"Penulis ke kau ni hannan? Blog pun dah naik sarang labah labah." Saya bermonolog sendirian. Melihat blog yang terbengkalai untuk tempoh yang lama. Banyak yang ingin dicoretkan. Ditambah dengan kepulangan dari bumi Fateh, seribu satu kisah ingin saya coretkan. Kadangkala rasa ingin ber'video' blog seperti Mad Lutfi kerana ia lebih cepat dan mudah. Tetapi saya bukan artis. Saya penulis. Penulis yang dikenal hanya nama pada karyanya. Penulis yang berharap agar karyanya lebih popular dari dirinya. Tetapi saya penulis malas. Kerna itu tulisannya pendek dan kerap di facebook.
Satu blog demi satu blog saya lewati. Kagum dengan Panjang Berjela huraian mereka. Walaupun saya yakin, ada huraiannya yang tidak perlu. Skeptik. Saya tidak pasti adakah saya cemburu. Tetapi hakikatnya, manusia malas membaca benda yang dia tahu. Apatah lagi apabila diberikan 'list' bagaimana untuk menjadi manusia sekian sekian. Saya fobia dengannya.
Saya berborak dengan senior penulis di Manchester.
"Nak hasilkan sesuatu karya hebat, memang perlukan masa. Macam A Samad Said semua tu, berapa lama diorang pendam karya tu. Tulis dan padam entah berapa kali. Akhir sekali baru disebarkan. Baru ada kualiti,"
Ada benarnya. Tetapi saya, jangan katakan pendam, pena pun sudah berhabuk.
Ada orang menulis untuk memenuhi kehendak pembaca, maka karyanya laris seperti goreng pisang panas. Tengok sajalah pada novel novel cinta. Tetapi tidak ramai penulis yang menulis untuk membuat pembaca tertanya dan berfikir seketika. Akhirnya, pembaca kita menjadi manusia yang mencari cinta lembik pada masa yang sama Palestin meraung cinta jihad penuh kekuatan.
Penulis Rajin kita perlukan sentuhan baru. Karyanya perlu ada nilai semangat menegakkan kebenaran. Lebih kreatif dalam menyampaikan. Penulis kita perlu membaca dan menilai. Bukan sekadar mengkritik dengan apa jua rasa di minda dan jiwa. Dan bukan jua hanya meluah rasa yang terpendam di sudut benak sana. Menulis biarlah menyentuh akal pembaca selain jiwanya.
Buat si Penulis Malas. Janganlah syok sendiri dengan hasil tulisan pendek tidak seberapa. Di 'LIKE' panjang berjela. Takut lupa pada yang Esa. Menulis untuk mencari rahmat, bukan menukil ayat keramat.
'LIKE' mungkin bermakna kita cakna, atau kita senang membacanya. 'LIKE' membuatkan penulis menjadi Artis. Semakin lama Artis semakin lupa diri. Tetapi 'SHARE', menjadikan penulis lebih waspada dengan tulisannya. Lebih memperbaiki dan memperbaiki. Niat untuk memberi dengan kalam Rabbi, bukan mencari populariti.
Sentiasalah ber'istighfar' wahai Penulis Malas! Engkau bukan Artis!
Letih membaca? Cuppucino? ^^
No comments:
Post a Comment