Monday, April 25, 2011
Entry2 Terakhirku Di KY
Sunday, April 10, 2011
Hidup Yang Penuh Persoalan
Semakin hari,detik-detik itu semakin hampir.
Entah la.
Aku hilang rasa ingin berjuang dan rasa rindu pula semakin membentang.
Ya.Sudah hampir genap 2 tahun aku di sini.Penat jerih membelek kitab yang bergenerasi itu kadang2 membuatkan otak aku tepu. Benarlah kata ilmuan, ilmu itu bukan di buku.Tetapi ia di hati. Tahu dan faham, ia dua perkara berbeza kata berbeza makna.
“Kalau tak fly bagaimana?” soalan yang sering ku tanya ayah dan bonda. Sebenarnya pertanyaan itu adalah untuk diri sendiri yang tidak pernah takut kalau tidak ke seberang laut sana.
Sentiasa memilih untuk mempositifkan keadaan. Ya. Aku kena optimistik dan realistic. Optimistik tapi kalau ia sekadar mimpi dan angan2 kosong, maka ia akan musnah dan lerai.
“Kau tak takut kalau tak fly?”
Manusia bertindak atas apa yang mereka percaya. Dan aku percaya rezki Allah itu ada di mana-mana. Meski hari ini aku cuma pelajar yang paling lemah di kalangan pelajar lain, tetapi hari esok dan lusa masih lagi misteri. Rezki mereka hari ini dengan kebijaksanaan yang Allah beri. Rezki aku,mungkin besok menanti. AKU MASIH PERCAYA PADA JANJI DAN REZKI.WALAUPUN IA MASIH LAGI MISTERI.
“Kenapa perlu positif? “
Aku bukanlah celik sangat agama. Tetapi ungkapan Tuhan dalam Kitabullah, “janganlah kamu berputus asa atas RahmatNya” membuatkan aku sentiasa akan terus berusaha. Pasal ganjaran, bukan tugasku hamba yang hina, tetapi Rahim si Dia, Tuhan yang Mulia.
Ya.Aku terus berusaha. Dan dengan kerendahan diri dalam sujud ku berdoa.
“Wahai Muhammad, jika ada antara hambaKu yang bertanya tentang Aku, beritakan pada mereka bahawa Aku sangat dekat dengan mereka. Dan Aku perkenankan doa mereka yang berdoa........” (Al-Baqarah:186)
Amin Ya Rabbila'lamin.
Sunday, March 20, 2011
Berbalah Biarlah Sehingga Berubah

Thursday, March 17, 2011
Jangan Salahkan Tiang Jika Mata Buta Melihat Kebenaran
20 pelajar asrama penuh dibuang jentik dahi junior
Oleh Nahar Tajri
nahar@bharian.com.my
2011/03/17
Mereka diarahkan pulang pada petang hari kejadian, sebelum pihak sekolah mengambil keputusan membuang semua pelajar terbabit selepas mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Khamis lalu.
Kalau diri terlanggar tiang, jangan salahkan tiang.salahkan diri sendiri.
Kalau anak nakal membuat kesalahan, jangan salahkan guru sekolah yang tidak mengajar.Tapi salahkan diri sendiri yang tak tahu mendidik anak.Sebab Allah tak jadikan guru-guru sebagai guru pertama anak2.Tetapi Allah jadikan ibu bapa guru pertama mencorakkan kain yang putih.
Yang zalim tetap zalim.Takkan dah mencuri boleh minta bagi can kot.Takkan dah pukul anak orang, boleh bagi muka KOT!
Lalu bila Nabi dengar Usamah memujuknya, maka marahlah Nabi sebagaimana hadith yang selalu kita dengar, kata Nabi,"Demi ALLAH, sekiranya anakku Fatimah binti Muhammad mencuri,nescaya aku potong tangannya. Jangankan kata Fatimah Bani Mahzum, kalau Fatimah binti Muhammad mencuri pun, aku tidak akan teragak-agak untuk memotong tangan anakku."…Maka di kala itu kata Usamah,"Aku melihat adanya urat di dahi Nabi, ketika marahnya Nabi apabila hak ALLAH cuba dicabuli."
Begitu tegasnya Rasulullah dalam hal integrity dan sikap.
Kalau sudah berlaku zalim, maka selayaknya menerima hukuman. Peluang pertama atau peluang kedua bukan kisahnya.
"Sesungguhnya tidak sempurna Iman seseorang itu melainkan dia menyayangi saudaranya sendiri seperti mana dia menyayangi dirinya sendiri."
Anda pernah dengar hadis ini?
Zalimnya kau men’jentik’ saudaramu.Apa hakmu?
Orang yang menzalimi itu tetap salah dan orang yang dizalimi itu tetap betul.
Aku ialah orang paling rapat dengan guruku.Dan aku kenal mereka seperti aku kenal ibu bapaku.
Jangan salahkan syaitan yang membisik kalau diri sendiri sendiri buta mata dan buta hati untuk melihat haq dan batil.
Ya Allah.Jauhkan aku dari perasaan marah.
Popular Posts
-
The Value of One Pence. “Berapa harga dia bang?” “2.99Pound untuk satu apam balik.” Saya menjawab dengan nada mesra. Rata-rata membayar 3 ...
-
Asalamu Alaikum, My name is Catherine and I’m 20 years old. I’m from south west of England and quite frankly there are very few muslims in m...
-
*Circle of Influence. Ia teknik Rasulullah ketika mula mula menyebarkan dakwah. Kiamat tahun 2012. Dulu kecoh sebentar. Sehingga ada ...
-
Hidup ini sentiasa mencari dua. Senang. dan Tenang. Manusia sentiasa mencari senang. Kalau boleh silibus sekolah tadika itulah yang in...
-
"Apa guna ikhlas dalam bekerja ustaz?"tanya seorang pendengar yang hadir. "Saya ni dah berpuluh tahun ikhlas dalam bekerja ta...
-
MukaDepan Cetak . Emel Rakan . 20 pelajar asrama penuh dibuang jentik dahi junior Oleh Nahar Tajri nahar@bharian.com.my 2011/03/17 WARIS...
-
"Kau nak tegur orang? Kau pun sama je perangai macam aku," kata seorang sahabat kepada rakannya yang menegur. "Ish.Tak nak la...
-
Menjejak kaki di daerah Sultan Ahmed 25 Mac 2012 - Istanbul. Sampai di Lapangan Terbang Sabiha Gokcen bersama 11 orang sahabat yang lain, s...
-
"Entah la Falah.Aku nak kawen masa belajar tu memang nak.Tapi calonnya tiada." rungut si Soleh. "Alah,engkau je beralasan.Pun...
-
Itulah kisah saya.Manusia yang biasa yang persikatarannya menjadikan siapa saya pada hari ini.Saya pernah terfikir.Ketika saya kecil,ayah ak...