Thursday, August 20, 2009


Bismillahirrahmanirrahim..selawat dan salam atas junjungan besar nabi Muhammad S.A.W..segala puji bagi Allah,tuhan yang menciptakan alam dan sekalian manusia..Alhamdulillah..Di bumi Kolej Yayasan United Engineer Malaysia ini,ana masih diberikan kesempatan oleh Allah untuk mengisi ruang maya yang serba luas ini dengan karya ana tersendiri melalui akal yang Allah berikan kepada hamba Allah yang kerdil ini..

Bercakap tentang KYUEM,tempat baru yang ana baru sahaja duduki tidak sampai sebulan,namun cukup memberikan makna yang besar dalam hidup ana.Di mana rasanya ingin ana mulakan?? hmm..

Kolej diiktiraf sebagai kolej A level terbaik di Malaysia dan pernah beberapa kali menjadi kolej terbaik antara negara2 Asia..kolej ini serba moden dan selesa yang menempatkan hampir 400 lebih pelajar yang majoritinya di bawah tajaan Bank Negara,Yayasan Khazanah,TNB,TM,UEM,Yayasan Terengganu dan ada juga yang dibawah biayaan sendiri..

Lumrah kehidupan, setiap yang dijadikan pasti ada dan buruk baiknya..Alhamdulillah,di sini kemudahan yang disediakan lengkap..setiap pelajar akan memperoleh sebuah bilik dari 4 bilik di dalam sebuah chalet..komputer dan air cond disediakan di ruang tamu menambahkan lagi keselesaan untuk menuntut ilmu di bumi KYUEM ini..Kemudahan perpustaakaannya baik dengan lab IT dan pelbagai lagi..Segala Puji Bagi Allah..sahabat2 dan teman2 di sini semuanya ramah2 dan pandai2 semuanya.Tidak dinafikan ana kadang2 merasa rendah diri apabila lebih mengenali latar belakang pelajar2 di sini..ada yang wakil kebangsaan,wakil negeri,ketua pelajar,para debaters dan macam2 lagi..Subhanallah,hari ini ana dapat duduk dengan manusia yang hebat2 yang bakal membimbing negara pada masa hadapan..

Wlaubgaimanapun,masih ada lagi lorong-lorong yang masih terbuka luas untuk diperbaiki..Kadang2 timbul rasa sedih melihat sahabat2 yang hebat2 ini semakin jauh dan cuba lari dari agama Allah..Apabila ditegur ada yg buat2 tak paham,ada yang buat tak kisah..di manakah sepatutnya ana mulakan usaha dakwah ini..Wahai sahabat!! Ana saudaramu!! Ana nasihat demi kebaikan semua..adakah engkau lupa AKAL yang Allah beri itu supaya engkau bersyukur..Ana sedih melihat sahabat2 yang waktu solatnya tidak dijaga,ada juga yang solat mengikut mood dan kerajinan..Nauzubillah..sudahkan engkau lupa akan janjimu pada tuhanmu wahai sahabatku??!! Engkau telah bersaksi dihadapan tuhanmu bahawa Allah itu tuhanmu..setiap kali dalam solat kau lafazkan ucapan innasolati wanusuki wamayahyawamaamati lillahirabbil alamin tapi hatimu lalai dalam mengingati tuhanmu...

Tidak dinafikan..masalah sosial dan pergaulan bebas ada di mana2 sahaja termasuklah di tempat ana belajar ini..Ana rasa terhina melihat sesetengah sahabat muslimin dan muslimat menjatuhkan Islam dengan perbuatan2 mereka..Budaya FREE HAIR dikalangan wanita tak dibendung..masing2 bebas bawa diri..yang muslimat sentuh muslimin seperti kucing diusap dan dibelai oleh tuannya..boleh dicubit2, boleh ditampar2..adakah mereka tak tau malu?? Ya Allah, apakah ini tanda2 kiamat akan berlaku?? Manusia hebat yang engkau cipatakan tapi hati nurani mereka kosong dan tidak lagi mengenalimu dan kekasihmu..Kadang2 ana terpikir,di manakah mereka letakkan tuhan kita??Nabi kita?? Agama kita?? adakah di dalam loker baju...adakah ianya selepas pakwe dan makwe kita??Selepas diri sudah puas melempiaskan nafsu baru ingin kembali bertemu tuhan memohon taubat?? Innalillah..

Ya Allah,ana mohon hidayahmu pada diri hambamu yang kerdil ini dan kepada sahabat2ku yang jahil..lindungilah kami ya Allah dari kemurkaanmu..

Tuesday, August 11, 2009

Thursday, July 23, 2009

KEPADA SEMUA WARGA KMPP

bismillahirrahmanirrahim..dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang..laailahaillallah..tiada tuhan melainkan Allah..

sahabat2 dan guru yang ana hormati sekalian,semoga sentiasa di dalam rahmat Allah dan sihat sejahtera..

Maafkan ana jika ana ada buat sebarang salah dan silap..terkasar bahasa atau membuat perkara yang tidak berkenan di hati..ana mengaku kelemahan ana dan ana harap semua teguran yang anta semua berikan dapat mnjadikan ana insan yang lebih baik di muka bumi Allah ini..maafkan ana kerana tidak sempat untuk berjumpa dengan anta semua sebelum keluar dari kmpp kerana kesempitan ruang dan masa..ana teringin sekali bertemu dengan kalian semua dan mengucapkan selamat tinggal dan terima ksaih secara berhadapan namun bukan takdir Allah untuk membenarkan kita semua bertemu..Kepada pensyarah2 ana, pensyarah2 fizik,pensyarah2 kimia dan pensyarah2 matematik, Puan Husna,Puan Norazah,Puan Hartini,Miss Rachele,Puan Azimah,Puan Baizura,En Fizin dan tidak lupa mentor yang disayangi En Syukri serta semua pensyarah yang telah banyak membantu ana selama ini, tak lupa En Amin, En Mahfuz dan En Tajudin serta Tuan Hj Khairi Bin Jalun, ana ucapkan ribuan terima kasih dan mohon maaf sekiranya ada terkasar bahasa dan tersilap bicara..

