu..Kadang2 ana terpikir,di manakah mereka letakkan tuhan kita??Nabi kita?? Agama kita?? adakah di dalam loker baju...adakah ianya selepas pakwe dan makwe kita??Selepas diri sudah puas melempiaskan nafsu baru ingin kembali bertemu tuhan memohon taubat?? Innalillah..
Ya Allah,ana mohon hidayahmu pada diri hambamu yang kerdil ini dan kepada sahabat2ku yang jahil..lindungilah kami ya Allah dari kemurkaanmu..
oh.. mesti culture shock sikit kan.. skarang tibe masa kita bhadapan dengan situasi sbenar pelajar2 bijak pandai. mmg diorg lalai sikit, tapi perlukan bimbingan yg konsisten..
ReplyDeletekadang2 diorg tak tau apa yg diorg buat tu salah. tu tanggungjawab kite yg tau mmberitahu. diorang tak tau apa yg diorang buat mendekati zina, asalkan diorg tak berzina.. tapi yg menyedihkan, apa yg diorg tahu buat2 tak tahu..
mmg lumrah manusia yang sentiasa inginkan kebaikan. dalam lubuk hati diorg, tsimpan satu keinginan untuk menjadi baik, tapi tak tau macam mana nak mula.
sbenarnye apa yg ko tengok diorg skarang, hasil latar belakang keluarga dan kawan2. tak bule salahkan 100%.
bnyak berceloteh pulak. hhehehe.. salam ziarah