Thursday, July 23, 2009

KEPADA SEMUA WARGA KMPP

bismillahirrahmanirrahim..dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang..laailahaillallah..tiada tuhan melainkan Allah..

sahabat2 dan guru yang ana hormati sekalian,semoga sentiasa di dalam rahmat Allah dan sihat sejahtera..

Maafkan ana jika ana ada buat sebarang salah dan silap..terkasar bahasa atau membuat perkara yang tidak berkenan di hati..ana mengaku kelemahan ana dan ana harap semua teguran yang anta semua berikan dapat mnjadikan ana insan yang lebih baik di muka bumi Allah ini..maafkan ana kerana tidak sempat untuk berjumpa dengan anta semua sebelum keluar dari kmpp kerana kesempitan ruang dan masa..ana teringin sekali bertemu dengan kalian semua dan mengucapkan selamat tinggal dan terima ksaih secara berhadapan namun bukan takdir Allah untuk membenarkan kita semua bertemu..Kepada pensyarah2 ana, pensyarah2 fizik,pensyarah2 kimia dan pensyarah2 matematik, Puan Husna,Puan Norazah,Puan Hartini,Miss Rachele,Puan Azimah,Puan Baizura,En Fizin dan tidak lupa mentor yang disayangi En Syukri serta semua pensyarah yang telah banyak membantu ana selama ini, tak lupa En Amin, En Mahfuz dan En Tajudin serta Tuan Hj Khairi Bin Jalun, ana ucapkan ribuan terima kasih dan mohon maaf sekiranya ada terkasar bahasa dan tersilap bicara..

Kepada sahabat2 ana,ahli praktikum F5P7,semua ajk surau muslimin dan muslimat, AJK Jawatankuasa Perwakilan Pelajar dan semua warga Kmpp yang mengenali diri ini, ana mohon maaf dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada anta semua kerana sudi menjadi sahabat ana..kepada sahabat sebilik, MAT D, AYI DAN NAIM,janganlah sesekali tinggalkan solat..maafkan ana dan halalkan makan minum ana selama ana dudk di bilik c3.3.10 yang ana cintai itu..kepada Afiq dan Kamal,ana amanahkan anta berdua untuk menyampaikan pesaanan ana yang ana tulis dalam blog ini..tidak lupa juga kepada Malik, tolong beritahu sahabat yg lain apa yang ana sampaikan dalam blog ini..terima kasih..syukran jazilan..semoga Allah bersama dengan kita dalam apa jua keadaan..

terima kasih semua keran telah memberi ruang untuk ana berkenalan antara kita..

salam sayang,
Muhammad Hannan Bin Shawalludin (Ibnu Muslim)
0195775905

Wednesday, July 22, 2009

ALHAMDULILLAH KURNIAAN REZEKI


bismillahirrahmanirrahim..selawat dan salam atas junjungan besar nabi muhammad S.a.w..Alhamdulillah..bersyukur ke hadrat Allah atas nikmatnya yang tidak terkira..

Alhamdulillah.Beribu kali ingin ana ucapkan kalimah syukur ini.Peperiksaan Ujian Pertengahan Semester di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang memang agak mencabar..namun semuanya dapat ana lalui dengan berkat ilmu yang pensyarah beri dan perkongsian ilmu dari rakan2..terima kasih guru terima kasih sahabat semua..Ketika kisah ini ditulis,ana berada di rumah yaitu di Gombak,sedang mengahabiskan masa 2 minggu berehat selepas penat lelah menuntut ilmu di KMPP selama 2 bulan lebih..agak mencabar menjalani kehidupan di KMPP kerana gaya pembelajarannya yang agak laju disebabkan masa yang singkat dan sibuk menguruskan pelbagai aktiviti..namun dengan kasih dan sayang Allah,semuanya dapat dilalui dengan baik..