Kepada sahabat2 ana,ahli praktikum F5P7,semua ajk surau muslimin dan muslimat, AJK Jawatankuasa Perwakilan Pelajar dan semua warga Kmpp yang mengenali diri ini, ana mohon maaf dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada anta semua kerana sudi menjadi sahabat ana..kepada sahabat sebilik, MAT D, AYI DAN NAIM,janganlah sesekali tinggalkan solat..maafkan ana dan halalkan makan minum ana selama ana dudk di bilik c3.3.10 yang ana cintai itu..kepada Afiq dan Kamal,ana amanahkan anta berdua untuk menyampaikan pesaanan ana yang ana tulis dalam blog ini..tidak lupa juga kepada Malik, tolong beritahu sahabat yg lain apa yang ana sampaikan dalam blog ini..terima kasih..syukran jazilan..semoga Allah bersama dengan kita dalam apa jua keadaan..

terima kasih semua keran telah memberi ruang untuk ana berkenalan antara kita..

salam sayang,
Muhammad Hannan Bin Shawalludin (Ibnu Muslim)
0195775905

Wednesday, July 22, 2009

ALHAMDULILLAH KURNIAAN REZEKI


bismillahirrahmanirrahim..selawat dan salam atas junjungan besar nabi muhammad S.a.w..Alhamdulillah..bersyukur ke hadrat Allah atas nikmatnya yang tidak terkira..

Alhamdulillah.Beribu kali ingin ana ucapkan kalimah syukur ini.Peperiksaan Ujian Pertengahan Semester di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang memang agak mencabar..namun semuanya dapat ana lalui dengan berkat ilmu yang pensyarah beri dan perkongsian ilmu dari rakan2..terima kasih guru terima kasih sahabat semua..Ketika kisah ini ditulis,ana berada di rumah yaitu di Gombak,sedang mengahabiskan masa 2 minggu berehat selepas penat lelah menuntut ilmu di KMPP selama 2 bulan lebih..agak mencabar menjalani kehidupan di KMPP kerana gaya pembelajarannya yang agak laju disebabkan masa yang singkat dan sibuk menguruskan pelbagai aktiviti..namun dengan kasih dan sayang Allah,semuanya dapat dilalui dengan baik..

Rezki Yang Tidak Disangka-Sangka

Kring!! Kring!! Telefon rumah berbunyi..ana yang ketika itu asyik membaca blog saifulislam.com tersentak..Berlari mendapatkan telefon di ruang tamu..
"Assalamualaikum"
mendengar suara yang penuh ramah itu,ana terus menjawab
"Waalaikumsalamwarahmatullah.Ya yah?"(bukan cik Kiah, tapi ayah ana)
"Ni, adik ada buat permohonan untuk minta tajaan UEM ke??"
ana terkejut..cuba mengingati kmbali zaman selepas result SPM diumumkan..
"ya, ada..napa yah?"
"Tadi ada org call dari UEM..dia nak tawarkan adik blaja di kolej UEM lembah beringin..buat a-level 2 tahun..dia taja penuh..jurusan business and management"
"Alhamdulillah.." terpacul keluar kalimah hamdalah..ana terkejut bercampur gembira..
bulan 7 ana ingatkan tiada lagi sebarang kemasukan ke ipta mahupun ke ipts..memang rasa agak terkilan pada mulanya apabila ramai sahabat2 sepengajian di SBPIKP dulu mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di luar negara..sedangkan hamba Allah yang kerdil seperti ana ini mungkin Allah sudah mentakdirkan rezki di tempat lain..Alhamdulillah,rupanya inilah rezki yang Allah dah takdirkan untuk ana..Melanjutkan pelajaran bawah tajaan UEM (United Engineer Malaysia) tanpa perlu mengeluarkan sebarang modal, mereka menyediakan penginapan,makanan,dan duit bulanan sbnyak 200 sebulan..semuanya disediakan dan ana tidak ada sebarang ikatan dengan UEM..sekiranya result bagus,mereka akan menghantar ana sama ada ke UK atau Australia..jika tidak ana boleh mencari sponsorship sendiri bagi meneruskan pengajian dalam degree..

keesokan harinya....di pejabat UEM

"Do you want to accept this offer hannan?"ulas Encik Azman.Pengurus scholarship UEM..
"Yes" dengan hati yang mantap.Selepas penerangan yang panjang lebar dari encik Azman,ana rasa inilah peluangnya..
"Do you have any question??"
"Sir,actually i am more interested to continue my study in science field sir..Can i change to the mechanical engineering field..?" tanpa berlatar belakangkan account,ana sangat takut jika tidak boleh membawa subjek pengurusan itu..

Sehari selepas itu eN.aZMAN menelefon ana.."Tahniah! Anda telah dapat apa yang anda minta..boleh datang esok ke UEM untuk ambil surat tawaran dan taklimat..Awak boleh mendaftar di Kolej UEM pada 27 Julai ini..tahniah sekali lagi"
"terima kasih en Azman"

Alhamdulillah..ana akan mendaftarkan diri di sana dan menuntut selama dua tahun..ini adalah rezki yang Allah bagi atas doa kedua ibu bapa ana, guru2 ana dan sahabat2 ana yang ana kasihi..terima kasih semua..semoga Allah melimpahkan rahmat ke atas kita semua..aminn..


Related Posts with Thumbnails

Popular Posts