Rezki Yang Tidak Disangka-Sangka

Kring!! Kring!! Telefon rumah berbunyi..ana yang ketika itu asyik membaca blog saifulislam.com tersentak..Berlari mendapatkan telefon di ruang tamu..
"Assalamualaikum"
mendengar suara yang penuh ramah itu,ana terus menjawab
"Waalaikumsalamwarahmatullah.Ya yah?"(bukan cik Kiah, tapi ayah ana)
"Ni, adik ada buat permohonan untuk minta tajaan UEM ke??"
ana terkejut..cuba mengingati kmbali zaman selepas result SPM diumumkan..
"ya, ada..napa yah?"
"Tadi ada org call dari UEM..dia nak tawarkan adik blaja di kolej UEM lembah beringin..buat a-level 2 tahun..dia taja penuh..jurusan business and management"
"Alhamdulillah.." terpacul keluar kalimah hamdalah..ana terkejut bercampur gembira..
bulan 7 ana ingatkan tiada lagi sebarang kemasukan ke ipta mahupun ke ipts..memang rasa agak terkilan pada mulanya apabila ramai sahabat2 sepengajian di SBPIKP dulu mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di luar negara..sedangkan hamba Allah yang kerdil seperti ana ini mungkin Allah sudah mentakdirkan rezki di tempat lain..Alhamdulillah,rupanya inilah rezki yang Allah dah takdirkan untuk ana..Melanjutkan pelajaran bawah tajaan UEM (United Engineer Malaysia) tanpa perlu mengeluarkan sebarang modal, mereka menyediakan penginapan,makanan,dan duit bulanan sbnyak 200 sebulan..semuanya disediakan dan ana tidak ada sebarang ikatan dengan UEM..sekiranya result bagus,mereka akan menghantar ana sama ada ke UK atau Australia..jika tidak ana boleh mencari sponsorship sendiri bagi meneruskan pengajian dalam degree..

keesokan harinya....di pejabat UEM

"Do you want to accept this offer hannan?"ulas Encik Azman.Pengurus scholarship UEM..
"Yes" dengan hati yang mantap.Selepas penerangan yang panjang lebar dari encik Azman,ana rasa inilah peluangnya..
"Do you have any question??"
"Sir,actually i am more interested to continue my study in science field sir..Can i change to the mechanical engineering field..?" tanpa berlatar belakangkan account,ana sangat takut jika tidak boleh membawa subjek pengurusan itu..

Sehari selepas itu eN.aZMAN menelefon ana.."Tahniah! Anda telah dapat apa yang anda minta..boleh datang esok ke UEM untuk ambil surat tawaran dan taklimat..Awak boleh mendaftar di Kolej UEM pada 27 Julai ini..tahniah sekali lagi"
"terima kasih en Azman"

Alhamdulillah..ana akan mendaftarkan diri di sana dan menuntut selama dua tahun..ini adalah rezki yang Allah bagi atas doa kedua ibu bapa ana, guru2 ana dan sahabat2 ana yang ana kasihi..terima kasih semua..semoga Allah melimpahkan rahmat ke atas kita semua..aminn..


Monday, July 20, 2009

KEAGUNGAN BELAIAN CINTA


Cinta..
cukup indah untuk dibicara,
cukup indah untuk menghayatinya,
cukup indah bagi mereka yang mengenal apa itu erti cinta..
cinta itu buta,
cinta tak mengenal sesiapa,
tidak mengenal darjat mahupun harta,
cinta itu suci,
ia datang tanpa diminta,
ia datang tanpa diketahui kehadirannya,
kalaulah cinta itu boleh dihidu kehadirannya,
ia pasti boleh dielak,
Ya Allah,
apakah salahnya manusia bercinta,
kerana tanpa cinta manusia pasti berduka,
tanpa cinta pasti manusia tidak kenal apa itu erti persahabatan,
tanpa cinta manusia tidak punya kekuatan,
tanpa cinta pasti dunia rosak binasa,
namun,
kami sedar Ya Allah,
cinta yang hakiki hanya untukmu ya Allah,
janganlah kau biarkan relung jiwaku dikotori cinta kepada dunia yang hanya permainan semata-mata,
lindungilah hambamu yang lemah ini ya Allah,
seperti matahari yang menerangi bumi dengan sinaran suria yang tak kunjung malapnya ya Allah,
limpahkanlah hidayah dan petunjukmu kepadaku ya Allah agar aku punya kekuatan untuk membangunkan syiar Islam di muka bumi ini ya Allah,
Ya tuhanku,
sesungguhnya aku serahkan sepenuh jiwa dan ragaku hanya untukmu ya Allah,
tanganku akan aku sedekahkan untuk membantu saudaraku yang malang ya Allah,
tangan ini akan aku corakkan dengan bait-bait indah memuji kebesaranmu,
mengajak seluruh umat manusia membaca dan mengenal keagungan dan kebesaranmu,
mulut ini akan ku gunakan itu mengucapkan kalimah yang bermanfaat bagi diriku dan saudaraku,
mata ini aku sucikan dengan hanya melihat alam yang menunjukkan keagungan penciptaanmu,
Ya Allah,
namun hati ini tidak mampu menahan cinta kepada makhluk sepertiku,
yang punya perasaan dan hati yang sentiasa meronta dan gelisah,
aku punya perasaan kepada golongan hawa yang engkau ciptakan dengan penuh keunikan di muka bumi ini ya Allah,
aku mohon perlindunganmu wahai tuhanku,
agar aku punya kekuatan untuk menepis cinta palsu yang akan menodai diriku,
Ya Allah,
kurniakanlah aku cinta yang luhur dan suci,
cinta sebagaimana cinta Muhammad kepada Khadijah yang tiada akhirnya,
cinta seperti yusof dan zulaikha pada zamannya,
cinta seperti Ali dan Fatimah yang berjuang menegakkan agama yang engkau turunkan dengan kasihnya,
Ya Allah,
aku mencintaimu wahai tuhanku,
kurniakanlah aku bidadari yang akan menemaniku dalam meraih cintaku kepadamu..kerana sesungguhnya,
tanpa cintamu,
segala isi langit dan bumi tiada ertinya...

Sunday, July 19, 2009

Nikmat Kehidupan Di KMPP bab 1


Alhamdulillah..Segala puji bagi Allah yang masih menyayangi hambanya yang hina ini..Allah jualah yang maha berkuasa atas tiap2 sesuatu..dan ana sebagai hamba kekal sebagai hamba yang akan terus patuh akan perintah tuhannya selagi mampu..moga2 kisah yang diceritakan di bawah naungan-NYa…bismillah

TEKANAN!!!!Hidup di matrik memang satu bebanan besar.Ana akui bukan mudah.Jika dulu di asrama penuh semuanya mengikuti jadual tetapi sekarang berbeza.Semuanya diurus sendiri,segalanya tanggungjawab sendiri.Makan,minum dan perbelanjaan ditanggung sendiri.Berbekalkan Rm 250 sebulan dari kerajaan, hanya cukup-cukup makan.Tolak makan,duit photostat dan buku serta alatan tulis hanya cukup2 makan..ana cuba lakukan bajet,memastikan tidak ada wang yang keluar tanpa ada sebarang kepentingan..mengurangkan topup adalah satu cara paling baik..memandangkan sudah biasa tanpa handset,jadi masalah topup tidak menjadi masalah.Jika ada yang mesej tanpa kepentingan tidak perlu dilayan..Kalau untuk ilmu,perkongsian pendapat atau dakwah mesti diutamakan..Kadang2 ana heran melihat rakan2 yang lain,dengan mudah menghabiskan wang mereka untuk menambah reload prabayar semata2 untuk bermain cinta dengan wanita bukan muhrim..adakah mereka tidak rasa membazir dan berdosa?? zina hati(mengingati lelaki/prmpuan bukan muhrim) juga sudah dianggap dosa inikan pula mengunakan wang untuk perkara yang tidak bermanfaat..teringat pesan ustaz Suhaimi, Pensyarah Matematik yang sangat mesra pelajar.Dalam tazkirah minggunannya,pasti ramai pelajar yang akan memenuhi Surau An-nur yang ana cintai itu.”Di akhirat nanti akan ditanya pelbagai soalan.Antaranya, masa muda kamu,apa yang kamu lakukan?? harta yang kamu ada, ke mana yang kamu belanjakan?? Ilmu yang kamu ada kemana kamu manfaatkan dan pelbagai lagi…Ana rasa nasihat itu sgt bermanfaat..sebagai manusia mati adalah satu kemestian dan kita mesti sentiasa bersedia untuk mati, sama ada mati dalam jihad peperangan, jihad menuntut ilmu atau jihat menegakkan kebenaran..tetapi kadang2 hati ini sentiasa ragu,tatkala iman masih naik turun, adakah mampu ana semaikan semangat jihad ini..Ya Allah kurniakanlah ana kekuatan dalam zaman yang penuh pancaroba ini,kurniakanlah ana sahabat sejati yang akan menemani ana ketika senang dan susah,yang sama2 menangis bila ditimpa musibah dan bersyukur apabila mendapat nikmatmu..Lindungilah perjuanganku di matrik ini Ya Allah…ana berserah diri kepada-Mu

Related Posts with Thumbnails

Popular Posts